Kata Aluan

Tuesday, December 15, 2009

Setiap Pengorbanan, Pasti Datangnya Ujian.

kadang2, dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari dari melakukan pengorbanan, samaada berkorban untuk orang lain, ataupun berkorban untuk diri sendiri, namun pengorbanan itu tidak tamat disitu, kerna stiap pengorbanan pasti datangnya ujian dari Ilahi.

aku tertanya kepada diriku, kenapa disana adanya ujian setelah datangnya perngorbanan, bukankah apabila aku berkorban, maka disana datangnya ganjaran dari Allah?

namun, terdetik pula di sanubariku, tidak2...bukan begitu rahim..memang kau jangkakan setiap pengorbanan yang kau lakukan, kau akan dibalas dengan kesenangan.namun kesengan itu tidak semestinya datang dengan segera.mungkin ganjarannya tidak datang di dunia, tetapi disimpan di akhirat kelak.

Kau harus ingat rahim...sejauh manakah keikhlasan kau melakukan pengorbanan itu.adakah kau betul2 ikhlas kerana Allah S.W.T. Hm.. tepuk dada, tanyalah imanmu. Sesungguhnya, ujian yang Allah datangkan terhadap engkau itu, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menguji keikhlasan hati kau terhadap setiap pengorbanan yang kau lakukan. di sana baru lah teruji imanmu, samaada kau hati kau teguh dan redha dengan segala ujian dari Allah. kau dapat menempuhi segala ujian ini dengan tenang dan sabar.

Satu perkara yang kau harus ingat wahai sahabat yang ku kasihi, sesungguhnya ujian dari Allah itu sebenarnya menunjukkan Sifat Ar- Rahman & Ar-Rahhimnya kepada hambaNya. Allah akan manguji hambanya sekiranya Dia sayang akan hamba itu, kerna dengan ujian itulah akan menambah ketaqwaan dan keimanan hatimu.

Mungkin selama ini kau terlalu leka dan kurang mengingatiNya, deberikan kau ujian agar kau sentiasa ingat padaNYA dan tidak lupa akan Dia. Dialah yang memberikan kau segala-galanya didunia ini, kehidupan, makanan,minuman, dan segala-galanya.

Pesananku, janganlah kau sesekali lupa akan Dia, Dealah TuHanMu,yang menciptakan dirimu, yang layak disembah, yang Maha Kuasa,Maha pemurah lagi Maha Penyayang, Dea lah Allah Azzawajalla, Tuhan sekalian Alam.

Saturday, October 24, 2009

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani - Wali yang Agung

Siri 1

Latar Belakang.


- Syeikh Abdul Qadir Jailani dilahirkan pada 1 haribulan Ramadhan tahun 470 Hijriah ( 1077 - 1078 masihiah )

- Kaum keluarga memanggilnya dgn nama timangan Abu Muhammad.

- Di kemudian hari beliau mendapat gelaran Mahyuddin, yang bererti penghidup semula agama.

- Beliau berketurunan Imam Hasan disebelah pihak bapanya.

- Manakala di sebelah pihak ibunya, beliau berketurunan imam Zainal Abidin Ali, merupakan anak kepada Iman Husin.

Tanda Kewalian Beliau

Sebelum Kelahiran

1. Abu Bakar Huwari ( wali Allah ) pernah berkata kepada muridnya : akan datang tidak lama lagi seorang wali yang agung akan dilahirkan di Ajam dan beliau itu kelak akan jadi seorang yang sangat bertaqwa kepada Allah dan sangat dihormati oleh manusia. Nama beliau ialah Abdul Qadir dan beliau tinggal di Baqdad.

2. Beliau akan berkata kepada orang ramai :" kakiku adalah diatas leher segala wali" dan wali-wali Allah pada zaman itu akan menyaksikan kebenaran kata-kata beliau.

Setelah Dilahirkan.

1. Sejak dilahirkan lagi telah terdapat tanda2 kewalian pada diri beliau, kerana beliau dilahirkan pd bulan ramadhan dan beliau tidak menyusu di siang hari,hanya menyusu di waktu malam.

2. Tatkala tiba bulan Ramadhan,apabila anak bulan tidak kelihatan disebakan lindungan awan, maka orang orang akan bertanya pada besok harinya kepada ibunya samaada awal Ramadhan telah bermula atau pun tidak. ibunya berkata, jika anaknya tidak menyusu pada hari itu, maka itu petanda yang menunjukan bulan Ramadhan telah bermula.

3. Kehidupannya di zaman kanak-kanak amat berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Beliau tidak bergaul dengan kanak yang lain. Apabila terniat olehnya hendak bermain, didengarnya suara yang bertanya kemana beliau hendak pergi. dengan itu, beliau berasa takut dan lari semula kepangkuan ibunya.

Sunday, September 6, 2009

Kisah Yg Buat Nabi Ketawa di Bulan Ramadhan

Pada suatu hari yang hening di bulan ramadhan.....

Telah datang seorang pemuda bertemu Nabi S.A.W, lantas pemuda itu berkata : "punahlah aku" (kalau dalam loghat kedah tu lebih kurang camni la "mampuih dah aku")

Pastu Nabi pun tanya la kat pemuda tu : Apa yang punah ni ?

Lalu pemuda tu menjawab : aku telah bersetubuh dengan istri aku. ( di siang hari la citanya ni )

Nabi pun tanya : Adakah kamu mampun untuk memerdekakan seorang hamba?

Pemuda itu berkata : Tidak.

Nabi bertanya lagi : Adakah kamu mampu untuk berpuasa 3bulan berturut-turut?

Pemuda itu menjawab : Tidak.

Nabi bertanya lagi : Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin?

Lantas Pemuda itu menjawab : Tidak

(kita tukaq version na...loghat utara,maksud de lebih kurang gitu la)

hm..Nabi pun kata kat pemuda tu."la ni hg duduk".

Nabi pun suruh orang bwak mai satu bakui besaq yang dalam dia ada buah tamar.(cukup la nak bg makan 60 orang miskin)

Lantas bersabda : La ni macam ni,hg ambik bawak blk bakui yg brisi tamar ni, hg pi bedak-bedak dekat orang miskin.

(ahaha...teruk btui laki ni,dah la suma kifarat tu dea xleh wat,last2 nabi lak bawak mai buah tamar bagi kat dea) ----- Iklan.

Pastu laki tu pun kata kat Nabi : di antara 2 bukit di lembah madinah ni, aku la yang paling miskin sekali ya Rasulullah. tak dak dah yang lagi miskin dari aku.Camana aku nak pi bagi kat depa. (lebih kurang camtu la maksud dea )

Kata Abu Hurairah yg meriwayatkan hadith ni : Nabi pun tergelak bila dengaq laki tu cakap camtu sampai nampak gigi Nabi yang putih dan bersinar tu.

Last-last camni la nabi kata : La ni camni la, hg pi ambik bakui yang berisi tamar tu, hang pi bawak balik,pastu hg pi bedak-bedak la kat ahli kelurga hang.

.......................................................................#

ahahaha...lebih kurang camtu la sahabat2 sekalin crita dea. Pemuda tu dah terlanjur dgn istri dea di bulan posa siang hari. kena kifarat la kan. tapi dea suma xleh wat. Nabi bagi tamar soh dea pi bagi kat orang miskin pun xleh, sebab dea yang paling miskin kat tempat dea. last2, nabi soh dea ambik pe bagi makan sama ngan ahli klurga dea la. nak wat camana kan.dea nak bg makan kat orang miskin camana, dah dea yang paling miskin.hehehehe..

Tu la kemurahan Nabi S.A,W. dan kisah ni jugak menunjukkan Islam tu tidak membebankan ummat dea. sekadar mana yang dea mampu, wat lah takat yang mampu kan....jangan dok pi paksa diri wt benda yang kita xmampu sampai membinasakan diri kita. Islam melarang keras ummat dea melakukan sesuatu yang membinasakan diri sendiri.

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Yang Dirindui..Kini Kembali

Ramadhan...

Bulan yang di permulaannya terdapat Rahmat dari Tuhan,

Bulan yang dipertengahannya terdapat pengampunan,

Bulan yang di penghujungnya terdapat pembebasan dari api neraka yang digeruni setiap insan,

Ya Ramadhan,

Engtkaulah Bulan yang menguji kesabaran, kekuatan iman & taqwa seorang insan,

Di dalam dirimu penuh dengan pengisian amalan,

Di siang hari engkau kelaparan tetapi di malamnya engkau kekenyangan,

Kelaparan kerna diharamkan mengambil sebarang makanan dan minuman,

Kekenyangan di malam hari kerna ramai insan yang beribadat dan berzikir mengingati tuhan,

Oh Ramadhan yang dirindui setiap Insan...

Semoga Ramadhan yang mendatang ini menjadi Ramadhan yang terbaik dalam ingatan,

Dapatku penuhi dengan Pelbagai amalan,

Bacaan ayat suci Al-qur'an,

Zikir memuji kebesaran Tuhan,

Selawat ke atas Junjungan Rasul yang membimbing insan ke jalan kebenaran,

YA Ramadhan...

Ku nantikanmu dengan penuh kesyukuran,

Kedatanganmu tak mungkin ku lupakan,

Akanku cuba penuhi bulanmu dengan pelbagai amalan,

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan serta kesabaran,

Agar dapatku jadikan Ramadhan ini, Ramadhan yang terbaik sepanjang Zaman...

Friday, August 7, 2009

Adam A.S Menikah di Dalam Syurga

Riwayat lain menerangkan setelah Adam kembali berada di syurga ketika itu dia dapat menimati keindahan alam. dilihatnya dua ekor burung hinggap di sebatang pohon bercumbu-cumbuan.

Ketika itu timbullah keinginan di dalam hati Adam " alangkah seronoknya jika aku mempunyai teman seperti burung itu" Ketika Adam sedang asyik mengelamun, tiba-tiba datang angin dari syurga bertiup sepoi-sepoi bahasa segar dan nyaman rasanya, lalu Adam tertidur disitu sambil duduk bersandar di sebuah kerusi.
Di kala itu Adam bermimpi bertemu seorang wanita yang sangat cantik rupa parasnya sehingga Adam jatuh cinta terhadapnya. Maka ketika Adam tertidur, Allah citakan seorang wanita yang cantik rupa parasnya serupa sebagaimana yang dilihatnya dalam mimpi tadi.
Menurut sebilangan besar Ulama', wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk Adam yang sebelah kiri.

Firman Allah :
" daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, bahawa Dia telah menciptakan untukmu dari kamu akan isteri itu supaya kamu daat kesenangan dengannya. Dan diciptakan di antara kamu (berdua rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya dalam soal yang demikian itu adalah betul-betul menjadi tanda kekuasaan Allah bagi golongan yang suka menggunakan fikiran"
( Ar-Rum :21)

Begitu keterangan ayat tersebut, bahawa Allah jadikan isteri atau pasangan dari diri lelaki itu sndiri yang tentunya dari diri Adam. Ketika itu muncullah seorang gadis cantik laksana bidadari datang mendekati Adam. Kulitnya putih kuning kemerah-merahan, wajahnya cantik dan raut tubuhnya yang molek dan menarik dengan gaya yang cukup menawan.

Wanita itu memakai pakaian yang indah serta perhiasan emas dan intan berlian. Dia menatap wajah Adam yang sedang tidur nyenyak dengan ghairah dan kasih sayang. Akhirnya Adam terbangun sendiri. Adam terkejut bercampur riang melihat rupa orang yang berdiri disampingnya serupa seperti yang terdapat di dalam mimpinya.

"Siapakah engkau hai orang cantik" Dan siapakah namamu? Dan apakah tujuanmu kemari?
"Aku adalah seorang perempuan. Tujuan kemari adalah untuk menemani engkau. namaku terserahlah kepada engkau untuk memberinya padaku"

Begitulah jawab perempuan itu dengan suara yang lembut hingga kelihatan giginya putih membayang gelas,lalu Adam membalas senyuman perempuan itu sambil berkata : "Terima kasih, kalau begitu aku namakan engkau "Hawa".

Kemudian keduanya saling berpandangan,mata bertemu mata kemudian timbullah rasa cinta antara kedunya. seketika itu datanglah berahi Adam,kerana dia tidak tahan melihatkan kecantikan perempuan itu. Dia cuba merangkul tubuh perempuan itu dan ingin sekali dia menciumnya.

Seketika itu datanglah firman Allah yang bermaksud: "Janganlah engkau menyentuh dia sebelum engkau aku nikahkan dengan dia."

Kemudian Allah memanggilkan malaikat berkumpul untuk merasmikan pernikahan Adam dan Hawa. Maka di saat itu diadakan upacara pernikahan diantara Adam dan Hawa di mana mereka dinikahkan oleh Allah dengan ijab dan qabul serta mas kawin dari emas dan perak yang diambil dari syurga dan disaksikan oleh malaikat Jibril,Mikail, Israfil dan Izra'il serta yang lain-lainnya. setelah selesai akad nikah tersebut keduanya diizinkan bertempat di dalam syurga khusus untuk mereka berdua.

Ulasan dari kisah Adam dan Hawa

Ulasan Penulis.

Daripada kisah pernikahan Adam dan Hawa itu tadi, terdapat beberapa pengajaran penting yang harus kita ambil ikhtibar dan fikir-fikirkan bersama .

1. Sememangnya fitrah kejadian manusia menghendakkan kepada pasangan laki-laki dan perempuan. Bagi golongan yang berkehendakkan kepada pasangan sejenis adalah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Tidak dinafikan juga golongan lelaki akan merasa berahi melihat golongan wanita. Sememangnya golongan wanita diciptakan untuk menjadi teman sejati kepada golongan lelaki.

2. Daripada kisah Adam itu tadi, Adam tidak dapat lari dari mempunyai perasaan Ghairah apabila melihat kecantikan Hawa, sehingga terdetik untuk memeluk dan mencium Hawa. Ini juga sebenarnya adalah fitrah setiap insan mempunya nafsu dan keghairahan. Namun, pernikahan amat penting di dalam Islam. Kisah pernikahan Adam dan Hawa ini membuktikan betapa penting jalinan yang sah diantara kaum lelaki dan wanita. Menyentuh kulit Hawa pun Allah tidak izinkan apatah lagi berpelukan dan bercumbuan.
Sedikit celoteh :

Golongan muda mudi masa kini terlalu jauh tersempang dari ajaran Islam yang sebenar. Berpegangan tangan ketika keluar berdua-duaan adalah perkara biasa bagi mereka. Ada juga yang berpelukan dan selebihnya.

Tidakkah kita terfikir, kenapa Allah tidak membenarkan sentuhan lelaki dan wanita yang bukan mahram? Pasti ada hikmahnya bukan. Kalau sentuh anjing dan babi akan menyebabkan jangkitan kuman kepada kita. Sudah pasti sentuhan pada kulit wanita juga ada kumannya. Kuman yang dimaksudkan adalah keghairahan hawa nafsu yang didatangkan oleh syaitan kepada kita untuk melemahkan iman kita seterusnya melakukan dosa yang lagi besar iaitu zina.
Sebenarnya sentuhan lelaki dan wanita sememang ada kebaikan bagi golongan yang sudah berkahwin. Kerana ia mampu menaikkan keghairahan hawa nafsu . Sebab itu golongan wanita memerlukan belaian dari kaum lelaki.

Namun apa yang saya nak perkatakan disini , kaum muda mudi masa kini saling bersentuhan dan berpegangan tangan. Bahkan sudah tidak merasai nikmat sentuhan itu. Justeru, hilanglah bagi mereka nikmat sentuhan yang Allah berikan kepada golongan ytang sudah berkahwin. sebab itu banyak golongan yang sudah berkahwin tidak lagi merasakan kenikmatan yang sebenar setelah berkahwin. Apa taknya, sebelum berkahwin segala-galanya telah dilakukan.
Fikir-fikirkanlah sahabat-sahabatku yang bijak-bijak belaka...

Sunday, July 26, 2009

Special Talk By Idris Tawfiq ( ex-roman Catholic Priest )


semalam saya dan kawan2 berkesempatan menghadiri talk dan dinner yang dianjurkan oleh Khalifafh Institute di sebuah hotel ternama yang terletak di Ampang iaitu hotel Flamingo. Terima Kasih yang tak terhingga kepada saudara Qayyum yang sudi menjemput kami. sepatutnya bayaran masuk untuk talk itu adalah rm 120 seorang. hehehe...makanan yang disajikan, alhamdulillah..enak2 saja...

ok,now i gonna talk about the journey of Idris tawfiq from Vatican to Al-azhar. persoalan yang bermain di minda kita adalah, bagaimana saura idris tawfiq boleh memeluk Islam sedangkan beliau adalah bekas paderi yang taat kepada agama roman katolik.

pertama sekali yang saya dapat katakan adalah, apabila Allah S.W.T menghendakki mana2 hambaNYA untuk mendapat hidayahNYA, nescaya akan ditunjukkan jalan menuju ke arah itu.seperti mana Allah telah memberi hidayahNya kepada amirul mukminin Khalifah Umar R.A. Umar R.A adalah seorang yang bengis dan ditakuti Oleh semua orang ketika itu, dan antara orang yang kuat menentang Islam, namun setelah mndengar Adiknya membaca Al-quran,dia telah diberi hidayah oleh Allah dan dibukak hatinya untuk menerima ISlam.

Ok, sekarang kita balik kepada cerita saudara Idris TAwfiq ini, diceritakan oleh beliau, selama 20 tahun beliau menjadi paderi. tiada sebarang masalah dengan agamanya. beliau amat disanjungi oleh penganut agamanya dahulu. akan tetapi suatu hari beliau merasakan bahawa diri beliau perlu bercuti untuk seketika. justeru beliau membuat research di dalam internet mengenai tempat percutian yang paling murah kerana beliau tidak memiliki banyak duit. dan akhirnya destinasi yang bersesuaian adalah EGYPT. beliau pun terbanglah ke EGypt untuk bercuti.

banyak pengalaman yang beliau dapat disana. dipendekkan cerita, kenalnya saudara idris akan Islam adalah melaui keindahan Islam itu sendiri dari segi budaya dan pergaulan. diceritakan, beliau bertemu dengan seorang budak berumur 12 tahun, dan budak itu memberi salam kepadanya."assalamualaikom"..begitulah bunyinya..

kemudian apabila beliau bertanyakan khabar kepada budak itu, budak itu menjawab, "Alhamdulillah"... hanya dengan keindahan kalimah salam dan pujian kehadrat Ilahi, beliau mula tertarik dengan Islam..demikianlah yang ditakan saya di permulaan kalam tadi, Sekiranya Allah mahukan mana2 hambaNYa untuk memeluk Islam, Nescaya Akan dibuka hatinya untuk menerima Islam.

Akan tetapi apa yang kita dapat ambil ikhtibar daripada kisah ini adalah, sebagai seorang Islam, kita mestilah sentiasa menunjukan keindahan Islam dan berkelakuan baik serta memberi layanan yang terbaik kepada rakan kita yang bukan Islam, kerana syiar Islam itu ada pada diri kita. sekiranya kita berkelakuan tak ubah seperti seorang Kafir, macamana mereka nak melihat keindahan Islam yang begitu indah ini..

Ingatlah sahabatku sekalian, "Islam itu cantik dan Allah suka akan kecantikan". perelokanlah budi pekertimu dan cantikkanlah dirimu dengan aklak dan tutur kata yang mulia....

Mungkin dengan kata-kata kita dan akhlak yang kita tunjulkan dapat menarik orang bukan Islam untuk memeluk Islam..Itu juga adalah sumber dakwah yang disarankan oleh Islam..

Terutama bagi sahabat wanita kita, susunggugnya bertudung labuh itu adalah syiar Islam..ianya juga merupakan dakwah yang disampaikan melalui pemakaian kita. bak kata saudara IDris, bagi wanita yang memakai tudung labuh ini disifatkan sebagai " the beauty out of beauty". teruskanlah perjuangan anda menyebarkan dakwah Islam..

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr............................

Wednesday, July 15, 2009

Perjuangan Tetap Ku Teruskan

kini langkahku terus mara ke hadapan,

tidak mungkin lagi bagiku untuk toleh ke belakang lagi,

walaupun suatu ketika dahulu aku hampir mengundur diri dari perjuangan ini,

aku bersyukur di atas kekuatan yang diperolehi,

diriku masih mampu bertahan hingga kini,

walaupun rintangan yang mendatang semakin berat dan sukar di tangani,

aku tidak akan hiraukan semua itu lagi,

berbekalkan kekuatan yang ku perolehi,

mengimbau kisah imam Shafie,

begitu teguh hati beliau mengembara menuntut ilmu di muka bumi,

berseorangan tanpa apa apa pun bekalan tuk diri,

hanya berbekalkan doa ibu yang amat di sayangi,

meletakkan sepenuh penggantungan kepada Allah Rabbul Izzati,

begitulah teguhnya hati seorang tokoh Islam yang amat disanjungi,

sebagai insan yang kerdil lagi hina ini,

ku cuba untuk mencontohi semangat yang dimiliki oleh Imam Shafie,

akan ku teruskan perjuangan ini,

sehinggal ajal menjemput diri......

Wednesday, May 20, 2009

Kesepian menghantui hidupku.....

kesepian yang datang..bagaikan tiupan angin selembut bayu...

ingatanku kembali ke halaman rumahku..

kedengaran suara kanak-kanak berlari berkejaran di ruang tamu...

tercium bau asam pedas masak telur yang datang dari dapur ibu...

kekadang keserabutan menghantui diriku memikirkan keadaan rumah yang bercelaru..

sampah sarap di sana sini,kerusi tak tersusun, bagaimanakah keadaan disitu..

tidak sabar hati ini melihat akan semua itu...

tanamanku..bagaikan hidup dan mati yang menunggu...

tiada tangan yang mampu memeliharanya melainkan diriku...

pisang bunga yang ku tebang, sudah pasti membesar kembali seperti dulu...

kanak-kanak yang merangkak..tidak lagi begitu...

yang berseorangan...sudah pasti ditemani pembantu...

bagaimana pula nasib tanaman bunga dihadapan rumahku..

setiaphari ku bangun, tatkala mentari menyinariku...

aku melangkah ke luar rumah, bersedia tuk menyirami tanamanku..

tiada yang lebih segar dari tanamanku...

seindah kenangan ketika itu....

Monday, May 18, 2009

Sekadar Renungan Bersama....

Dalam meniti saat-saat kehidupan berlalu,banyak perkara yang bermain di dalam benak sanubari kita..kekadang, membuat kita bingung dan bimbang memikirkannya...kekadang, boleh juga menjadi satu tekana yang berat kepada diri kita..

apa yang penting sebenarnya di dalam kehidupan kita ini, apa sebenarnya yang perlu kita kejari dan kecapi..bagaikan rojak bercampur lai ci kang berada di dalam fikiran...sehinggakan fikiranku kekadang menjadi buntu untuk memikirkannya...

Pelajaran...Wang...Pekerjaan...Kehidupan...Dosa...Keluarga...Kampung...Masa depanku...demikianlah segala yang bermain difikiran...

Pelajaran?????...sejak dari kecil lagi aku mula belajar..hinggalah kini..namun, apa yang bermain difikiranku..kita sering terdengar dan diperdengarkan..belajarlah bersungguh2 hingga berjaya..aku terfikir di sini, dimana sebenarnya kejayaan itu..adakah kejayaan itu hanya dikecapi apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang..i.e: mendapat 4flat,dean list, dan yang sewaktu dengannya..benar ke ini kejayaan yang sebenar..dan mendapat keputusan yang teruk di dalam peperiksaan itu dianggap gagal...kalaulah saya berazam pada diri saya,sekiranya aku dapat lulus di dalam semua subjek,itu adalah kejayaan buatku dan aku dapat apa yang aku azamkan..ini sudah dikira satu kejayaan bukan?
kalaulah aku berazam aku akan mendapat 4flat,namun akhirnya aku tidak dapat apa yang aku kecapi. adakah ini satu kejayaan?
berbeza pula kalau aku ini sorang palajar yang malang dan asyik failed setiap subjek,namun aku berazam sekiranya aku lulus walaupun satu,itu adalah kejayaan bagi aku. bagaimana pula situasi itu?
huhuhu..itulah yang harus difikirkan oleh kita semua..apa yang dapat saya simpulkan untuk mendapat jawapan bagi persoalan itu adalah...kejayaan sebanarnya adalah terletak pada kayu ukur yang kita letakkan.memang pada mata dunia,kejayaan yang sebenar adalah mendapat yang terbaik dan cemerlang..tapi pada mata hati kita, kejayaan itu apabila kita dapat mencapai tahap yang telah kita tetapkan tidak kiralah sejauh mana tahap itu..

Wang????...kekadang manusia boleh jadi gila memikirkan tentang wang.bergaduh sebab wang..bercerai sebab wang dan yang sewaktu dengannya..kenapa sampai jadi begitu..apa yang menjadi punca dan sebab yang sebenar..tidak dinafikan pada zaman kini,segala urusan dan perkhidmatan memerlukan wang..Namun, sampai tahap manakah kepentingan wang itu kepada kita sebenarnya..
selaku hamba Allah yang taat, kita percaya bahawa rezki itu datang dari Allah namun kita digesa untuk berusaha mendapatkan rezki..

namun ,terfikir juga kekadang..ada orang yang memg dilahirkan dari keluarga yang berada dan begitu sebaliknya..akan tetapi, walaupun dia dari keluarga yang kaya,nak beli apa sahaja semuanya boleh.berbeza dengan golongan miskin, sampai pening kadang2 dok memikirkan bagaimana untuk berjimat tuk membeli something yang dikehendaki. namun golongan yang kaya tadi, mereka tidak lari juga dari pening memikirkan soal wang? kenapa YA...walaupun dah kaya raya tapi masih penin jugak mengejar wang...

Di sini, saya cuma terfikir, sejauh mana sebnarnya seseorang itu dianggap kaya dan sejauh mana sebenarnya seseorang itu dianggap miskin? adakah yang memiliki rumah besar,keta besar.. dan sewaktu dengan itu dianggap kaya? dan yang hidup di dalam rumah usang, tiada apa2 kenderaan itu dianggap miskin?

apa yang dapat saya katakan disini adalah..miskin dan kaya itu sebenarnya hanyalah ukuran zahir pada mata dunia. tapi miskin dan kaya yang sebenar adalah pada Ainullah.(pandangan Allah), iaitu kaya dari segi amalan dan ibadah kita kepada Allah. biarlah kita tidak berharta,namun kita tidak pernah lupa beribadat kepada Allah. Apa guna harta yang banyak,namun tidak sesat pun kita mengingati Allah.

Namun, bukan gesaan untuk tidak memiliki harta, kerna itu tidak dilarang, situasi yang saya perkata di sini adalah apabila taqdir Allah yang memberikan kita kekayaan dan kemiskinan. kadang2 kita tgk orang2 yang kaya ni, tapi hutang mereke keliling pinggang. bagaimana pula statusnya? kaya atau miskin sebenarnya. Hidup kita masa kini,penuh dengan hutang, hutang kereta,hutang rumah dan yang sewaktu dengannya.kadang2 sampai tak cukup perbelanjaan bulanan disebabkan hutang hinggakan tangguh pembayaran hutang itu.Kayakah kita? berbanding dengan golongan miskin yang memiliki harta tetapi bebas dari hutang.wang yang ada cukup untuk makan dan minum harian.

kesimpulan untuk permasaalahan ini, terjawap apabila kita menghitung perbelanjaan kita. sebenarnya, orang kaya itu adalah golongan yang pendapatannya cukup untuk menampung perbelanjaan hariannya walaupun pendapatannya adalah rm 500 sebulan, tetap cukup untuk menamoung kos hidupnya. dan orang kaya yang memiliki pendapatan yang tinggi,i.e: rm 5000 sebulan,tetapi masih tidak cukup untuk menampung kos hidup adalah dianggap miskin.

justeru, jawapan ini, dapat menghilangkan kebingungan di hati ini..kekadang mendatangkan keresahan bila memikirkan soal wang..syukurlah sebenarnya, walaupun kekadang mengalami kesempitan wang, tapi masih mampu mendapat makanan yang cukup..kekdang diri ini meronta juga memikirkan nasib hidup,keluarga dan sewaktu dengannya..

tiada apa yang perlu dipeningkan sebenarnya...semua ini adalah perancangan Allah..bagi menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi semua ini. sememangnya kehidupan ini adalah ujian tuk kita..cumanya..bagaimana kita menghadapinya..dan mengatasinya..sememangnya kita memerlukan perangcangan yang betul dan berkesan dan seharusnya kita memang mempunyai perancangan..akan tetapi..perangan Allah itu adalah mengatasi segala nya...

InsyaAllah..saya akan sambung lagi perbincangan ini dikesempatan yang lain...

Kuliah Bulanan Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam

Tarikh : 10 Mei 2009
Jam : lepas magrib
Tempat : Kemensah
Kitab : "BEKAL AKHIRAT"

Kitab "Bekalan Akhirat adalah karangan ustaz Fahmi Zam Zam sendiri di mana kitab ini mengandungi surah2 pilihan,zikir,selawat,doa,qosidah,wirid dan tarikat yang menjadi amalan harian tuk kita sebagai bekalan Hari Akhirat kelak.

Di dalam kuliah ini,ustaz akan menerangkan maksud2 yang tersirat di sebalik ayat quran dan doa2 yang terkandung di dalam kitab ini. Namun, tidak lah mudah bagi ana untuk menerangkan secara terperinci apa yang disampaikan oleh ustaz, akan tetapi ana akan cuba tuk berkongsi serba sedikit isi penting yang telah di sampaikan.

1. setelah menghadiri kuliah ini, ini telah menyedari satu hakikat yang tidak ramai dikalangan kita pada hari ini menyedarinya, iaitu kepentingan untuk kita memahami segala doa2 yang selalu kita mohon daripada Allah S.W.T samaada di dalam wirid solat,tahlil dan sebagainya. Kita berdoa kepada Allah dengan hasrat agar Allah dapat memakbulkan doa kita, namun berapa ramai dari kita yang betul2 memaha,i doa yang kita pohon itu, kerna doa yang kita lafazkan itu adalah berbahasa arab. ada di antara kita berdoa dengan panjang selepas solat, akan tetapi sejauh mana kefahaman kita terhadap doa2 itu? adakah doa2 itu datang dari hati yang suci dan ikhlas?memohon agar Allah memakbulkan doa kita. Bagaimana Allah nak memakbulkan doa kita sekiranya kita sendiri tidak memahami apa yang kita mohonkan. justeru, memahami setiap doa yang kita pohon amatlah penting sekali bagi memastikan doa kita akan dimakbulkan oleh Allah. kerna, apabila kita memahami doa itu, secara tidak lansung hati kita betul2 mengharapkan doa itu dimakbulkan kerna doa bukan saja dimulut bahkan dialhirkan melalui hati.

2. Persoalan yang sering bermain difikiran kita, kenapakah kadang2 Allah tidak memakbulkan doa kita. tidak memahami maksud doa itu adalah salah satu faktor dan terdapat dosa2 kecil yang menghalangnya. satu perkara penting yang ingin saya ketengahlan adalah, berapa ramai dari kita yang berdoa, dan hatinya begitu tetap dan yakin bahawa Allah pasti akan memakbulkan doanya.inilah yang sering ditekan oleh Ustaz di dalam kuliahnya. kerna Allah ada berfirman, "mintalah daripadaKU,nescaya AKU akan kabulkan". ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa, barangsiapa yang memohon sesuatu daripada Allah dengan hati yang suci dan ikhlas, nescaya Allah akan kabulkan. namun yang menjadi masalah di dalam diri kebanyakkan kita, keyakinan kita terhadap Allah, yakni samaada Allah akan makbulkan doa kita atau tidak. contohnya, bila kita berdoa, "YA Allah, Selamatkan lah aku dari bala bencana yang menimpa.." ketika memohon yang demikian, adakah di dalam hati kita ni 100% keyakinan bahawa Allah akan pelihara kita. ataupun kita berdoa, " YA Allah, bagilah aku mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan ku" atau pun Ya Allah..bagi lah aku mendapat 9A di dalam peperiksaan SPM" berapa ramai dari kita yang betul2 yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita seperti mana yang kita pohon. rami dari kita, mengeluh "hm..xdapat 9A pun, 8 or 7 jadilah.."
(ana tukaq ayat sat nak bagi mudah faham)
ha..tu la yang dok jadi masalah orang kita la ni..berdoa2, tapi tak yakin dengan Allah.dok risau ni, dapat ka dak tak taw 9A ni. takpun, boleh dapat ka aku ni A,B pun susah pa.Hm...memg tak dapat la..tu la masalah kita skang termasuk la ana. kita tak betul2 yakin dengan Allah.camana Allah nak kabulkan. kalau kita tgk wali2 Allah dan orang2 alim kita, doa mereka begitu mustajab. selain dari faktot amalan mereka, keyakinan mereka kepada Allah tu, tetap dan kuat. sebab itu kita ada pernah dengaq cita, seorang wali ni, tumpang moto seorang pemuda ni, tapi dah kehabisan minyak,wali ni isi pasir ja dalam tu, tapi dapat berjalan dengan izin Allah. sejauh mana kebenarannya, Wallahu A'lam.tapi apa yang penting disini, adalah keyakian dia terhadao Allah, walaupun hukum alam kata mustahil,tapi tidak bagi Allah.Allah itu Maha kuasa,dia mampu melaksanaka apa sahaja yang dia kehendaki.
sebab itu kita sering terdengar, diantara rahsia dan kekusaan Allah itu adalah diantara kalimah kaf dengan nun. iaitu bila Allah kata "KUN", maka jadi lah ia.tidak ada sesuatu pun yang mustahil disisi ALLAH. ALLAH mampu untuk melakukan apa sahaja. tinggalnnya, adalah keyakinan kita terhadapa ALLAH S.W.T. sebab itu lepas berdoa kita kena bertawakkal, iaitu pergantungan kita kepada Allah. bila kata tawakkal ni, bukan saja kita berserah begitu saja kepada Allah, tapi kita kene sertai dengan keyakinan yang tinggi terhadap Allah.
3. Sebagai penutup, ana nak sampaikan satu amalan untuk kita menjadi cepat kaya dan dimurahkan rezki, ini diberikan sendiri oleh UStaz, iaitu membaca surah Al-Waqiah selepas solat asar dan sebelum solat maqrib pada tiap2 hari. marilah sama2 kita mengamalkannya...
INSYAALLAH.......

Siri 2: Fenomina masa kini,salah siapa?

Selama seminggu saya menjalani Praktikal di sebuah firm yang dikenali dengan nama, "Lukman Reena & Co, yang terletak di kawasan Gombak, terdapat bnyk ilmu yang telah saya pelajari. saya ditugaskan untuk membaca kes dan membuat penafsiran perjanjian. Akan tetapi terdapat satu kes yang betul2 menyanyat hati saya dan di sini saya akan berkongsi dengan rakan2 sekalian.

Kes tersebut adalah berkaitan dengan Rogol budak dibawah umur. Dimana pesalah didalam kes ini berumur 21 tahun dan telah melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya yang berumur 15 tahun. menurut undang-undang Malaysia, yang termaktub di dalam kanun undang-undang jenayah,seksyen 375 (f) seseorang itu akan dikira melakukan jenayah rogol sekiranya dia melakukan hbgn seks dengan kanak-kanak dibawah umur 16 tahun walaupun kanak-kanak itu memberi kerelaan. Hukuman untuk kesalahan ini dalah penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan juga sebatan.

Apa yang menarik perhatian saya berkenaan dengan kes ini adalah, mangsa iaitu budak sekolah tingkatan 3 adalah seorang yang liar dan menjalani pergaulan yang bebas dengan kaum lelaki. pesalah adalah bukan orang pertama yang pernah menjalankan hbgn seks denganya. mangsa dikatakan terlibat dalam pergaulan bebas dan masalas sosial ini adalah akibat daripada keretakan rumah tangga dan tekanan yang dialaminya.ibu bapanya lansung tidak mengambil endah segala aktiviti luarannya.

Dan yang menyanyat hati lagi, pesalah adalah berasal dari keluarga yang beragama da baik pekerti. pesalah tamat pengajian di sek rendah agama di kelantan pada darjah 4 sahaja. bilamana saya terlihat wajah ibu dan ayahnya, teramat menyedihkan saya. emaknya bertudung labuh manakala ayahnya berserban. persoalannya, bagaimanakah semua ini boleh terjadi sehingga pesalah telah melakukan zina. mungkin penjelasan ini akan dapat mengurai dari mana datangnya kesilapan itu.

Emak dan ayah pesalah merupakan peniaga di paar malam. mereka memg sibuk sehingga tidak sempat mengambil berat akan kehidupan pesalah. akan tetapi dipandangan mereka pesalah amat baik kerana pealah sering memberi duit bulanan kepada mereka sebnyak 100 ke 200 setiap bulan. pesalah menjalankan pekerjaan membaiki motosikal di sebelah rumahnya dan disitu lah pesalah tinggal seorang diri kerna rumah itu adalah kosong dan terbiar. pesalah tidak tinggal dirumah keluarganya,hanya balik untuk makan sahaja.

Dipendekkan cerita, pesalah telah dikenalkan oleh rakannya dengan mangsa dan pesalah betul telah berkenan dengan mangsa dan beberapa kali menyatakan kepada keluarganya untuk berkahwin dengan mangsa akan tetapi tidak dibenarkan kerana faktor umur mangsa yang masih muda dan mentah. dipendekkan lagi ceritanya, mangsa telah datang tidur dirumah pesalah dan melakukan hubungan seks.

Apabila diketahui oleh keluarga mangsa, mereka telah membuat laporan dan pesalah ditangkap. keluarga pesalah telah cuba untuk berbincang dengan keluarga mangsa untuk dikahwinkan mereka, akan tetapi keluarga mangsa enggan menerima cadangan itu.

Jadi, siapakah yang menjadi mangsa dalam kes ini? adakah si lelaki atau si perempuan itu?

Si lelaki itu bukanlah lelaki pertama yang melakukan hubungan seks sengan si perempuan itu. kenapakah tidak dituduh sekali lelaki-lelaki lain yang telah melakukan hubungan seks dengn mangsa.

Justeru, bnyak pengajaran yang kita dapat ambil daripada kes ini.

1. Peranan ibu bapa dalam mengambil berat perihal anak-anak amat penting sekali bagi me,astikan mereka tidak terlibat dalam gejala sosial ini.

2. Jangan sesekali memberi ruang kepada anak-anak untuk terlibat dalam masalah sosial. pintu-pintu untuk kearah maksiat itu haruslah ditutup. mengawasi mereka setiap masa.

3. Kesibukkan berkerja bukan lah alasan yang munasabah untuk menafikan kesalahan kita untuk tidak mengambil tahu urusan anak-anak dan memberi didikan yang sempurna. apa guna harta yang dicari dan dikumpul dengan banyaknya sekiranya anak-anak kita tidak menjadi anak yang soleh dan berguna.

4. Sekiranya anak-anak berhasrat untuk berkahwin, usahlah dihalang kerna ia akan mengundang kepada kebinasaan dan ia akan memberi ruang kepada syaitan untuk membawa mereka ke jalan kerosakan dan kehancuran. Dunia masa kini tidak lagi seperti dulu, cabaran dan dugaan yang mendatang adalah teramat sukar untuk di lalui. Hanya Iman dan taqwa yang kuat sahaja mampu mengatasinya.

sekian..wasalam.....

Fenomina Masa Kini, Salah Siapa....????

Pendahuluan (ayat skema)

Sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini, kita dilahirkan adalah untuk beribadat kepada Allah serta memakmurkan bumi Allah ini dengan kebaikkan. Konsep beribadat di sini, kita tidak dapat lari dari mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Islam itu adalah agama yang benar disisi Allah dan tiada yang benar melainkan Islam. Untuk menjadi Khlifah Allah yang sempurna, kita semestinya mengamalkan Islam itu dengan sepenuhnya dan tidaklah mengambil sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian.

Sabda Rasulullah S.A.W, " Islam itu terbina di atas 5 perkara "
1.Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruhNYA.
2.Menunaikan Solat 5 waktu sehari semalam.
3.Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
4.Membayar Zakar.
5.Menunaikan Haji ( bagi yang mampu).

Justeru, tidaklah sempurna Islam seseorang itu sekiranya dia tidak menyempurnakan ke lima-lima rukun Islam ini melainkan Haji, hanya difardhukan kepada yang berkemampuan menunaikannya.

Masalah 1 : Malas Solat

Akan tetapi, apa yang berlaku di kalangan masyarakat kini, ramai yang tidak sempurna Islamnya kerana meninggalkan salah satu ataupun dua, mahupun tiga, empat dan kesemuanya. Walaubagaimanapun, hakikat yang kita dapat lihat pada masa kini, bila datang bulan Ramadhan, "mereka" berpuasa disebabkan semua Ummat Islam didunia ini berpuasa. Apatah lagi teredapat undang-undang tidak dibolehkan makan di khalayak ramai. Jadi ,mereka pun terpaksalah berpuasa sekali. Begitu jugak membayar zakat. kononnya pada fahaman mereka, dengan membayar zakat fitrah itu, terhapus lah dosa-dosa "mereka". akan tetapi, bila datang bab Solat, "mereka" ini tidak sama sekali menunaikan solat harian mereka disebabkan tiada siapa yang akan menghukum mereka sekiranya tidak menunaikan solat.

Kalau kanak-kanak dulu mungkin ye lah, tak solat, ayah pukul. tapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang tak ambik peduli lansung perihal solat anaknya. Yang mereka tahu anak itu, mesti diberi pendidikan yang hebat, supaya berjaya kelak jadi orang yang berguna. tetapi tidak pula mereka menitik beratkan soal agama. satu masalah jugak ni...

(start dah ayat kg....)

yang masalah awai tadi tu..(hm kuaq dah bahasa kampung)(tension)..puasa mau,bayaq zakat mau..apatah lagi kadang-kadang tu, posa sunat pun buat..tapi...(ni marah ni)..solat 5 waktu tu..malaih nak mampuih nak buat. kadang-kadang tu bukan depa tak taw yang solat 5 waktu tu wajib, suma orang taw saya rasa, tapi tak mau jugak buat. orang macam ni, lagi Allah tak azab depa didunia ni, lagi tu la kot tak mau nak solat. solat pun, time hari raya, solat tarawih. suma yang sunat tu, rajin pulak buat, yang buat ni, tinggai daoat dosa ni, depa tak mau buat pulak. yang sunat, Islam kata buat dapat pahala, tak buat tak dapat pa..rajin pulak depa buat..tak faham betui saya camana pemahaman orang-orang ni pasai Islam.

Masalah 2 : belajaq rajin..tapi tak menghayati.

ni pun satu lagi masalah jugak, kita tengok la ni, ramai pelajar universiti la ni, bab belajaq ni..Hm..rajin tu mengalahkan mak kita la..suma nak berjaya la katakan..xpa la bab tu...baguih dah tu.ada impian dan matlamat hidup. tapi masalahnya..ada setengah golongan ni, depa ni, tak kira la subjek apa pun,secular ka agama ka, dah universiti soh belajaq..tak kira..pulun jugak,janji dapat skor A.pointer dapat tinggi. Hmm..ni pun xpa la.baguih jugak. tapi yang kita dok herannya..hang belajaq yang agama ni..pasai Islam,tanggunggjawab kita sebagai hamba dimuka bumi ni.pasai solat dan sebagainya. tak masuk lansung dalam hati. yang depa taw nak skor n dapat A. belajaq pa tu, tak kisah lansung. yang secular ni xpa la jugak kalau kata belajaq tuk exam ja.boleh la kita terima lagi.ni yang agama ni. tak lekat lansung dalam hati. tu yang Nabi dok pesan tu, belajaq or apa-apa la..niat tu penting. tapi depa tak mau ikut cakap nabi jadi macam ni la...hati keras tuk terima Islam solat tak mau jugak. aurat pun tak jaga. tak masuk cerita yang dalam universiti nampak baek,tapi kat luaq..Hanya Allah ja yang taw.."wal I'yazubillah"...

Yang teruk lagi puak-puak ni, Qur;an pun tak mau nak baca.kata la malas pun nak baca hari-hari, seminggu sekali pun bboleh gagah lagi la...NI....baca Quran pun sebab ada subjek Tilawah,universiti suruh ambik. nasik bek la universiti buat camtu..kalau dak..seumuq hidup xtaw pa Quran tu macamana. Alhamdulillah la kita ni Allah tak tutup jalan kebenaran tu...kita taw jugak yang solat tu fardhu. tak buat dosa. berdosa sangat asanya bila dah teringgal solat tu..lemah jugak iman kita ni...Huhuhu...moga Allah sentiasa bagi kita Hidayah dan Taufiq...

balik kepada cerita tadi, saya pun kadang-kadang pening dengan orang-orang macamni, rasany gelap sungguh hati depa tu. tawu yang solat tu wajib, tapi tak mau buat jugak. macamana kita nak banding orang ni dengan orang kafir. depa taw Islam tu agama yang benar, tapi tetap tak mau jugak terima Islam. tu la yang kata, Hidayah ni milik Allah. mungkin depa ni xterpilih tuk terima Hidayah Allah. tapai dalam bab ni, kita nak salah sapa. sebab tak dapat hidayah ka sebab diri kita tu yang tak usaha tuk dapat Hidayah Allah.

tu la..orang soh solat..tapi tak mau. camana Allah nak pelihara kita sentiasa dalam Hidayahnya. Kalau kita sembahyang, hari-hari dalam solat subuh kita, dalam doa Qunut, kita sentiasa mintak Allah bagi kita hidayah. dalam doa Iftitah kita pun, kita sentiasa mintak semua yang kita buat ni, solat, haji, dan hidup kita ni adalah untuk Allah. Solat tu memang penting sekali. Mungkin kita tak rasa besaqnya nikmat Syahadah tu, sebab kita lahir-lahir pun dah Islam dari keturunan. jadi, solat la nak bagi kita menghayati Islam tu. bagi lembut ckit hati kita tuk dapat hidayah dari Allah serta mengamalkan Islam secara menyeluruhnya...Hidayah ni bukan nak kena tunggu, tapi kita yang kena cari tuk dapatkan dea. macam kita dok kat la..tak dak rezki,tak pa la. tapi tak usaha pun cari rezki tu..camana nak dapat. Jadi, macam tu la jugak Hidayah, kalau kita tak usaha nak cari dan dapatkan dea, camana Hidayah tu nak masuk dalam diri kita.

Jadi, takat ni ja la yang mampu nak cakap, semoga coretan ni dapat bagi iktibar kepada kita suma....yang penting, jaga la solat tu..belajaq masti ada tujuan, dan tujuan tu mestilah disandarkan pada Islam. Bukan belajaq semata-mata tuk kejar kejayaan dunia sahaja. Akhirat tu yang lebih utama sebenarnya.

Wallahu A'lam........

Cinta Laila & Majnun

Sejak dari kecil lagi kita sering mendengar mengenai kisah Laila & Majnun. Sejauh manakah kita mengetahui tentang kisah Cinta antara Laila & Majnun? Bagaimana pandangan Islam tentang kisah cinta ini?

Sohibu Al-Ghoni telah menceritakan kepada kita, katanya : Khalid bin Hamal berkata bahwa ia diceritakan oleh beberapa orang lelaki dari Bani Amir bahwa suami Lailadan ayahnya keluar menuju ke Makkah, lalu Laila menuruh seorang hamba perempuannya pergi kepada Majnun memanggilnya datang kepada Laila,lalu datanglah Majnun pada malam itu dan bersama di sisi Laila,mereka menghabiskan malam itu dengan duduk bersama,pada waktu sahur Laila pun menyuruh Majnun pulang dan sempat memesan padanya dengan katanya " datanglah padaku setiap malam selama mana mereka itu di dalam musafir..." Maka Majnun pun sentiasa berulang-alik bersama Laila sehinggalah mereka pun pulang....

Daripada kisah ini,kita dapat simpulkan bahawa kisah cinta Laila & Majnun tidak berlandaskan syariat. Mana mungkin seorang yang sudah berkahwin masih lagi bersamara dana dengan lelaki lain. Bahkan haram tubuh Laila terhadap lelaki selain suaminya.

ingin saya menyentuh sedikit disini, bahawa di dalam Islam terdapat satu kaedah yang berbunyi " al aslu fil ibdoq at tahrim". "ibdoq" disini bermaksud faraj yakni kemaluan perempuan. maksud qaedah tersebut adalah asal hukum pada faraj prempuan itu adalah haram. Jadi, yang menghalalkan faraj terhadap seorang lelaki itu hanyalah dengan Aqad nikah. makna kata haram bagi seorang lelaki itu bersetubuh dengan seorang perempuan yang belum dinikahinya.

Justeru, kisah Laila & Majnun itu tadi tidak sama sekali berlandaskan Syariat Islam. Cinta sebenar yang dikurniakan Allah adalah suci dan murni. Dimana Cinta ini memberikan ketenangan,kasih sayang dan kelapangan kepada pasangan yang bercinta itu.

Firman Allah di dalam surah Ar Ruum ayat 21, "Dan di antara tanda-tandaNya bahwa Dia menciptakan jodoh untuk kamu dari diri kamu sendiri (bangsa kamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan Rahmat. Sesungguhnya tentang yang demikian itu menjadi ayat (tandan) bagi kaum yang memikirkannya".

Sabda Rasulullah S.A.W, "kami tidak pernah melihat bagi dua orang yang bercinta atau berkasih seperti perkahwinan ". (seperti orang yang berkahwin).

Isu Berjabat Tangan Dengan Nabi...

Syeikh Maulana Asri, bekas Mufti Perlis, telah mengeluarkan kenyataan di dalam kuliahnya mengatakan bahawa Hadith Nabi yang berkaitan dengan perihal berjabat tangan dengan nabi, ataupun berjabat tangan dengan orang yang berjabat tangan dengan Nabi, hingga hari kiamat akan masuk syurga, adalah hadith Mauduq dan tidak boleh diguna pakai.

Namun demikian, menjawab permasaalahan ini, Syeikh Nuruddin Al-Banjari menyatakan bahawa walaupun hadith ini datang dari perawi yang Fasiq, ulama' terdahulu berpendapat bawaha Hadith ini masih boleh diguna pakai walaupun perawinya Fasiq. Ini adalah berikutan sifat hadith ini sendiri yang bersifat "Mursal sal bil musofahah" yaitu hadith yang bersambung-sambung dengan berjabat tangan. Terdapat padanya janji daripada Rasulullah bagi orang yang berjabat tangan dengannya atau berjabat tangan dengan orang yang berjabat tangan dengan, hingga hari kiamat akan masuk syurga.

Syeikh Nuruddin dalam penerangannya mendatangkan contoh, walaupun seseorang dipercayai, ia mengambil contoh dirinya sendiri, tidak mustahil bagi dirinya untuk berbohong, dan begitu juga sebaliknya, bagi seorang Fasiq, tidak mustahil bagi dirinya bercakap benar.

Tambahan lagi, Syeikh Nuruddin juga menyatakan bahawa, bukanlah dengan berjabat tangan dengan Nabi dan orang yang berjabat tangan dengan Nabi, akan mamasukkannya ke syurga secara automatic. berjabat tangan itu hanyalah sebagai janji bahawa seseorang itu akan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Contoh yang diberi beliau, sekiranya beliau membuat kontrak untuk membeli kereta daripada seseorang dengan harga Rm 40,00 dan berjabat tangan dengan orang itu sebagai tanda persetujuan jual beli. Akan tetapi adakah dengan berjabat tangan itu, kontrak itu telah sempurna dengan tanpa beliau membayar wang Rm 40,00 itu. Sudah tentu kontrak itu hanya akan sempurna bila tuan Syiekh membayar Rm 40,000 kepada penjual tersebut.

Justeru, apa yang ana dapat simpulkan adalah, berjabat tangan itu hanyalah sebagai tanda janji kita untuk beramal dengan Islam dengan sebaik-baiknya. Kalau seseorang itu tidak patuh dan taat kepada suruhan Allah dan Rasulnya, mana mungkin hanya dengan berjabat tangan dengan Nabi atau o0rang yang berjabat tangan dengan Nabi akan masuk syurga melainkan dengan Rahmat Allah. Akan tetapi secara amnya, sebagai Muslim, kita hendaklah taat kepada suruhan Allah dan RasulNya. Yang membolehkan kita masuk ke syurga, hanya lah dengan Rahmat Allah.

Kuliah Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki

Tempat : Surau Kemensah (blakang zoo negara)
Masa : Lepas solat magrib
Tarikh : 7 April 2009
Kitab : 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah.

Hadith,

1. Daripada Sayyidah Aisyah R.A berkata :

"Rasulullah tidak pernah memukul dengan tangannya sesuatu pun, sama ada istri dan pembantunya kecuali ketika berjihad pada jalan Allah. Begitu juga Rasulullah tidak membalas perbuatan jahat seseorang terhadap dirinya kecuali apabila kehormatan Allah dicerobohi. Maka baginda membalas dan menghukumnya semata-mata kerana Allah".

Huraian ;

Apa yang kita dapat fahami dari hadith ini adalah, Rasullah adalah sebaik-baik insan dimuka bumi ini,Baginda adalah seorang yang penyabar. Hadith ini menceritakan bahawa Rasulullah tidak pernah membalas apa yang dibuat oleh kaum Muysrikin terhadap Baginda ketika Baginda menyampaikan dakwahnya.tidak sedikit pun beliau menyimpan didalam hatinya,malahan diceritakan ketikau beliau diberi layanan yang begitu teruk oleh kaum Muysrikin dan Jibril hendak menghukum mereka, akan tetapi tidak pula Nabi mengizinkannya, malah Nabi berdoa agar mereka mendapat Hidayah dari Allah. Demikian la ketabahan Nabi kita Muhammad S.A.W. yang mengjadi penghulu sekalian Nabi.
Diriwayatkan lagi bahwa nabi hanya akan menghukum orang-orang yang telah mencerobohi kehormatan Allah, yakni melanggar hukum-hukum Allah dan mensyirikkannya.

Didalam huraiannya, syeikh Fuad ada menyentuh berkenaan dengan isu orang Kristian memberikan nama "Allah" kepada tuhan-tuhan lain dan ada sebahagian dari 'orang' kita yang membenarkannya. Maka kesangatan marahlah syeikh Fuad dengan perbuatan golongan ini yang membenarkannya. kerana perbuatan ini sememangnya tidak berasas dan tiada sati dalil pun yang mengatakan boleh diberi nama "Allah" yang begitu agung kepada tuhan-tuhan lain. bahkan yang benar adalah Allah saja tuhan yang layak disembah.

Kalimah Allah hanya lah layak untuk ZAT Allah sahaja. tidak ada yang layak melainkan Allah. Tuan Syeikh telah mengkaji lebih 40 kitab tafsir,termasuk dari mazhab Shi'ah,Wahabi,Muktazilah, dan Ahli Sunnah, akan tetapi semuanya bersepakat mentafsir kalimah "Allah" hanyalah layak tuk diberikan kepada Allah sahaja.

Secara Aqlinya, mana mungkin sama antara Allah dengan tuhan-tuhan lain, kerana Allah bersifat dengan segala sifat agung dan sempurna. Allah adalah pencipta sekalian alam. Mana mungkin tuhan yang dicptakan oleh manusi itu diberi dengan nama ZAT ALLAH yang Maha Agung.sebagai manusia biasa pun,bila mendengar perbuatan ini, kita tidak sama sekali dapat menerimanya kerna kita tahu, ALLAH itu satu dan hanya dia tuhan yang sebenar-benar dan selayak-layaknya tuk disembah.

Apatah lagi perbuatan seperti ini, adalah termasuk dalam perbuatan mensyirikkan ALLAH dari segi nama dan ZATnya.kerana kita meletakkan nama ALLAH dan ZATNYA kepada makhluk.Syirik ini adalah sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan ALLAH.

Justeru, marilah sama-sama kita berdoa agar iman kita teguh dan kuat berpegang dengan fahaman Islam serta tidak mampu untuk digoyah oleh golongan Orientalis yang senantiasa berusaha untuk merosakkan Aqidah kita dan terpesong jauh dari ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Wallahu A'lam bissawab......



Aku Insan Yang Kerdil....

aku makhluk ciptaan Allah bernama Insan,
insan yang tidak sunyi dari kesilapan,
kesilapan yang mengajarkan ku erti kehidupan,
kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran,

betapa dhoifnya diri ku ini,
aku berjalan,makan,minum,duduk dan berdiri,
semua pergerakkan ku ini,
adalah dengan izin Ilahi,

kenikmatan yang dikurniakan kepada ku ini,
adakah aku syukuri,
tanyalah dirimu sendiri,
sejauh manakah diriku ini.

buat renungan makhluk yang bernama Insan.

Sunday, April 5, 2009

KHALIFAH YOUTH TRAINING 2008

Khalifah Youth Training

Salam.kepada sahabat2 semua, disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari ketika menjalani latihan didalam khalifah youth training, yg telah diadakan pada 19-20 julai yg lalu.. Terdapat bnyk ilmu yang bermanafaat untuk dikongsi bersama.

Modul 1.

Pandangan Alam dan Konsep Khalifah.

Dibawah tajuk ini, kami telah diterangkan mengenai pandangan alam dan konsep khalifah. Yang dimaksukan sebagai pandangan alam adalah visi kita atau pun matlamat kita untuk mencapai sesuatu perkara.

Contoh yang telah diberikan adalah; tiger wood mempunyai pandangan alam nya yang sendiri iaitu untuk menjadi seorang pemain golf yang berjaya dan untuk mencapai matlamat itu, dia telah berlatih dgn bersungguh2 untuk merealisasikan impiannya dan hasilnya dia telah berjaya mencapainya. Itulah pandangan alamnya. Justeru , bagi mencapai sesuatu matlamat, kita juga perlu mempunyai pandangan alam kita tersendiri contonhnya, sekiranya kita hendak menjadi seorang usahawan yang berjaya, maka kita mesti berusaha menuju kearah itu.

Contoh yang kedua, kita hendak pergi ke supermarket, akan tetapi kita tidak tahu apa barang yang hendak kita beli, jadi, apabila tibanya kita di supermarket tersebut, kita akan merayau2 terlebih dahulu untuk melihat barang2 yang berkenan dihati untuk dibeli. Dalam sedar tak sedar kita telah menghabiskan masa beberapa jam untuk melihat barang2 tersebut. Akan tetapi sekiranya kita ada tujuan untuk membeli telefon bimbit,model nokia 3310, sudah tentu kita akan terus menuju ke tempat yang kita hendak beli dan tidak merayau2 lagi. Jadi disini pandangan alam itu amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Tanpa pandangan alam, hidup kita umpama ketam yang berjalan bengkang bengkok, umpama debu dibawa angina, tanpa arah tujuan.

Apa yang penting disini ialah, sebagai seorang muslim, kita mestilah ada pandangan alam sebagai seorang Khalifah Allah S.W.T. konsep Khalifah yang ditekan disini adalah tujuan kehidupan kita dimuka bumi ini. Pemahaman yang jelas perlulah lah dimiliki oleh setiap Muslim tentang konsep Khalifatullah. Darimana kita datang, kenapa kita di sini, siapa kita dan mengapa kita berada dini? Begitu lah persoalan yang peru kita ketahui jawapannya.

1. Kenapa manusia dicipta ?

Tujuan penciptaan manusia adalah untuk menjadi Khalifah Allah dimuka bumi ini.Khalifah Allah dalam erti kata disini adalah sebagai wakil Allah dimuka bumi ini. Tidak lain dan tidak bukan, tujuannya dalah untuk beribadat kepada Allah dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini. Boleh rujuk surah Adh-dhariyat, 51-56, dan surah al-baqarah,2:30.

2. Kenapa manusia dipilih sebagai Khalifah Allah?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna dan istimewa. Manusia dianugerahkan dengan akal yang dapat membezakan baik dan buruk. Akal ini lah yang membolehkan manusia membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya. Haiwan tidak diberikan anugerah ini, sebab itulah haiwan tidak ada kuasa untuk memilih yang terbaik untuk diri mereka. Satu kajian telah dibuat terhadap dua ekor kera iaitu emak dan anaknya, dikurung didalam satu sangkar dan tidak diberi makan selama beberapa hari, dan kemudian diberi pisang kepada kera itu, hasilnya sudah pasti kedua-dua kera itu akan berebut-rebut untuk makan. Akan tetapi sekiranya manusia mengalami situasi begitu, sudah tentu emak akan memberikan anaknya terlebih dahulu untuk makan. Apa yang hendak diperkatakan disini adalh, manusia dianugerahkan dengan penuh sifat kesempurnaan, sifat kasih sayang, peri kemanusiaan, dan sebagainya, sebab itu sekiranya manusia yang hilang sifat ini, dikatakan lebih teruk dari binatang kerana binatang juga ada yang mempunyai sifat begini.

Kuasa untuk memilih adalah anugerah yang paling utama. Dengan akal yang dikurniakan inilah kita diberi kuasa untuk memilih apa yang baik dan buruk untuk diri kita. Sekiranya kita memilih untuk menuju kejalan yang benar, makan itu adalah pilihan kita, akan tetapi klu kita memilih untuk berada dijalan yang salah dan menuju kepada kemungkaran, maka itu adalah pilihan kita. Kita yang menentukan hala tuju hidup kita. Justeru, gunalah akal yang dianugerahkan kepada kita ini dengan sebaik-baiknya. Pilihan ditangan kita.

Tanggungjawab Khalifah.

  1. Jadikan diri kita baik
  2. Bantu orang lain jadi baik
  3. Jadikan dunia fisikal yang terbaik.

Penjelasan .

Untuk mencapai tujuan ataupun matlamat hidup kita sebagai Khalifah Allah, kita hendaklah memperbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum kita memperbaiki diri orang lain dan masyarakat sekeliling. Sempurnakan solat dan tanggungjawap kita sebagai Hamba Allah yang sebenar benarnya. Setelah diri kita telah diperbaiki, maralah kita dengan memnyampaikan kebaikan itu kepada keluarga, rakan, dan masyarakat. Mulalah dari orang2 yang paling dekat dengan kita. InsyaAllah kita akan menjadi seoarang Khalifah yang sebenar benarnya.