Kata Aluan

Monday, May 18, 2009

Fenomina Masa Kini, Salah Siapa....????

Pendahuluan (ayat skema)

Sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini, kita dilahirkan adalah untuk beribadat kepada Allah serta memakmurkan bumi Allah ini dengan kebaikkan. Konsep beribadat di sini, kita tidak dapat lari dari mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Islam itu adalah agama yang benar disisi Allah dan tiada yang benar melainkan Islam. Untuk menjadi Khlifah Allah yang sempurna, kita semestinya mengamalkan Islam itu dengan sepenuhnya dan tidaklah mengambil sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian.

Sabda Rasulullah S.A.W, " Islam itu terbina di atas 5 perkara "
1.Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruhNYA.
2.Menunaikan Solat 5 waktu sehari semalam.
3.Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
4.Membayar Zakar.
5.Menunaikan Haji ( bagi yang mampu).

Justeru, tidaklah sempurna Islam seseorang itu sekiranya dia tidak menyempurnakan ke lima-lima rukun Islam ini melainkan Haji, hanya difardhukan kepada yang berkemampuan menunaikannya.

Masalah 1 : Malas Solat

Akan tetapi, apa yang berlaku di kalangan masyarakat kini, ramai yang tidak sempurna Islamnya kerana meninggalkan salah satu ataupun dua, mahupun tiga, empat dan kesemuanya. Walaubagaimanapun, hakikat yang kita dapat lihat pada masa kini, bila datang bulan Ramadhan, "mereka" berpuasa disebabkan semua Ummat Islam didunia ini berpuasa. Apatah lagi teredapat undang-undang tidak dibolehkan makan di khalayak ramai. Jadi ,mereka pun terpaksalah berpuasa sekali. Begitu jugak membayar zakat. kononnya pada fahaman mereka, dengan membayar zakat fitrah itu, terhapus lah dosa-dosa "mereka". akan tetapi, bila datang bab Solat, "mereka" ini tidak sama sekali menunaikan solat harian mereka disebabkan tiada siapa yang akan menghukum mereka sekiranya tidak menunaikan solat.

Kalau kanak-kanak dulu mungkin ye lah, tak solat, ayah pukul. tapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang tak ambik peduli lansung perihal solat anaknya. Yang mereka tahu anak itu, mesti diberi pendidikan yang hebat, supaya berjaya kelak jadi orang yang berguna. tetapi tidak pula mereka menitik beratkan soal agama. satu masalah jugak ni...

(start dah ayat kg....)

yang masalah awai tadi tu..(hm kuaq dah bahasa kampung)(tension)..puasa mau,bayaq zakat mau..apatah lagi kadang-kadang tu, posa sunat pun buat..tapi...(ni marah ni)..solat 5 waktu tu..malaih nak mampuih nak buat. kadang-kadang tu bukan depa tak taw yang solat 5 waktu tu wajib, suma orang taw saya rasa, tapi tak mau jugak buat. orang macam ni, lagi Allah tak azab depa didunia ni, lagi tu la kot tak mau nak solat. solat pun, time hari raya, solat tarawih. suma yang sunat tu, rajin pulak buat, yang buat ni, tinggai daoat dosa ni, depa tak mau buat pulak. yang sunat, Islam kata buat dapat pahala, tak buat tak dapat pa..rajin pulak depa buat..tak faham betui saya camana pemahaman orang-orang ni pasai Islam.

Masalah 2 : belajaq rajin..tapi tak menghayati.

ni pun satu lagi masalah jugak, kita tengok la ni, ramai pelajar universiti la ni, bab belajaq ni..Hm..rajin tu mengalahkan mak kita la..suma nak berjaya la katakan..xpa la bab tu...baguih dah tu.ada impian dan matlamat hidup. tapi masalahnya..ada setengah golongan ni, depa ni, tak kira la subjek apa pun,secular ka agama ka, dah universiti soh belajaq..tak kira..pulun jugak,janji dapat skor A.pointer dapat tinggi. Hmm..ni pun xpa la.baguih jugak. tapi yang kita dok herannya..hang belajaq yang agama ni..pasai Islam,tanggunggjawab kita sebagai hamba dimuka bumi ni.pasai solat dan sebagainya. tak masuk lansung dalam hati. yang depa taw nak skor n dapat A. belajaq pa tu, tak kisah lansung. yang secular ni xpa la jugak kalau kata belajaq tuk exam ja.boleh la kita terima lagi.ni yang agama ni. tak lekat lansung dalam hati. tu yang Nabi dok pesan tu, belajaq or apa-apa la..niat tu penting. tapi depa tak mau ikut cakap nabi jadi macam ni la...hati keras tuk terima Islam solat tak mau jugak. aurat pun tak jaga. tak masuk cerita yang dalam universiti nampak baek,tapi kat luaq..Hanya Allah ja yang taw.."wal I'yazubillah"...

Yang teruk lagi puak-puak ni, Qur;an pun tak mau nak baca.kata la malas pun nak baca hari-hari, seminggu sekali pun bboleh gagah lagi la...NI....baca Quran pun sebab ada subjek Tilawah,universiti suruh ambik. nasik bek la universiti buat camtu..kalau dak..seumuq hidup xtaw pa Quran tu macamana. Alhamdulillah la kita ni Allah tak tutup jalan kebenaran tu...kita taw jugak yang solat tu fardhu. tak buat dosa. berdosa sangat asanya bila dah teringgal solat tu..lemah jugak iman kita ni...Huhuhu...moga Allah sentiasa bagi kita Hidayah dan Taufiq...

balik kepada cerita tadi, saya pun kadang-kadang pening dengan orang-orang macamni, rasany gelap sungguh hati depa tu. tawu yang solat tu wajib, tapi tak mau buat jugak. macamana kita nak banding orang ni dengan orang kafir. depa taw Islam tu agama yang benar, tapi tetap tak mau jugak terima Islam. tu la yang kata, Hidayah ni milik Allah. mungkin depa ni xterpilih tuk terima Hidayah Allah. tapai dalam bab ni, kita nak salah sapa. sebab tak dapat hidayah ka sebab diri kita tu yang tak usaha tuk dapat Hidayah Allah.

tu la..orang soh solat..tapi tak mau. camana Allah nak pelihara kita sentiasa dalam Hidayahnya. Kalau kita sembahyang, hari-hari dalam solat subuh kita, dalam doa Qunut, kita sentiasa mintak Allah bagi kita hidayah. dalam doa Iftitah kita pun, kita sentiasa mintak semua yang kita buat ni, solat, haji, dan hidup kita ni adalah untuk Allah. Solat tu memang penting sekali. Mungkin kita tak rasa besaqnya nikmat Syahadah tu, sebab kita lahir-lahir pun dah Islam dari keturunan. jadi, solat la nak bagi kita menghayati Islam tu. bagi lembut ckit hati kita tuk dapat hidayah dari Allah serta mengamalkan Islam secara menyeluruhnya...Hidayah ni bukan nak kena tunggu, tapi kita yang kena cari tuk dapatkan dea. macam kita dok kat la..tak dak rezki,tak pa la. tapi tak usaha pun cari rezki tu..camana nak dapat. Jadi, macam tu la jugak Hidayah, kalau kita tak usaha nak cari dan dapatkan dea, camana Hidayah tu nak masuk dalam diri kita.

Jadi, takat ni ja la yang mampu nak cakap, semoga coretan ni dapat bagi iktibar kepada kita suma....yang penting, jaga la solat tu..belajaq masti ada tujuan, dan tujuan tu mestilah disandarkan pada Islam. Bukan belajaq semata-mata tuk kejar kejayaan dunia sahaja. Akhirat tu yang lebih utama sebenarnya.

Wallahu A'lam........

No comments:

Post a Comment