Kata Aluan

Sunday, December 23, 2012

Islam bukan Agama yang Menghukum....


sekadar perkongsian...
terjumpak dalam kitab Bahrul Mazi, Juzuk 10, Mk/s 143, bab pada menyatakan :
" Ma Ja aa Fil Talqin fil Had. "

Kesimpulan yg dapat daripada kisah Ma'iz Bin Malik yang datang kepada Nabi dan membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan Zina ...maka berkata nabi S.A.W kepada Maiz, : " Kamu gilakah mengaku berjahat ditengah khalayak ramai". Maka sahut Ma'iz, : "Hamba tidak gila". bleh rujuk detail dalam kitab...ada riwayat kata Maiz buat pengakuan sebanyak 4 kali..dan ada yang kata ketika Ma'iz buat pengakuan tu Nabi berpaling ke arah lain.

Cumanya yang tertarik disini, disebut didalam kitab ini, perbuatan Nabi tersebut seolah-olah nak menunjukkan bahawa jangan kita mengaku perbuatan jahat kita itu sebaliknya pergilah bertaubat dengan Taubatan Nasuha...

Justeru, sebenarnya Islam bukanlah agama yang cepat dan mudah nak menghukum hambanya yang melakukan kesilapan dan dosa...sebaliknya pintu taubat itu sentiasa dibuka untuknya...

Diceritakan kenapa sebenarnya Ma'iz ini tidak bertaubat sebaliknya mahu dirinya dikenakan hukum Hudud keatasnya iaitu Rejam bagi penzina yang sudah berkahwin...

Adapun Ma'iz ini merasakan bahawa taubat itu tidak cukup dan memadai bagi dirinya di atas perbuatannya itu..sememangnya dia sudah pun bertaubat..

akan tetapi merasa akan dia bahawa taubatnya itu masih tidak cukup untuk menyucikan dosanya..kerana tidak tahu akan dia samaada Allah S.W.T menerima atau tidak akan taubatnya itu...

jadi, mahu ia untuk dikenakan hukuman Hudud keatasnya kerana dia mahu dirinya terselamat di akhirat kelak dari siksa api neraka.

Justeru dengan dikenakan hukuman hudud keatas dirinya, nescaya ia akan terlepas dari siksaan itu...

Saturday, November 24, 2012

Jodoh itu satu Ketentuan atau Pilihan...

Seringkali persoalan ini bermain dibenak fikiranku...orang kata jodoh itu sudah ditentukan Allah...Bila dan siapa jodoh kita, hanya Allah yang mengetahui...akan tetapi dalam masa yang sama, Nabi kita juga ada menyarankan kepada kita kalau nak pilih pasangan ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, iaitu harta, kecantikan, keturunan dan juga agama, tapi Nabi suruh pilih yang beragama, Nescaya bahagia hidup kita...

Ok...berbalik kepada persoalan diatas...sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita terfikir jugak kan...Oh...jodoh tu Allah dan tentukan...jadi kenapa kita nak kalut lagi dok pi cari jodoh sana sini...kalau dah Allah dan tentukan Siapa dan Bila pertemuan itu, pasti ia akan datang kan...

Hm...ada benar jugak jawapan demikian...akan tetapi di dalam Islam untuk mendapatkan sesuatu Islam amat menggalakkan ummat nya agar berusaha untuk mendapatkan perkara tersebut...contohnya macam rezki..memang rezki itu Allah sudah tentukan sejak ditiupkan roh di dalam rahim lagi...tapi kenapa kita masih digalakkan untuk berusaha mendapatkan rezki tersebut...

tertimbul pulak kan tanda tanya dalam diri ini...kalau dah rezki Allah dan tentukan, mesti kita akan dapat rezki tersebut kan....

kadang-kadang kita tengok dalam kehidupan ni...ada orang lahir-lahir saja sudah kaya kerna keluarga kaya raya...dan tak perlu bersusah payah mencari rezki..

ada jugak yang bersusah payah dan bertungkus lumus cari rezki, tapi tak kaya-kaya pun..cukup tuk makan munum seharian..

Begitu jugak dengan soal jodoh..kadang-kadang kita tengok setengah orang tak bersusah payah pun mencari pasangan hidup...kenal-kenal terus ja kawen...kan....

tapi ada orang, berusaha mencari pasangan, tp akhirnya tidak berjaya membawa kepada perkahwinan...

Jadi jawapan yang bagaimanakah yang dapat menjawab persoalan ini????

akhirnya bila fikir dan berfikir...saya teringat kata ustaz saya ketika belajar di UIA dulu, iaitu Ustaz Hashim Yahya yang ajaq kita Mughni Muhtaj...

Dia ada tanya kepada kami, kenapa kita digalakkan untuk berdoa agar panjang umur sedangkan kematian kita sebenarnya telahpun ditetapkan bila dan dimana...

saya pun cuba untuk menjawab lantas saya berkata, sebenarnya tujuan kita mintak kepada Allah supaya dipanjangkan umur tu, sebab kita nak umur yang berkat...( maksudnya, walaupun panjang atau pendek, umur kehidupan kita yang dikurniakan Allah ni kita manfaatkan dengan sepenuhnya dengan melakukan kebaikan dan amal-amal soleh, kalau umur panjang pun tapi tidak berkat, tiada guna jugak... )

Jadi ustaz pun menjawab, benar jugak kata-kata saya tu..tapi ustaz bagi penjelasa yang terperinci sikit...

sebenarnya umur  dan kematian sememangnya ada taqdir dan ketentuan Allah...tapi dalam Islam taqdir ini terbahagi kepada dua iaitu Qodo' Mubram dan Qodo' Muallaq..

Apa maksudnya tu ya...apa perkaitan dengan persoalan di atas...

InsyaAllah, jika diberi kesempatan, akan saya cuba mensyarahkannya di entry yang akan datang....


Sunday, October 7, 2012

Apa itu SCAM ??? What is the meaning of SCAM in the light of business via internet

ramai sebenarnya orang kita yang masih lagi belum taw apa sebenaqnya yg dimaksudkan dgn SCAM ni...yg ramai org taw SCAM ni tipu..kalau bisnes SCAM ni bisnes yg tipu la...OK xpa..betoi la bisnes tipu...tp kita kena ingat, zaman la ni orang yang buat bisnes SCAM tu sendiri pun bukan orang yg bodoh.,..kalau depa bodoh, obviously nak wat SCAM pun xreti..apatah lg dgn internet ni kan...yg surenya..orang yg wat bisnes SCAM ni depa adalag orang yg genius...depa dah kaji dah suma selok belok bisnes internet..macamana dia beroperasi, macamana nak tarik minat orang tuk masuk, n macamana nak bagi orang seronok masuk, lebih byk dan bnyk lagi...

SO, depa ni akan cipta satu SKIM tuk bisnes internet yg mana akan dapat menarik minat orang ramai tuk masuk...especially orang2 kita ni la kan yg mudah nak dapat duit...n xpayah nak buat kerja pa..just melaboq duit ja...pastu dapat ribu2 kan....

OK, dgn SKIM yg depa cipta tu depa akan mula tarik orang tuk masuk...dengan amaun pelaboran tertentu ada yg ckit..ada yg bnyk...melaboq ckit, dapat ckit..kalau bnyk dapat pun bnyk...ada orang kita yg baru2 nak cuba, n takut2 jugak kena tipu, try melaboq ckit2 dulu...pastu tgk2 dapat untung...masyukk bnyk...ha...apa lagi..mula la rasa confident dgn SKIM tu then nak melaboq bnyk la...( biasa la manusia, tak pernah puas dgn apa yg ada)..OK fine..xpa....melaboq2....

satu lg nak habaq...saya kata tadi geng2 SCAMMER ni depa genius...depa buat SKIM yg kita just melabuq ja...tgk2 dapat hasil...depa pun taw nak tarik minat org ni kena ada cara dia jugak...So depa ubah ckit...memg still konsep pelaboran...tp kena buat keja ckit...contohnya kena Klik2 iklan...kena cari orang...bg nampak ckit camana duit tu terhasil...ada yg buat jenis melaboq emas la...walaupun yg sebenaqnya emas tu xdak pun...ha...tu yg jadi masalah...kalau nak sembang pasai hukum plak...sah2 la xbleh kan...melaboq pada benda yg kita sendiri pun xtaw n xnampak...ada Qoror disitu..apatah lg kalau melaboq pada benda yg tidak halal dan suci.....jadi haram jugak dalam Islam...

OK..kita sambg ckit yg atas tadi, untuk nak mengaburi mata org ramai..SKIM ni depa tetap bg untung..tp suma tu suma dalam akaun kita ja...dalam USD plak tu...kalau nak bawak kluaq duit kena ckp amaun tertentu...tp yg sy herannya ada satu SKIM ni, depa siap bleh juai2 plak USD tu kat kawan2 yg len..kenapa perlu juai kalau duit tu kita punya...xwat xbleh masuk dalam akaun bank local ka???

ahaha...confirm la kan..sebab kalau company mana wat bisnes yg xdapat Approval dari Bank Negara confirm xleh berurusan dgn Bank Tempatan...igt..dulu ada satu company yg buat bisnes melaboq ni la...tut tut Bank Negara taw n beku akaun depa..sapa2 yg melaboq tu memg xleh masuk duit dalam akaun tempatan melalui company tu..hbs la duit melayang...

sama jugak dgn geng2 wat SKIM ni...sampai satu tahap bila bnyk dah untung depa dapat, depa akan tutup SKIM n menghilang begitu saja..org yg baru masuk xdan dapat untung..rugi saja la....nak saman apa pun xboleh..sebab owner dia xwujud...

ada org kata, nak wat bisnes ada risiko..kena berani tanggung risiko..OK fine..betoi dah ungkapan tu..tp saya xnampak perjalanan bisnes ni...adakah dipanggil bisnes??? atau SKIM cepat kaya??? kalau SKIM cepat kaya Islam dah kata Haram...org ramai pun taw...SO...fikir2 kan lah....

Jadi, kesimpulannya, berjaga-jaga la sahabat2...nak masuk bisnes apa pun, biaq kita kaji betoi2...macamana perjalanan bisnes tu...macamana untung tu dapat....kdg2 kita tak sedaq sebenaq keuntungan tu hasil dari duit kita dan sahabat2 kita yg melaboq...duit dok pusing kot tu ja....company tu hnya dok dapat untung ja daripada duit kita...

jgn kita plak tergolong dari orang yang menyumbang kepada kejahatan dan penipuan....memg kita dapat untung, tp sebenaqnya duit tu adalah antara duit sahabat2 kita yg menanggung kerugian....jaga2....

Saturday, August 4, 2012

Adab – Adab Berpuasa


Puasa merupakan salah satu ibadat yang telah diperintahkan oleh Allah kepada umat Islam seluruhnya pada bulan Ramadhan. Ia merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Puasa mempunyai pelbagai keistimewaan yang telah dijanjikan oleh Allah. Berpuasa dapat mengukuhkan jiwa seseorang supaya berpegang teguh kepada Allah. Lahirnya insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah dengan ibadat puasa sebagaiman firman Allah yang berbunyi

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣)

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah : 183)
 Puasa merupakan ibadat yang dapat menghampirkan manusia dengan penciptanya. Allah akan memberikan ganjaran yang banyak bagi mereka yang menunaikan puasa dengan sebaik-baiknya. Berpuasa dapat menjauhkan jiwa daripada gangguan syaitan dan dapat menyelamatkan diri daripada melakukan segala larangan Allah. Begitu juga, puasa dapat melatih manusia supaya bersabar, merasakan kelaparan yang menjadi kebiasaan  golongan fakir, melembutkan jiwa dan dapat menghapuskan dosa-dosa  yang telah dilakukan sebelumnya.
Puasa mempunyai beberapa adab yang perlu diikuti supaya dapat mencegah daripada tidak mendapat sebarang ganjaran yang telah dijanjikan. Antara adab- adab puasa adalah seperti berikut :
 1. Niat yang betul.
Niat yang benar-benar ikhlas kerana Allah ialah pengukur kepada ibadat seseorang. Dengan niat yang ikhlas, seseorang itu akan diganjari dengan ganjaran yang setimpalsebagaimana yang dilakukannya. Oleh yang demikian, puasa menuntut seseorang supaya mengikhlaskan niat hanya kepada Allah.Niat berpuasa wajib dilakukan sebelum daripada tamat waktu bersahur (sebelum terbit waktu fajar ).

 2. Bersahur.

Bersahur adalah satu amalan yang telah dilakukan Baginda s.a.w. Bersahur dapat memberikan faedah yang begitu besar kepada manusia. Oleh yang demikian, Nabi menggalakkan umatnya bersahur walaupun dengan meminum segelas air.

عن أنس رضى الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم : تسحروا فإن السحور بركة

Maksudnya : Daripada Anas berkata , sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda :  ” Bersahurlah kamu, sesungguhnya (dengan) bersahur (akan mendapat) keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seharusnya bagi semua umat Islam mengikut apa yang telah dilakukan oleh Baginda. Nabi s.a.w. bersahur untuk persediaan berpuasa walaupun dengan seteguk air atau dengan sebiji buah tamar.

 3. Melewatkan bersahur.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya supaya melewatkan bersahur kerana perkara demikian dapat memberikan kekuatan kepada orang yang berpuasa dan dapat memperoleh keberkatan yang banyak.

عن أنس رضى الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم : بكروا بلافطار، وأخروا السحور

Maksudnya : Daripada Anas berkata , Rasulullah s.a.w telah bersabda : ” Hendaklah kamu awalkanlah berbuka dan hendaklah kamu perlewatkan bersahur”.

 4. Tidak membazir ketika bersahur dan berbuka.

Tidak berlebihan ketika bersahur dan berbuka kerana perkara demikian dapat memudharatkan seseorang, melemahkan daripada melakukan ibadat dan boleh membawa kepada mengantuk.

 5. Mengawal anggota ketika berpuasa

Mengawal anggota ketika berpuasa daripada melakukan maksiat kepada Allah. Lebih-lebih lagi menjaga mata daripada memandang perkara maksiat yang telah diharamkan oleh Allah.
 Menjaga anggota dari melakukan perkara yang dapat mengurangkan pahala puasa sebagaimana berikut :
  1. Menjaga mata daripada perkara haram.
  2. Menjaga lidah daripada percakapan yang sia-sia dan membiasakannya dengan berzikir, membaca Al- Quran dan sebagainya.
  3. Menjaga pendengaran daripada perkara yang memudaratkan.
  4. Menahan tangan dan kaki daripada perkara yang syubhah dan melalaikan.
  5. Tidak makan terlalu banyak.
  6. Sentiasa muraqabah dengan Allah walau di mana berada.

 6. Memperbanyakkan amalan kebaikan.

Disunatkan memperbanyakkan amalan-amalan yang baik ketika berpuasa. Demikian supaya waktu seharian digunakan untuk berzikir kepada Allah, berdoa, memohon ampun kepada Allah, membaca Al -Quran, memperbanyakkan sedekah, menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa bagi mendapat pahala yang begitu banyak, mengukuhkan amalan silaturrahim dan segala amalan-amalan yang baik.

 7. Menyegerakan berbuka.

Amalan ini merupakan sunnah Rasulullah yang telah memerintahkan semua umatnya supaya menyegerakan berbuka sebagaimana sabdanya yang berbunyi :

عن أنس رضى الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم : بكروا بلافطار، وأخروا السحور

Maksudnya : Daripada Anas berkata , Rasulullah s.a.w telah bersabda : ” Hendaklah kamu awalkanlah berbuka dan hendaklah kamu perlewatkan bersahur”.
Dengan menyegerakan berbuka dapat memberikan kegembiraan kepada orang yang berpuasa dan meringankan tubuh badan daripada keletihan. Oleh yang demikian,  Rasulullah menyegerakan berbuka sebelum daripada solat Maghrib.

 8. Berdoa ketika berbuka.

Berdoa ketika berbuka sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah sebagaiman sabdanya yang berbunyi :

عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم قال : ان للصائم عند فطر دعوة ما ترد

Maksudnya: Daripada Abdullah in Umar sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa ada doa yang tidak ditolak”. (Riwayat Ibnu Majah)

 9. Menjauhi perkara yang merosakkan puasa.

Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dapat merosakkan puasa seperti tidak berlebihan ketika berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk kerana dikhuatiri air masuk ke dalam rongga sekali gus dapat merosakkan puasa.
Demikian juga menjauhi semua perkara yang dapat merosakkan puasa.

 10. Berusaha mendapatkan ‘ Lailatul Qadar ‘.

Berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar kerana malam tersebut mempunyai kelebihan yang begitu besar sebagaiman firman Allah yang berbunyi 

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١)وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (٢)لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (٤)سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (٥)

Maksudnya :
  1.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
  2.  dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
  3.  malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
  4.  pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
  5.  sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

 11. Bertaqwa kepada Allah.

Bertaqwa merupakan adab yang paling terpenting dalam puasa. Bagi seseorang yang berpuasa hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bertaqwa kepada Allah dalam segala tindakannya sama ada perkataan atau perbuatan. Demikianlah tujuan ibadat puasa. Perkara ini dapat mendekatkan seseorang dengan penciptanya. Bagi mereka yang mampu sepanjang puasanya sentiasa berada dalam keadaan bertaqwa kepada Allah, maka ia telah mendapat faedah daripada puasa tersebut.
Imam Ghazali berkata dalam kitabnya :
Adab-adab berpuasa ialah memilih makanan yang baik (halal), meninggalkan bermujahadah (bertengkar perkara sia-sia), menjauhi daripada mengumpat. menjauhi kesalahan, hindari daripada takabbur, sentiasa dalam keadaan tenang, menjauhi daripada berdusta, menjauhi daripada menyakiti orang lain, dan menjaga segala anggota daripada melakukan perkara-perkara keji.

Thursday, June 7, 2012

Sebelum datang Kesenangan, pasti adanya Kesusahan

Demikianlah bunyinya tajuk coretan saya pada kali ini...setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini....terasa diri ini hendak meluahkan sesuatu yang terpendam dibenak dada ini....

sememangnya itu liku-liku dan rintangan serta halangan yang dihadapi dalam kehidupan didunia ini...

tidak dinafikan semua manusia ingin akan ketenangan, kesenangan, keceriaan, kegembiaraan, ringkasnya segala yang membuatkan diri kita gembira dan tenang, tidak ada manusia yang inginkan kesusahan, kesempitan, kesakitan, kedukaan dan yang sama waktu dengan nya...

namun tidak semudah yang kita inginkan...memang kadang-kadang kita tengok sesetengah orang, murah saja rezkinya, senang, hidup mewah.,..dan dalam masa yang sama mereka kadang-kadang tidak mengharapkan pun semua itu,,tapi mereka dapat miliki semua itu...

akan tetapi ada pula setengah orang yang betul-betul mengharapkan kesenangan, kemewahan, namun tidak pula dapat dikecapi...kenapakah???

jawapannya, itulah kehidupan, tidak dapat tidak kita harus mengharungi ujian dan dugaan yang Allah Taala tetapkan kepada kita...dan yakin dan percayalah bahawa ujian itu adalah untuk menguji kesabaran dan ketaqwaan kita..kalau tidak ada ujian...itu bukan dunia namanya tetapi itu adalah syurga...dimana syurga itu penuh dengan kenikmatan.,..akan tetapi syurga itu hanya untuk insan-insan yang berjaya mengharungi ujian dunia...

kadang-kadang dalam mengharapkan rezki dunia...ramai orang yang salah faham dan tidak memahami konsep rezki itu datangnya dari Allah dan bukanlah dari hamba...hamba itu adalah pengantara sahaja...

justeru, dalam mengharapkan rezki dunia seperti pekerjaan dan sebagainya, janganlah kita meletakkan penggantungan itu kepada manusia..kerna yang memberi itu adalah Allah...justeru sentiasalah bermohon dan meminta dari Allah...nescaya akan diberikanya kepada kita...

ingatlah Allah pernah berkata di dalam kalamnya yang suci, " mohonlah, nescaya akanku perkenankan permintaan mu..."

jadi, mintaklah apa sahaja yang kita inginkan dari Allah...kerna Dia lah tuhan yang mencipta kita, yang memberi kita rezki dan yang mengawal sekalian alam ....

Wallahu A'lam.....

Sunday, January 15, 2012

Nur Syahadah

Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Tika terbuka hari 
Cahaya yang cerah
 
Menerangi hatimu
 
Mulus terbias di wajah
 

Kau sambut dengan redha
 
Hadirnya hidayah
 
Nekad pendirian terungkai kalimah
 

c/o
 
Nur Syahadah menyinar kalbu
 
Murni seharum namamu
 
Hadirnya dicelahan
 
Kekalutan kalbumu itu
 

Nur Syahadah telah tertulis
 
Pada waktu dan juga takdir
 
Di antara seribu engkau yang terpilih
 

Sejernih embun pagi
 
Sebersih dirimu
 
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
 
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
 
Iringan doaku moga kau bahagia
 

Bridge
 
Akan ku bimbingmu
 
Sekadar yang ku termampu
 
Menyemai iman dan menuai takwa
 
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
 
Cukuplah sekadar teman yang biasa
 

Nur Syahadah menyinar kalbu
 
Murni seharum namamu
 
Hadirnya dicelahan
 
Kekalutan kalbumu itu
 

Nur Syahadah telah tertulis
 
Pada waktu dan juga takdir
 
Di antara seribu engkau yang terpilih
 

Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu?
 

Lagu : Naim_Fareast
 
Lirik : ITO Lara
 

Friday, January 13, 2012

Debaran Sebuah Penantian Benar-benar Menyeksakan

Telahku katakan padamu,
Usahlah kau menyayangi seseorang sebelum  tiba masa yang ditunggu,
Kerna setiap saat yang kau nantikan itu,
Terasa begitu lama untukmu,

Debaran hatimu semakin laju,
Kekadang terasa sesak didalam dadamu,
Sukar untuk kau bernafas seperti dulu,
Tidurmu jadi tidak menentu,

Sedarlah, ini peringatanku untukmu,
Semua itu berlaku kerna kecelaruan fikiranmu,
Setiap saat kau sentiasa memikirkan buah hatimu,
Beribu persoalan membelenggu dirimu,

Benarkan penantian itu benar-benar menyeksa dirimu,
Nasihatku untukmu, segeralah kau tamatkan penantian itu,
Kuatkanlah usaha kau tuk kecapi impianmu itu,
Agar dirimu tidak lagi terseksa oleh penantian itu.......

.........rahimkawi.........

Thursday, January 12, 2012

Luahan Hati seorang insan.....

Kadang-kadang bila difikirkan semula, ada hikmahnya kenapa Islam melarang cinta sebelum kahwen. dan Nabi kita sendiri ada mengingatkan kepada kita dengan mafhumnya bahawa dia tidak pernah melihat dua orang lelaki dan wanita yang begitu asyik bercinta melainkan mereka adalah pasangan yang sudah berkahwen..

Memang kita tidak nafikan dalam percintaan, segala-galanya terasa indah...sebagai manusia yang lemah, kita tidak dapat lari dari menghendakkan kepada teman hidup...apatah lagi kekadang bila kita berjauhan dari keluarga dan sebagainya...sifat kesunyian itu akan datang menyelubungi diri kita...dan disana kita terasa teman itulah yang mampu untuk menghilangkan kesepian itu...

Dan sememang perasaan begitu adalah fitrah bagi setiap insan...sejak dari penciptaan Adam dan Hawa lagi...Kenapa Allah ciptakan Adam sahaja tetapi tidak ciptakan Hawa sekali dgn penciptaan Adam..sebaliknya Allah datangkan Hawa setelah mendapati Adam dalam kesunyian...

Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui atas segala perbuatannya...sebagai HambaNYA kita melihat kejadian ini, menunjukkan kepada kita bahawa manusia itu tidak dapat lari dari berteman...Allah ciptakan manusia ini dengan sebaik-baik kejadian...dengan penuh sifat kasih sayang....dan sesungguhnya kita ini adalah pelengkap diantara satu sama lain...pelbagai iktibar lagi sebenarnya yg dapat kita ambil dari kisah Adam dan Hawa di syurga....

Ramai orang tahu bahawa punca Adam dan Hawa diturunkan kebumi adalah akibat dari hasutan syaitan...yang benci dan cemburu dengan penciptaan Adam...dan bersumpah yang dia akan mengganggu segala keturunan Adam ini sampailah ke hari kiamat...

Dan dari sumpah inilah kita dapat lihat ramai dari kita yang tewas dengan godaaan Syaitan...

Islam telah menetapkan tiada hubungan percintaan diantaran lelaki dan perempuan sebelum mereka dihalalkan dengan ikatan pernikahan..kenapa Islam meletakkan syarat Begini???? Sekiranya manusia itu fitrahnya memerlukan pasangan tuk berkasih sayang dan sebagainya kenapa perlu menanti saat pernikahan...

Aha...banyak sebabnya.... hanya insan yang pernah mengalaminya akan merasai kenapa Islam tidak membenarkan percintaan sebelum kahwen....Ada pasangan yang bercinta dan akhirnya berjaya sampai ke alam perkahwinan...akan tetapi kita harus ingat ada jugak disana pasangan yang bercinta tetapi tidak dapat meneruskannya sehingga ke alam perkahwinan...

Bahagialah mereka yang dapat kekal sehingga alam perkahwinan..tetapi bagaimana pula perasaan mereka yang tidak dapat meneruskan sehingga ke Alam perkahwinan di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan....pernahkah kita terfikir semua ini??? apatah lagi ketika kita diawal perkenalan....mungkin ketika itu kita hanya berfikir, " xpa lah..sekadar berkawan sahaja..bukannya nak bercinta" aha.... tetapi dalam sedar tak sedar akhirnya hubungan kita itu tidak lafi sekadar kawan,,semakin lama berkawan, makin hari timbul perasaan cinta dan sayang terhadap teman kita itu...sememangnya kita tidak dapat lari dari perasaan itu..kerna ia adalah fitrah bagi dua insan yang bernama lelaki dan wanita yang berteman,..semakin rapat hubungan itu semakin dalam perasaan kasih dan sayang yang timbul antara mereka...

Nah...disaat cinta yang membuak-buak itu, tiba-tiba hubungan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu...Bagaimana dengan perasaan kasih, cinta dan sayang yang dibina selama ini??? Kemana kita nak campakkan perasaan itu...kalau dibuang dilautan, lautan pun tidak sudi tuk terima, kemana lagi harus perasaan itu dicampakkan???

Duhai hati, satu hakikat yang kamu harus sedar, kalau Allah yang menciptakan perasaan itu kepada Mu,  kepada DIA lah jua perasaan itu akan kembali...Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...tidak ada sebarang penyakit yang tidak dapat diubati melainkan mati...jadi, penyakit hati itu jugak ada penawarnya...

Anggaplah penderitaan yang kau alami itu, sebagai penebus dosa kau kerna tidak mengikut landasan yang Islam gariskan untuk kau...ingatah bahawa pintu kearah kebenaran sentiasa terbuka untuk kau...kenapa masih hendak menunggu di tengah jalan sedangkan jalan untuk kau menuju kepada Kebahgiaan yang hakiki, kasih sayang yang suci dan percintaan yang murni berada dihadapan kau...dan jalan itulah dinamakan PERNIKAHAN...pernikahan yang menghalalkan segala perasaan kasih dan sayang terhadap teman MU....usahlah kau menoleh kebelakang lagi, tinggallah dosa yang lalu itu dibelakangmu, sebaiknya kejarlah Pahala dan kebahgiaan hidupmu yang berada dihadapan MU....

Sedarlah wahai Insan, sesungguhnya jalan yang digariskan Islam itu adalah sebaik-baik jalan untukmu...jadi, kembalilah kau kepada jalan itu.....agar kebahgiaan yang hakiki itu menjadi milikmu...


......sambungan dari Kisah Secebis Hati......

Wednesday, January 11, 2012

Kisah Secebis Hati

Duhai hati...
Sungguh lembut dirimu ini...
Begitu mudah kau terpaut dengan hati yang kau sukai..
Begitu mudah juga kau dilukai dengan hati yang kau marahi

Bersabarlah wahai hati...
Semua itu adalah ujian dari Ilahi...
Percayalah, ujian itu tidak datang melainkan kerna Kasih dan Sayang Ilahi...
Yakinlah dengan ungkapanku ini...

Tiada gunanya kau bersedih lagi...
Kesedihan hanya mengundang kehinaan...
Bergembiralah wahai hati...
Kerna kegembiraan akan membawakmu kepada kebahgiaan....

Duhai Hati,
Kuatkanlah dirimu tuk menempuh onak dan duri hidup ini..
Sentiasalah kau bersangka baik dengan Ilahi...
Kerna dialah Cintamu yang Hakiki......