Kata Aluan

Friday, November 19, 2010

Selami Hati Seorang Insan Bernama Lelaki



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau ciptakan manusia itu berpasang pasangan, tidak engkau ciptakan kaum Adam, melainkan bersamanya kaum Hawa. Maha penyayangnya Engkau, ketika Adam A.S kesunyian di syurga, engkau ciptakan Hawa sebagai penemannya, jua sebagai penghibur duka laranya.

Telah engkau ukirkan didalam kalammu, bahawa penciptaan manusia berpasang pasangan ini adalah sebagai tanda kekuasaanmu. Demikian fitrahnya kehidupan manusia memerlukan kepada pasangan hidup sebagai pelengkap hari-harinya yang mendatang.

Tidakku nafikan bahawa pertemuan jodoh itu urusanMu Ya Allah, telah kau janjikan didalam kalamMU yang suci, bahawa tidak Engkau ciptakan seorang lelaki yang soleh, melainkan bersamanya adalah seorang wanita yang solehah.

Tidak aku katakan diriku ini seorang lelaki yang soleh, kerna terlalu banyak maksiat yang ku lakukan, sememangnya tidak layak tuk melabelkan diriku sebagai lelaki yang soleh, namun, jauh di dalam hati nuraniku,  senantiasa mengidamkan seorang wanita yang solehah sebagai peneman hidupku, senantiasa aku berdoa kepadaMu agar menemukan aku dengan wanita solehah.

Telah kau gambarkan wanita ini, di dalam kalammu, sebagai perhiasan duniawi, aku fahami ayatmu ini, bahawa perhiasan wanita itu, bukan semata-mata terletak pada kecantikan paras rupanya sahaja, malahan, kecantikannya merangkumi kecantikan Akhlaknya, Budi Pekertinya, serta Amalannya. Tidaklah wanita itu dikatakan cantik kiranya tidak memili sifat-sifat ini, malahan kecantikannya tuk dunia semata-mata. 

Ingatlah para kaum Hawa, kecantikan dirimu bukanlah tuk diperdagangkan dan bukan jua tuk dipertontonkan, kecantikan dirimu adalah tuk suamimu semata-mata. Peliharalah kecantikanmu agar ia sentiasa suci dan bersih dari dikotori debu-debu dosa, agar dirimu nanti, bukan sahaja cantik di dunia, malahan jua di akhirat yang kekal abadi.

Tidakku nafikan kecantikan akhlak itu, mencerminkan kecantikan wajahnya. Masihku teringat kalam utusanMU, Muhammad S.A.W, memberi petunjuk kepada pemilihan Istri yang solehah, memiliki harta, kesuburan dan kemuliaan nasabnya, kecantikannya, dan keperawanan agamanya. Pemilihan yang beragama itu lebih diutamakan. Namun yang lain tidak seharusnya jua tuk diabaikan.

Rahimkawi.... 

No comments:

Post a Comment