Kata Aluan

Monday, May 18, 2009

Siri 2: Fenomina masa kini,salah siapa?

Selama seminggu saya menjalani Praktikal di sebuah firm yang dikenali dengan nama, "Lukman Reena & Co, yang terletak di kawasan Gombak, terdapat bnyk ilmu yang telah saya pelajari. saya ditugaskan untuk membaca kes dan membuat penafsiran perjanjian. Akan tetapi terdapat satu kes yang betul2 menyanyat hati saya dan di sini saya akan berkongsi dengan rakan2 sekalian.

Kes tersebut adalah berkaitan dengan Rogol budak dibawah umur. Dimana pesalah didalam kes ini berumur 21 tahun dan telah melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya yang berumur 15 tahun. menurut undang-undang Malaysia, yang termaktub di dalam kanun undang-undang jenayah,seksyen 375 (f) seseorang itu akan dikira melakukan jenayah rogol sekiranya dia melakukan hbgn seks dengan kanak-kanak dibawah umur 16 tahun walaupun kanak-kanak itu memberi kerelaan. Hukuman untuk kesalahan ini dalah penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan juga sebatan.

Apa yang menarik perhatian saya berkenaan dengan kes ini adalah, mangsa iaitu budak sekolah tingkatan 3 adalah seorang yang liar dan menjalani pergaulan yang bebas dengan kaum lelaki. pesalah adalah bukan orang pertama yang pernah menjalankan hbgn seks denganya. mangsa dikatakan terlibat dalam pergaulan bebas dan masalas sosial ini adalah akibat daripada keretakan rumah tangga dan tekanan yang dialaminya.ibu bapanya lansung tidak mengambil endah segala aktiviti luarannya.

Dan yang menyanyat hati lagi, pesalah adalah berasal dari keluarga yang beragama da baik pekerti. pesalah tamat pengajian di sek rendah agama di kelantan pada darjah 4 sahaja. bilamana saya terlihat wajah ibu dan ayahnya, teramat menyedihkan saya. emaknya bertudung labuh manakala ayahnya berserban. persoalannya, bagaimanakah semua ini boleh terjadi sehingga pesalah telah melakukan zina. mungkin penjelasan ini akan dapat mengurai dari mana datangnya kesilapan itu.

Emak dan ayah pesalah merupakan peniaga di paar malam. mereka memg sibuk sehingga tidak sempat mengambil berat akan kehidupan pesalah. akan tetapi dipandangan mereka pesalah amat baik kerana pealah sering memberi duit bulanan kepada mereka sebnyak 100 ke 200 setiap bulan. pesalah menjalankan pekerjaan membaiki motosikal di sebelah rumahnya dan disitu lah pesalah tinggal seorang diri kerna rumah itu adalah kosong dan terbiar. pesalah tidak tinggal dirumah keluarganya,hanya balik untuk makan sahaja.

Dipendekkan cerita, pesalah telah dikenalkan oleh rakannya dengan mangsa dan pesalah betul telah berkenan dengan mangsa dan beberapa kali menyatakan kepada keluarganya untuk berkahwin dengan mangsa akan tetapi tidak dibenarkan kerana faktor umur mangsa yang masih muda dan mentah. dipendekkan lagi ceritanya, mangsa telah datang tidur dirumah pesalah dan melakukan hubungan seks.

Apabila diketahui oleh keluarga mangsa, mereka telah membuat laporan dan pesalah ditangkap. keluarga pesalah telah cuba untuk berbincang dengan keluarga mangsa untuk dikahwinkan mereka, akan tetapi keluarga mangsa enggan menerima cadangan itu.

Jadi, siapakah yang menjadi mangsa dalam kes ini? adakah si lelaki atau si perempuan itu?

Si lelaki itu bukanlah lelaki pertama yang melakukan hubungan seks sengan si perempuan itu. kenapakah tidak dituduh sekali lelaki-lelaki lain yang telah melakukan hubungan seks dengn mangsa.

Justeru, bnyak pengajaran yang kita dapat ambil daripada kes ini.

1. Peranan ibu bapa dalam mengambil berat perihal anak-anak amat penting sekali bagi me,astikan mereka tidak terlibat dalam gejala sosial ini.

2. Jangan sesekali memberi ruang kepada anak-anak untuk terlibat dalam masalah sosial. pintu-pintu untuk kearah maksiat itu haruslah ditutup. mengawasi mereka setiap masa.

3. Kesibukkan berkerja bukan lah alasan yang munasabah untuk menafikan kesalahan kita untuk tidak mengambil tahu urusan anak-anak dan memberi didikan yang sempurna. apa guna harta yang dicari dan dikumpul dengan banyaknya sekiranya anak-anak kita tidak menjadi anak yang soleh dan berguna.

4. Sekiranya anak-anak berhasrat untuk berkahwin, usahlah dihalang kerna ia akan mengundang kepada kebinasaan dan ia akan memberi ruang kepada syaitan untuk membawa mereka ke jalan kerosakan dan kehancuran. Dunia masa kini tidak lagi seperti dulu, cabaran dan dugaan yang mendatang adalah teramat sukar untuk di lalui. Hanya Iman dan taqwa yang kuat sahaja mampu mengatasinya.

sekian..wasalam.....

No comments:

Post a Comment