Masa : Lepas solat magrib
Tarikh : 7 April 2009
Kitab : 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah.
Hadith,
1. Daripada Sayyidah Aisyah R.A berkata :
"Rasulullah tidak pernah memukul dengan tangannya sesuatu pun, sama ada istri dan pembantunya kecuali ketika berjihad pada jalan Allah. Begitu juga Rasulullah tidak membalas perbuatan jahat seseorang terhadap dirinya kecuali apabila kehormatan Allah dicerobohi. Maka baginda membalas dan menghukumnya semata-mata kerana Allah".
Huraian ;
Apa yang kita dapat fahami dari hadith ini adalah, Rasullah adalah sebaik-baik insan dimuka bumi ini,Baginda adalah seorang yang penyabar. Hadith ini menceritakan bahawa Rasulullah tidak pernah membalas apa yang dibuat oleh kaum Muysrikin terhadap Baginda ketika Baginda menyampaikan dakwahnya.tidak sedikit pun beliau menyimpan didalam hatinya,malahan diceritakan ketikau beliau diberi layanan yang begitu teruk oleh kaum Muysrikin dan Jibril hendak menghukum mereka, akan tetapi tidak pula Nabi mengizinkannya, malah Nabi berdoa agar mereka mendapat Hidayah dari Allah. Demikian la ketabahan Nabi kita Muhammad S.A.W. yang mengjadi penghulu sekalian Nabi.
Diriwayatkan lagi bahwa nabi hanya akan menghukum orang-orang yang telah mencerobohi kehormatan Allah, yakni melanggar hukum-hukum Allah dan mensyirikkannya.
Didalam huraiannya, syeikh Fuad ada menyentuh berkenaan dengan isu orang Kristian memberikan nama "Allah" kepada tuhan-tuhan lain dan ada sebahagian dari 'orang' kita yang membenarkannya. Maka kesangatan marahlah syeikh Fuad dengan perbuatan golongan ini yang membenarkannya. kerana perbuatan ini sememangnya tidak berasas dan tiada sati dalil pun yang mengatakan boleh diberi nama "Allah" yang begitu agung kepada tuhan-tuhan lain. bahkan yang benar adalah Allah saja tuhan yang layak disembah.
Kalimah Allah hanya lah layak untuk ZAT Allah sahaja. tidak ada yang layak melainkan Allah. Tuan Syeikh telah mengkaji lebih 40 kitab tafsir,termasuk dari mazhab Shi'ah,Wahabi,Muktazilah, dan Ahli Sunnah, akan tetapi semuanya bersepakat mentafsir kalimah "Allah" hanyalah layak tuk diberikan kepada Allah sahaja.
Secara Aqlinya, mana mungkin sama antara Allah dengan tuhan-tuhan lain, kerana Allah bersifat dengan segala sifat agung dan sempurna. Allah adalah pencipta sekalian alam. Mana mungkin tuhan yang dicptakan oleh manusi itu diberi dengan nama ZAT ALLAH yang Maha Agung.sebagai manusia biasa pun,bila mendengar perbuatan ini, kita tidak sama sekali dapat menerimanya kerna kita tahu, ALLAH itu satu dan hanya dia tuhan yang sebenar-benar dan selayak-layaknya tuk disembah.
Apatah lagi perbuatan seperti ini, adalah termasuk dalam perbuatan mensyirikkan ALLAH dari segi nama dan ZATnya.kerana kita meletakkan nama ALLAH dan ZATNYA kepada makhluk.Syirik ini adalah sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan ALLAH.
Justeru, marilah sama-sama kita berdoa agar iman kita teguh dan kuat berpegang dengan fahaman Islam serta tidak mampu untuk digoyah oleh golongan Orientalis yang senantiasa berusaha untuk merosakkan Aqidah kita dan terpesong jauh dari ajaran Islam yang sebenar-benarnya.
Wallahu A'lam bissawab......

No comments:
Post a Comment