Kata Aluan

Monday, May 18, 2009

Isu Berjabat Tangan Dengan Nabi...

Syeikh Maulana Asri, bekas Mufti Perlis, telah mengeluarkan kenyataan di dalam kuliahnya mengatakan bahawa Hadith Nabi yang berkaitan dengan perihal berjabat tangan dengan nabi, ataupun berjabat tangan dengan orang yang berjabat tangan dengan Nabi, hingga hari kiamat akan masuk syurga, adalah hadith Mauduq dan tidak boleh diguna pakai.

Namun demikian, menjawab permasaalahan ini, Syeikh Nuruddin Al-Banjari menyatakan bahawa walaupun hadith ini datang dari perawi yang Fasiq, ulama' terdahulu berpendapat bawaha Hadith ini masih boleh diguna pakai walaupun perawinya Fasiq. Ini adalah berikutan sifat hadith ini sendiri yang bersifat "Mursal sal bil musofahah" yaitu hadith yang bersambung-sambung dengan berjabat tangan. Terdapat padanya janji daripada Rasulullah bagi orang yang berjabat tangan dengannya atau berjabat tangan dengan orang yang berjabat tangan dengan, hingga hari kiamat akan masuk syurga.

Syeikh Nuruddin dalam penerangannya mendatangkan contoh, walaupun seseorang dipercayai, ia mengambil contoh dirinya sendiri, tidak mustahil bagi dirinya untuk berbohong, dan begitu juga sebaliknya, bagi seorang Fasiq, tidak mustahil bagi dirinya bercakap benar.

Tambahan lagi, Syeikh Nuruddin juga menyatakan bahawa, bukanlah dengan berjabat tangan dengan Nabi dan orang yang berjabat tangan dengan Nabi, akan mamasukkannya ke syurga secara automatic. berjabat tangan itu hanyalah sebagai janji bahawa seseorang itu akan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Contoh yang diberi beliau, sekiranya beliau membuat kontrak untuk membeli kereta daripada seseorang dengan harga Rm 40,00 dan berjabat tangan dengan orang itu sebagai tanda persetujuan jual beli. Akan tetapi adakah dengan berjabat tangan itu, kontrak itu telah sempurna dengan tanpa beliau membayar wang Rm 40,00 itu. Sudah tentu kontrak itu hanya akan sempurna bila tuan Syiekh membayar Rm 40,000 kepada penjual tersebut.

Justeru, apa yang ana dapat simpulkan adalah, berjabat tangan itu hanyalah sebagai tanda janji kita untuk beramal dengan Islam dengan sebaik-baiknya. Kalau seseorang itu tidak patuh dan taat kepada suruhan Allah dan Rasulnya, mana mungkin hanya dengan berjabat tangan dengan Nabi atau o0rang yang berjabat tangan dengan Nabi akan masuk syurga melainkan dengan Rahmat Allah. Akan tetapi secara amnya, sebagai Muslim, kita hendaklah taat kepada suruhan Allah dan RasulNya. Yang membolehkan kita masuk ke syurga, hanya lah dengan Rahmat Allah.

No comments:

Post a Comment