Kata Aluan

Monday, May 18, 2009

Kuliah Bulanan Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam

Tarikh : 10 Mei 2009
Jam : lepas magrib
Tempat : Kemensah
Kitab : "BEKAL AKHIRAT"

Kitab "Bekalan Akhirat adalah karangan ustaz Fahmi Zam Zam sendiri di mana kitab ini mengandungi surah2 pilihan,zikir,selawat,doa,qosidah,wirid dan tarikat yang menjadi amalan harian tuk kita sebagai bekalan Hari Akhirat kelak.

Di dalam kuliah ini,ustaz akan menerangkan maksud2 yang tersirat di sebalik ayat quran dan doa2 yang terkandung di dalam kitab ini. Namun, tidak lah mudah bagi ana untuk menerangkan secara terperinci apa yang disampaikan oleh ustaz, akan tetapi ana akan cuba tuk berkongsi serba sedikit isi penting yang telah di sampaikan.

1. setelah menghadiri kuliah ini, ini telah menyedari satu hakikat yang tidak ramai dikalangan kita pada hari ini menyedarinya, iaitu kepentingan untuk kita memahami segala doa2 yang selalu kita mohon daripada Allah S.W.T samaada di dalam wirid solat,tahlil dan sebagainya. Kita berdoa kepada Allah dengan hasrat agar Allah dapat memakbulkan doa kita, namun berapa ramai dari kita yang betul2 memaha,i doa yang kita pohon itu, kerna doa yang kita lafazkan itu adalah berbahasa arab. ada di antara kita berdoa dengan panjang selepas solat, akan tetapi sejauh mana kefahaman kita terhadap doa2 itu? adakah doa2 itu datang dari hati yang suci dan ikhlas?memohon agar Allah memakbulkan doa kita. Bagaimana Allah nak memakbulkan doa kita sekiranya kita sendiri tidak memahami apa yang kita mohonkan. justeru, memahami setiap doa yang kita pohon amatlah penting sekali bagi memastikan doa kita akan dimakbulkan oleh Allah. kerna, apabila kita memahami doa itu, secara tidak lansung hati kita betul2 mengharapkan doa itu dimakbulkan kerna doa bukan saja dimulut bahkan dialhirkan melalui hati.

2. Persoalan yang sering bermain difikiran kita, kenapakah kadang2 Allah tidak memakbulkan doa kita. tidak memahami maksud doa itu adalah salah satu faktor dan terdapat dosa2 kecil yang menghalangnya. satu perkara penting yang ingin saya ketengahlan adalah, berapa ramai dari kita yang berdoa, dan hatinya begitu tetap dan yakin bahawa Allah pasti akan memakbulkan doanya.inilah yang sering ditekan oleh Ustaz di dalam kuliahnya. kerna Allah ada berfirman, "mintalah daripadaKU,nescaya AKU akan kabulkan". ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa, barangsiapa yang memohon sesuatu daripada Allah dengan hati yang suci dan ikhlas, nescaya Allah akan kabulkan. namun yang menjadi masalah di dalam diri kebanyakkan kita, keyakinan kita terhadap Allah, yakni samaada Allah akan makbulkan doa kita atau tidak. contohnya, bila kita berdoa, "YA Allah, Selamatkan lah aku dari bala bencana yang menimpa.." ketika memohon yang demikian, adakah di dalam hati kita ni 100% keyakinan bahawa Allah akan pelihara kita. ataupun kita berdoa, " YA Allah, bagilah aku mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan ku" atau pun Ya Allah..bagi lah aku mendapat 9A di dalam peperiksaan SPM" berapa ramai dari kita yang betul2 yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita seperti mana yang kita pohon. rami dari kita, mengeluh "hm..xdapat 9A pun, 8 or 7 jadilah.."
(ana tukaq ayat sat nak bagi mudah faham)
ha..tu la yang dok jadi masalah orang kita la ni..berdoa2, tapi tak yakin dengan Allah.dok risau ni, dapat ka dak tak taw 9A ni. takpun, boleh dapat ka aku ni A,B pun susah pa.Hm...memg tak dapat la..tu la masalah kita skang termasuk la ana. kita tak betul2 yakin dengan Allah.camana Allah nak kabulkan. kalau kita tgk wali2 Allah dan orang2 alim kita, doa mereka begitu mustajab. selain dari faktot amalan mereka, keyakinan mereka kepada Allah tu, tetap dan kuat. sebab itu kita ada pernah dengaq cita, seorang wali ni, tumpang moto seorang pemuda ni, tapi dah kehabisan minyak,wali ni isi pasir ja dalam tu, tapi dapat berjalan dengan izin Allah. sejauh mana kebenarannya, Wallahu A'lam.tapi apa yang penting disini, adalah keyakian dia terhadao Allah, walaupun hukum alam kata mustahil,tapi tidak bagi Allah.Allah itu Maha kuasa,dia mampu melaksanaka apa sahaja yang dia kehendaki.
sebab itu kita sering terdengar, diantara rahsia dan kekusaan Allah itu adalah diantara kalimah kaf dengan nun. iaitu bila Allah kata "KUN", maka jadi lah ia.tidak ada sesuatu pun yang mustahil disisi ALLAH. ALLAH mampu untuk melakukan apa sahaja. tinggalnnya, adalah keyakinan kita terhadapa ALLAH S.W.T. sebab itu lepas berdoa kita kena bertawakkal, iaitu pergantungan kita kepada Allah. bila kata tawakkal ni, bukan saja kita berserah begitu saja kepada Allah, tapi kita kene sertai dengan keyakinan yang tinggi terhadap Allah.
3. Sebagai penutup, ana nak sampaikan satu amalan untuk kita menjadi cepat kaya dan dimurahkan rezki, ini diberikan sendiri oleh UStaz, iaitu membaca surah Al-Waqiah selepas solat asar dan sebelum solat maqrib pada tiap2 hari. marilah sama2 kita mengamalkannya...
INSYAALLAH.......

No comments:

Post a Comment