Kadang-kadang bila difikirkan semula, ada hikmahnya kenapa Islam melarang cinta sebelum kahwen. dan Nabi kita sendiri ada mengingatkan kepada kita dengan mafhumnya bahawa dia tidak pernah melihat dua orang lelaki dan wanita yang begitu asyik bercinta melainkan mereka adalah pasangan yang sudah berkahwen..
Memang kita tidak nafikan dalam percintaan, segala-galanya terasa indah...sebagai manusia yang lemah, kita tidak dapat lari dari menghendakkan kepada teman hidup...apatah lagi kekadang bila kita berjauhan dari keluarga dan sebagainya...sifat kesunyian itu akan datang menyelubungi diri kita...dan disana kita terasa teman itulah yang mampu untuk menghilangkan kesepian itu...
Dan sememang perasaan begitu adalah fitrah bagi setiap insan...sejak dari penciptaan Adam dan Hawa lagi...Kenapa Allah ciptakan Adam sahaja tetapi tidak ciptakan Hawa sekali dgn penciptaan Adam..sebaliknya Allah datangkan Hawa setelah mendapati Adam dalam kesunyian...
Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui atas segala perbuatannya...sebagai HambaNYA kita melihat kejadian ini, menunjukkan kepada kita bahawa manusia itu tidak dapat lari dari berteman...Allah ciptakan manusia ini dengan sebaik-baik kejadian...dengan penuh sifat kasih sayang....dan sesungguhnya kita ini adalah pelengkap diantara satu sama lain...pelbagai iktibar lagi sebenarnya yg dapat kita ambil dari kisah Adam dan Hawa di syurga....
Ramai orang tahu bahawa punca Adam dan Hawa diturunkan kebumi adalah akibat dari hasutan syaitan...yang benci dan cemburu dengan penciptaan Adam...dan bersumpah yang dia akan mengganggu segala keturunan Adam ini sampailah ke hari kiamat...
Dan dari sumpah inilah kita dapat lihat ramai dari kita yang tewas dengan godaaan Syaitan...
Islam telah menetapkan tiada hubungan percintaan diantaran lelaki dan perempuan sebelum mereka dihalalkan dengan ikatan pernikahan..kenapa Islam meletakkan syarat Begini???? Sekiranya manusia itu fitrahnya memerlukan pasangan tuk berkasih sayang dan sebagainya kenapa perlu menanti saat pernikahan...
Aha...banyak sebabnya.... hanya insan yang pernah mengalaminya akan merasai kenapa Islam tidak membenarkan percintaan sebelum kahwen....Ada pasangan yang bercinta dan akhirnya berjaya sampai ke alam perkahwinan...akan tetapi kita harus ingat ada jugak disana pasangan yang bercinta tetapi tidak dapat meneruskannya sehingga ke alam perkahwinan...
Bahagialah mereka yang dapat kekal sehingga alam perkahwinan..tetapi bagaimana pula perasaan mereka yang tidak dapat meneruskan sehingga ke Alam perkahwinan di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan....pernahkah kita terfikir semua ini??? apatah lagi ketika kita diawal perkenalan....mungkin ketika itu kita hanya berfikir, " xpa lah..sekadar berkawan sahaja..bukannya nak bercinta" aha.... tetapi dalam sedar tak sedar akhirnya hubungan kita itu tidak lafi sekadar kawan,,semakin lama berkawan, makin hari timbul perasaan cinta dan sayang terhadap teman kita itu...sememangnya kita tidak dapat lari dari perasaan itu..kerna ia adalah fitrah bagi dua insan yang bernama lelaki dan wanita yang berteman,..semakin rapat hubungan itu semakin dalam perasaan kasih dan sayang yang timbul antara mereka...
Nah...disaat cinta yang membuak-buak itu, tiba-tiba hubungan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu...Bagaimana dengan perasaan kasih, cinta dan sayang yang dibina selama ini??? Kemana kita nak campakkan perasaan itu...kalau dibuang dilautan, lautan pun tidak sudi tuk terima, kemana lagi harus perasaan itu dicampakkan???
Duhai hati, satu hakikat yang kamu harus sedar, kalau Allah yang menciptakan perasaan itu kepada Mu, kepada DIA lah jua perasaan itu akan kembali...Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...tidak ada sebarang penyakit yang tidak dapat diubati melainkan mati...jadi, penyakit hati itu jugak ada penawarnya...
Anggaplah penderitaan yang kau alami itu, sebagai penebus dosa kau kerna tidak mengikut landasan yang Islam gariskan untuk kau...ingatah bahawa pintu kearah kebenaran sentiasa terbuka untuk kau...kenapa masih hendak menunggu di tengah jalan sedangkan jalan untuk kau menuju kepada Kebahgiaan yang hakiki, kasih sayang yang suci dan percintaan yang murni berada dihadapan kau...dan jalan itulah dinamakan PERNIKAHAN...pernikahan yang menghalalkan segala perasaan kasih dan sayang terhadap teman MU....usahlah kau menoleh kebelakang lagi, tinggallah dosa yang lalu itu dibelakangmu, sebaiknya kejarlah Pahala dan kebahgiaan hidupmu yang berada dihadapan MU....
Sedarlah wahai Insan, sesungguhnya jalan yang digariskan Islam itu adalah sebaik-baik jalan untukmu...jadi, kembalilah kau kepada jalan itu.....agar kebahgiaan yang hakiki itu menjadi milikmu...
......sambungan dari Kisah Secebis Hati......
No comments:
Post a Comment