Kata Aluan

Sunday, November 28, 2010

Bercinta Kerana Allah...

[ Saya bertanya kepada ummi, "ummi, mana satu pilihan hati ummi, insan yang menyayangi diri kita atau yang kita sayangi?"
Lantas ummi menjawab, "kedua-duanya tidak nak..."

Saya agak kehairanan dengan jawapan ummi itu... Ummi seperti memahami keadaan diriku ini lantas mengukir senyuman yang manis dan berkata..

"Nak...Pilihan hati ummi adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." ]


Petikan asal diatas dirujuk dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1221-mana-satu-pilihan-hati.html

Hm..tatkala ku membaca petikan ini, ianya betul-betul menyentuh hati dan imanku..kisah ini mengingatkan aku akan 1 hadis nabi yang menyifatkan tentang "Halawatul Iman" iaitu kemanisan iman, apakah ciri-ciri kemanisan iman ini, ada 3 perkara yang dinyatakan oleh Nabi kita S.A.W,
Pertama; Nabi S.A.W menyatakan bahawa akan terbinalah didalam diri seseorang itu akan kemanisan iman sekira dirinya dikasihi oleh Allah dan Rasul..
Kedua; dan tidaklah mencintai seseorang itu melainkan cintanya itu adalah kerana Allah..
Ketiga ; dan bencinya dia untuk kembali kepada kekufuran sepertimana bencinya dia sekiranya dicampakkan dirinya kedalam  Neraka..lebih kurang begitulah mafhum hadisnya...

Maka sekiranya menghendaki seseorang itu kan lahirnya kemanisan iman didalam dirinya, maka tidak dapat tidak seharusnya dia memiliki ketiga-tiga ciri yang telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W diatas. Bagaimanakah untuk menjadikan diri kita dicintai dan dikasihi oleh Allah dan Rasul? Jawapannya mestilah ia bermula dengan diri kita, kita mestilah terlebih dahulu mencintai dan mengasihi Allah dan Rasulnya. Secara ringkasnya adalah dengan melakukan segala suruhan Allah dan Rasulnya dan meninggalkan segala larangannya.

Allah S.W.T ada merakamkan didalam Kalamnya yaang suci bahawa dia akan sentiasa ingat kepada Hambanya yang sentiasa ingat kepada diriNYA. Mafhumnya sekiranya seseorang itu menyintai Allah, maka Allah akan menyintai dirinya.

Adapun yang kedua itu, apakah yang dimaksudkan mencintai akan seseorang itu kerana Allah? Adakah dengan menyatakan bahawa dia menyintai seseorang kerana Allah tetapi tidak mengikut batas dan syariat Islam itu dikira menyintai kerana Allah? sudah tentu tidak sama sekali. Yang dimaksudkan menyintai kerana Allah ini, bukan hanya melalui kata-kata dan hati sahaja, malahan perlulah disusuli dengan perbuatan. Maknanya mestilah cinta itu mengikut apa yaang digariskan oleh Islam..Semua orang boleh menyatakan bahawa dia menyintai seseorang itu kerna Allah. Namun tidak semua orang yang dapat menzahirkan cintanya itu mengikut Syariat Islam..Trend zaman kini, adalah bercinta sebelum kahwin. bertahun-tahun bercinta barulah berkahwin. kenapa perlu begitu..Alasannya untuk betul-betul mengenali pasanngannya dengan mendalam. Benarkah?

Tidakkah bila begitu lama bercinta, manisnya cinta itu akan pudar!!! Masih teringat lagi sabda Nabi S.A.W yang berbunyi, tidak aku melihat diantara lelaki dan wanita yang berkasih sayang melainkan suami dan istri, lebih kurang begitulah mafhumnya yang ana ingat. Maknanya apa yang Nabi nak nyatakan adalah bercinta dan berkasih sayang itu hanyalah untuk suami dan istri dan bukanlah untuk boyfriend dan girlfriend.

Ramai yang tidak yakin bagaimana kita hendak hidup bersama dengan seseorang itu sekiranya kita tidak cinta dan kasih kepadanya terlebih dahulu?

Persoalan itu  kembali kepada diri kita, Siapakah yang mencamppakkan perasaan kasih dan sayang didalam diri kita ini? sudah tentu Allah S.W.T.

Justeru yakinlah dengan Allah, biarlah yang dipilih itu adalah kerana Allah, dan bukanlah kerana Nafsu dan kecantikan duniawi semata-mata. InsyaAllah akan bahagialah hidupmu..kerna Allah ada menyatakan didalam kalamnya, diantara tanda-tanda kekuasaannya adalah dia menciptakan manusia itu berpasang pasangan, kemudian akan dicampakkanya perasaan kasih dan sayang didalam diri mereka agar dapat mereka bersuka-suka dan berkasih sayang.

Sekadar pendapat peribadi.. Wallahu A'lam...Rahimkawi..

Friday, November 19, 2010

Selami Hati Seorang Insan Bernama Lelaki



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau ciptakan manusia itu berpasang pasangan, tidak engkau ciptakan kaum Adam, melainkan bersamanya kaum Hawa. Maha penyayangnya Engkau, ketika Adam A.S kesunyian di syurga, engkau ciptakan Hawa sebagai penemannya, jua sebagai penghibur duka laranya.

Telah engkau ukirkan didalam kalammu, bahawa penciptaan manusia berpasang pasangan ini adalah sebagai tanda kekuasaanmu. Demikian fitrahnya kehidupan manusia memerlukan kepada pasangan hidup sebagai pelengkap hari-harinya yang mendatang.

Tidakku nafikan bahawa pertemuan jodoh itu urusanMu Ya Allah, telah kau janjikan didalam kalamMU yang suci, bahawa tidak Engkau ciptakan seorang lelaki yang soleh, melainkan bersamanya adalah seorang wanita yang solehah.

Tidak aku katakan diriku ini seorang lelaki yang soleh, kerna terlalu banyak maksiat yang ku lakukan, sememangnya tidak layak tuk melabelkan diriku sebagai lelaki yang soleh, namun, jauh di dalam hati nuraniku,  senantiasa mengidamkan seorang wanita yang solehah sebagai peneman hidupku, senantiasa aku berdoa kepadaMu agar menemukan aku dengan wanita solehah.

Telah kau gambarkan wanita ini, di dalam kalammu, sebagai perhiasan duniawi, aku fahami ayatmu ini, bahawa perhiasan wanita itu, bukan semata-mata terletak pada kecantikan paras rupanya sahaja, malahan, kecantikannya merangkumi kecantikan Akhlaknya, Budi Pekertinya, serta Amalannya. Tidaklah wanita itu dikatakan cantik kiranya tidak memili sifat-sifat ini, malahan kecantikannya tuk dunia semata-mata. 

Ingatlah para kaum Hawa, kecantikan dirimu bukanlah tuk diperdagangkan dan bukan jua tuk dipertontonkan, kecantikan dirimu adalah tuk suamimu semata-mata. Peliharalah kecantikanmu agar ia sentiasa suci dan bersih dari dikotori debu-debu dosa, agar dirimu nanti, bukan sahaja cantik di dunia, malahan jua di akhirat yang kekal abadi.

Tidakku nafikan kecantikan akhlak itu, mencerminkan kecantikan wajahnya. Masihku teringat kalam utusanMU, Muhammad S.A.W, memberi petunjuk kepada pemilihan Istri yang solehah, memiliki harta, kesuburan dan kemuliaan nasabnya, kecantikannya, dan keperawanan agamanya. Pemilihan yang beragama itu lebih diutamakan. Namun yang lain tidak seharusnya jua tuk diabaikan.

Rahimkawi.... 

Tuesday, October 5, 2010

My Convocation Day 2010 ( L.L.B Hons )


Alhamdulillah..Syukur yang tidak terhingga aku panjatkan ke hadrat Ilahi..kerna dengan Izin Nya lah dapat jua aku menamatkan pengajianku di dalam jurusan undang-undang civil tepat pada masanya. walaupun pelbagai cubaan dan rintangan telah ku hadapi, akhirnya aku dapat tabahkan diriku untuk menamatkan pengajian dalam bidang ini.

Walaupun kalau disingkap kembali, pernah satu ketika aku hampir mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajian dalam bidang ini kerna amat sukar bagiku tuk meneruskanya,
al maklumlah, bukannya mudah mempelajari satu bidang yang kita tidak betul-betul berminat untuk mendalaminya, ditambah lagi ianya diajar di dalam bahasa inggeris, maklum sajalah diri ini tidak sepandai mana dalam bahasa itu, diterima masuk pun sekadar cukup syarat ja..


Namun aku berkata kepada diriku, apa bezanya aku dengan yang lain, mereka jugak sama macam aku, ada punya otak dan pemikiran yang sama, tiada bezanya, itu kurniaan Allah kepada kita, bezanya bagaimana kita menggunakannya.

Hari demi hari aku cuba tuk menempuhi semua ini dengan hati yang tabah, mnyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan sebagainya, akhirnya aku berjaya juga tuk menamatkan pengajian di bumi uia selama 6 tahun dalam pengajian undang-undang. Alhamdulillah, Syukur yang tak terhingga aku panjatkan ke hadrat Ilahi...



 Terima kasih jua diucapkan kepada Abang dan Kakak Ipar yang sudi datang tuk menemani diri ini dalam majlis convocation ini. Tanpa mereka mungkin sedikit kesunyian majlis ini. Mak dan Ayah tidak dapat hadir diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Namun mereka semualah yang memberi inspirasi kejayaanku ini. Kepada Mak & Ayah, abang-abang yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan, semoga Allah membalas jasamu semua...


Tidak lupa juga kepada semua sahabat seperjuangan yang sentiasa membantu dalam menempuhi medan perjuangan ini..THANKS to all of you...May Allah bless you all....JAZA KALLAHU KHAIRAN KASIRA.....

Saturday, August 14, 2010

Ahlan Ya Ramadhan....

Tertarik dengan sepotong hadis yang dipaparkan oleh Ustaz Zahazan di laman facebook beliau, yang berbunyi :

"Dalam hadis yg diriwayatkan oleh al-Suyuti dlm al-Durr al-Manthur Nabi saw bersabda, maksudnya : Tidur seseorang yg berpuasa( slps keletihan Qiyamullail pd mlmnya), adalah ibadah, diamnya tasbih,amalannya dilipatgandakan,dosanya diampunkan dan doanya dimakbulkan."

hm...yang buat saya tertariknya adalah..bagi sesiapa yang bangun untuk berqiamullail di malam ramadhan ini, tidurnya pada siang hari adalah ibadah jua...

bila direnung hadis ini, baru terfikir logicnya, ini adalah kerana apabila kita tidur, sebenarnya secara tidak lansung ia telah mengelakkan kita dari melakukan perkara yang dapat mengurang pahala puasa, misalnya dapat mengelakkan kita dari melakukan maksiat mata, maksiat mulut, dan juga maksiat telingan.

kekadang mungkin kita tidak sedari,  atau sememangnya kita sedari, disekeliling kita dipenuhi dengan maksiat mata. berjalan sana, berjalan sini..ada saja golongan yang tidak menjaga aurat dan pemakaian mereka. tidak dapat tidak, kekadang kita akan terpandang jua..masakan mungkin kalau kita berjalan dengan menutup mata..jadi inilah dosa kecil yang tidak dapat kita elakkan..

begitu juga dengan maksiat mulut, kekadang bila kita berborak dengan rakan-rakan kita, dalam sedar atau tidak, kita akan terpesong juga tajuk bualan itu dengan kata-kata yang berbaur umpatan..ataupun kutukan terhadapat rakan-rakan kita yang lain..hm...berlakulah apa yang dikatakan maksiat mulut itu...

sama juga dengan maksiat telinga, bila kita mendengar perkara yang tidak baik itu, secara tidak lansung kita turur jua terlibat sama dalam maksiat itu..

justeru, tiada syak lagi akan kebenaran hadis Rasulullah diatas tidur di siang hari itu adalah ibadah kerna ia dapat mengelakkan kita dari terjerumus dalam maksiat-maksiat yang dapat mengurangkan pahala Ramdhan kita..

Namun harus diingat, bukannlah tidur semata-mata tetapi tidak pula melakukan Qiamullail dimalam hari..bukan apa..rugilah kita kerna di bulan Ramdhan ini pahala kita dilipat gandakan sekiranya kita memperbanyakkan ibadat kita di malam harinya..tidak cukup sekadar bertarawih sahaja..perbanyakkanlah ibadat kita semampunya agar kita tidak sesali nanti bila Ramadhan pergi meninggalkan kita buau selamanya...

Buat Renungan Bersama....

Friday, June 25, 2010

Bayi Ajaib 1 : Nabi Isa A.S

 Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, sebelum kita menyingkapi kisah Nabi Isa A.S, moleklah kiranya kita ketahui terlebih dahulu kisah menarik yang berlaku sebleum kelahiran Nabi Isa A.S, kerna sebelum kelahiran beliau terdapat kisah yang baik dan menraik untuk kita jadikan tauladan dan petunjuk dalam kehidupan kita agar kita senantiasa berada di dalam Rahmat dan perlindungan Allah dari Syaitan laknatullah.

kisah Nabi Isa ini telah digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam surah Al-Imran, bolehlah dirujuk dan ditelitikan tafsirnya. Telah diceritakan di dalam buku " Kisah Bayi-Bayi Ajaib" disusun oleh Adil Abdul Mun'im, bermulanya kisah Nabi Isa ini daripada neneknya iaitu Isteri kepada Imran, dimana isteri kepada Imran ini sudahpun menjangkau usia tua, akan tetapi beliau masih lagi belum dianugerahkan Allah zuriat. Ini adalah kerana isteri kepada Imran ini adalah seorang yang mandul dan telah terputus haidnya.

Seperti wanita-wanita yang lain, isteri kepada Imran ini amat mengimpikan seorang anak, jauh dilubuk hatinya, dia teringin sangat untuk melahirkan anak kerna itulah hati seorang wanita, selain suami, anak merupakan tempat untuk berkongsi kasih dan sayang, bergurau senda serta bermadu mesra. Tanpa anak disisi, tidak dapat digambarkan betapa sunyinya hati isteri Imran ini. dia tidak putus berdoa kepada Allah S.W.T agar dianugerahkan beliau seorang cahaya mata yang menjadi penyeri hidupnya. Namun Allah Ta'la itu Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

Akhirnya Allah S.W.T memakbulkan doa isteri Imran apabila beliau bernazar sekiranya beliau dianugerahkan Allah seorang anak, maka anak itu akan disumbangkan untuk berkhidmat di Baitul Maqdis.

Maka dengan itu datanglah akan Isteri Imran itu haid dan teramat terkejutlah beliau kerna beliau telah pun terputus haid. Selain itu beliau juga mengalami muntah-muntah dan pening-pening seperti yang dialami oleh wanita yang hamil. Namun beliau yakin bahawa dirinya telah hamil setelah  mendapati terdapat janin yang bergerak-gerak didalam perutnya.

 Dipendekkan cerita, lahirlah seorang bayi perempuan dan dinamakan bayi itu dengan nama Maryam. Sebenarnya ibu Maryam mengimpikan anak yang lahir itu adalah lelaki kerna beliau telah bernazar akan menyumbangkan anak itu untuk berkhidamat kepada Baitul Maqdis. Namun beliau sedar bahawa Allah itu Maha Mengetahui, beliau cuma khawatir anak itu nanti tidak dapat memikul nazar yang dibuatnya.

Diringkaskan lagi ceritanya. Maryam telah diambil oleh Nabi Zakaria untuk dipelihara. setelah Maryam meningkat usia dewasa, beliau menjadi seorang wanita yang solehah dan kuat beribadat kepada Allah.  Ternyata Allah itu Maha Kuasa dan Maha mengetahui.


Nabi Zakaria telah membina sebuah rumah ibadat untuk Maryam dimana rumah itu terdiri daripada 7 lapis pintu dan Maryam ditempatkan didalam Mihrabnya. Rumah itu dikunci oleh Nabi Zakaria agar tiada siapa yang dapat masuk kedalam rumah itu untuk mengganggu Maryam untuk beribadat kepada Allah. Maryam tidak pula berasa sunyi berseorangan di dalam Mihrabnya kerna beliau senantiasa beribadat kepada Allah.

Karamah beliau mula ditunjukkan Allah dengan terhidangnya makanan dan buah-buahan yang enak didalam mihrabnya dengan tanpa didatangkan oleh sesiapa pun. Ianya adalah anugerah dari Allah S.W.T.

Cukuplah sekadar itu dulu, InsyaAllah kalau dipanjangkan umur saya akan cuba untuk menyambung kisah ini.

Ulasan peribadi : daripada kisah di atas kita dapat ambil pengajaran bahawa sebagai hamba Allah, yang kerdil lagi hina., kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T untuk memohon apa jua yang kita hajati. Jangan sesekali berputus harapan atau merasa jemu untuk berdoa. sekiranya doa kita itu tidak jua dimakbulkan, bersangka baiklah dengan Allah kerna Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita. Ingatlah tiada apa pun yang mustahil disisi Allah, sekiranya ia berkata "KUN" yakni jadi maka jadilah ia..

Wallahu A'lam.....

Tuesday, June 22, 2010

Kisah Bayi-Bayi Ajaib

Ketika zaman kecik-kecik, zaman persekolahan..kita sering terdengar kisah bayi yang boleh bercakap tatkala mereka masih lagi di dalam buaian. setelah dihitung..terdapat 3 orang bayi yang dianugerahkan Allah kelebihan ini dan mereka adalah :
1. Nabi Isa Alaihissalam
2. Sahabat Juraij atau bayi yang didakwa anak Juraij
3. Seorang Bayi yang didakwa menghisap puting susu ibunya tiba-tiba sahaja bercakap untuk menunjukkan mana benar dan mana palsu.

namun,ketahuikah kita apakah sebenarnya yang berlaku disebalik kisah bayi-bayi ajaib ini. Kenapakah Allah S.W.T menganugerahkan kelebihan ini kepada mereka. Adakah disana terdapat sebab-sebab terjadinya sedemikian?????

InsyaAllah akan dibincangkan nanti....

Monday, May 10, 2010

Siti Khadijah Melamar Rasulullah

   Siti Khadijah merupakan saudagar arab quraish yg amat kaya ketika itu. Muhammad telah diutuskan oleh  Siti Khadijah bersama pembantunyanya, Maisarah ke Syam untuk baranag dagangan beliau. disamping itu Siti Khadijah juga mengutuskan Maisarah untuk sentiasa mengawasi Muhammad.

   Diringkaskan ceritanya, setelah nabi pulang dari Syam membawa keuntungan yg banyak, Maisarah mua menceritakan tentang peribadi Rasulullah sepanjang perjalanan yang tidak bercampur gaul dengan pedagang-pedagang yang lain ketika mereka sedang berhibur dan bersuka ria. Rasulullah lebih suka bersendirian dan bibirnya tidak pernah penat mngucapkan zikirrullah.  Maisarah juga menceritakan bagaimana kebijaksanaan Muhammad memperdagangkan barangannya dengan begitu bijak dan mendatagkan keuntungan yg banyak.

   Dari saat itu, hati Siti Khadijah sudah mula terpaut dengan Muhammad dan dia mula terfiikir untuk meluahkan hasrat hatinya itu. Khadijah mengutuskan sahabatnya yang bernama Nafisah untuk bertemu dengan Rasulullah serta menyampaikan hasrat yang tersirat dihatinya itu. terus , Nafisah pun bergegas ke rumah Abu Talib dan bertemu dengan Nabi. Setelah bersua muka sengan Nabi, Nafisah pun terus menyatakan hajatnya datang bertemu dengan Rasulullah.

   Setelah Nafisah memberitahu Baginda, Rasulullah menjadi serba salah dan tidak tahu untuk memberikan jawapan. Mana tidaknya, Siti Khadijah merupakan jutawan Quraish yang amat kaya dan jeilita, bukan mudah untuk baginda membuat keputusan. Namun, setelah termenung sejenak, memikirkan persoalan itu, Rasulullah tidak ragu-ragu lagi lantas menerima keinginan hati Siti Khadijah itu.

Diringkaskan ceritanya, Rasulullah pun berkahwinlah dengan Siti Khadijah...

Sumber : Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad, S.A.W.
Penyusun : Tarikuddin bin Hj Hassan.

Ulasan.
Dari kisah lamaran Siti Khadijah keastas Rasulullah, tidak salah dalam Islam sekiranya kaum hawa yang melamar kaum Adam. Seringkali kita terdengar mana mungkin perigi mencari timba namun itu hanyalah kiasan semata-mata. Mana mungkin kita nak samakan manusia dengan perigi dan timba kerna manusia ini mempunyai hati dan perasaan. dan tidak salah sekiranya perasaan itu diluahkan dengan cara yang baik dan beradap mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Tidak seharusnya kaum wanita merasakan perbuatan seperti ini melanggari fitrah dan menjatuhkan harga diri mereka. Kenapa seharusnya merasa malu seandainya tujuan perbuatan ini adalah baik. mungkin dikhuatiri lamaran mereka akan ditolak. namun keadaan begitu juga sama dengan kaum Adam. lamaran dari kaum Adam juga ada kemungkinan ditolak.
Justeru, yang pentingnya, yakinlah dengan pilihan kita dan berdoalah kepada Allah agar itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita dan janganlah berasa segan dan malu unttuk memulakan lamaran. Seandaninya lamaran itu tidak diterima, yakin dan percayalah  bahawa Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita terimalah apa jua dengan Redha. Seandainya lamaran kita ditermia, Anggap itu sebagai satu nikmat, namun sendainya ditolak, anggaplah itu sebagai ujian.

wallu a'lam.

Friday, February 19, 2010

Ketika Cinta Bertasbih


Pertama kali ku dengari tajuk cerita ini, "ketika cinta bertasbih",aku mula memikirkan maksud yang tersirat disebalikny..bagaimanakah yang dikatakan ketika cinta bertasbih itu...adakah ada cinta yang datang sebelum terbinanya perkahwinan ataupun cinta itu berputik selepas perkahwinan...

kepalaku berpusing-pusing dengan pelbagai persolan yang terlintas..adakah disana cinta suci yang terbina di atas batasan-batasan syariah..kerna bila dikatakan cinta itu bertasbih..sudah pasti disana beerti cinta itu adalah suci,murni,cinta yang membawa kepada jalan Ilahi..cinta yangmengalir kearah Redha yang Esa..cinta yang putih dan bersih tanpa dinodai dengan debu-debu dosa..

kekusutan yang mneyingkapi diriku..ternyata hilang setelah aku menonton cerita ini..setelah aku menghayati maksud yang hndak disampaikan oleh Penulis novelnya, Ustaz Habiburrahman, barulah aku mengerti apa itu yang dikatakan " ketika cinta bertasbih".

Secara peribadinya, cerita ini amat bagus sekali untuk ditonton oleh pemuda-pemudi zaman sekarang, terutamanya bagi yang mencari erti cinta yang sebenar yang sejajar dengan syariah islamiah. inginkan saya rumuskan intipati ceritanya disini, ternyata cinta yang hakiki dan jodoh itu sebenarnya adalah peraturan Allah S.W.T.bukan lah manusia yang mengaturkan suma itu.namun tidak dinafikan, usaha dan mujahadah itu hendak bermula dari diri kita dan bukanlan bertwakkal sepenuhnya pada Allah dengan tanpa usaha lansung.

kalau dikupas dari jalan ceritanya,  Khairul Azzam telah berusaha dengan gigih untuk menemui calon yang terbaik tuk dijadikan isteri. setelah hari ebrganti hari,bulan berganti bulan, tidak jugak dia berjaya untuk menikahi gadis-yang ditemuinya. Namun akhirnya jodohnya adalah Ana Athafunnisa', yang merupakan gadis pertama yang dia cuba untuk lamari. walaupun Ana telah berkahwin dengan Furqan,ternyata Furqan bukanlah jodonhnya yang sebenar.

Apa hubung kaitnya dengan kalimat " Ketika Cinta Bertasbih"..setelah habis siri 1 aku belum menemui jawapannya..namun dipenghujung siri dua, barulah ku temui..apabila Ana menyatakan kepada ibunya "sebenarnya Khairul Azzan itulah pemuda pertama yang dia benar-benar cintai" yakni ketika bertemu denganya di dalam bas di Kairo

dan sememangnya tidak dinafikan, sebenarnya Azzam dan Anna saling mnyintai diantara 1 sama lain sejak dari awal lagi. Namun cinta mereka duji dengan pelbagai halangan. dalam pada itu Anna dan Azzam sebenar tidak pernah lupa untuk bertasbih mengingati Allah. Azzam tidak boleh mengkhitbah Anna kerana dia telah dikhitbah oleh sahabatnya furqan,Haram hukumnya bagi lelaki yang memasuk minang perempuan yang telah dipinang oleh lelaki lain. Walaupun Azzam sebenarnya mencintai Anna,namun cinta itu terpaksa dilupakan, dia berusaha juga tuk mencari wanita lain tuk melegakan hati Ibunya yang paling dicintai. kerna syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

Bagi Ana pula, walaupun sebenarnya dia tidak benar-benar mencintai Furqan, namun sebagai IStri kepada Furqan dia terpaksa menyanyangi Furqan. kerna bagi istri, syurga itu dibawah tapak kaki Suami..

Akhirnya, Azzam dan Anna diketemukan jua dalam keadaan yang tidak dduga.dan. ketika itulah cinta mereka berputik dan mereka tidak pernah lupa tuk syujud syukur kepada Allah...

Nasihat Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya tentang makna tawakkal :
"tawakkal itu bahawa engkau memantapkan i'tiqadmu dengan janji-janji Allah iaitu engkau mengi'tiqadkan bahawasanya segala apa yang telah ditakdirkan bagimu itu pasti akan sampai kepadamu,tidak boleh tidak walaupun seluruh makhluk yang ada dialam ini berusaha menghalangnya daripadamu dan sebaliknya, apa-apa yang telah ditakdirkan bahawa ia bukan untuk engkau, sudah pasti ia tidak akan sampai kepada engkau walaupun sekalian makhluk berusaha untuk menyampaiknnya kepada engkau"

Wallahu A'lam .....