Khalifah Youth Training
Salam.kepada sahabat2 semua, disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari ketika menjalani latihan didalam khalifah youth training, yg telah diadakan pada 19-20 julai yg lalu.. Terdapat bnyk ilmu yang bermanafaat untuk dikongsi bersama.
Modul 1.
Pandangan Alam dan Konsep Khalifah.
Dibawah tajuk ini, kami telah diterangkan mengenai pandangan alam dan konsep khalifah. Yang dimaksukan sebagai pandangan alam adalah visi kita atau pun matlamat kita untuk mencapai sesuatu perkara.
Contoh yang telah diberikan adalah; tiger wood mempunyai pandangan alam nya yang sendiri iaitu untuk menjadi seorang pemain golf yang berjaya dan untuk mencapai matlamat itu, dia telah berlatih dgn bersungguh2 untuk merealisasikan impiannya dan hasilnya dia telah berjaya mencapainya. Itulah pandangan alamnya. Justeru , bagi mencapai sesuatu matlamat, kita juga perlu mempunyai pandangan alam kita tersendiri contonhnya, sekiranya kita hendak menjadi seorang usahawan yang berjaya, maka kita mesti berusaha menuju kearah itu.
Contoh yang kedua, kita hendak pergi ke supermarket, akan tetapi kita tidak tahu apa barang yang hendak kita beli, jadi, apabila tibanya kita di supermarket tersebut, kita akan merayau2 terlebih dahulu untuk melihat barang2 yang berkenan dihati untuk dibeli. Dalam sedar tak sedar kita telah menghabiskan masa beberapa jam untuk melihat barang2 tersebut. Akan tetapi sekiranya kita ada tujuan untuk membeli telefon bimbit,model nokia 3310, sudah tentu kita akan terus menuju ke tempat yang kita hendak beli dan tidak merayau2 lagi. Jadi disini pandangan alam itu amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Tanpa pandangan alam, hidup kita umpama ketam yang berjalan bengkang bengkok, umpama debu dibawa angina, tanpa arah tujuan.
Apa yang penting disini ialah, sebagai seorang muslim, kita mestilah ada pandangan alam sebagai seorang Khalifah Allah S.W.T. konsep Khalifah yang ditekan disini adalah tujuan kehidupan kita dimuka bumi ini. Pemahaman yang jelas perlulah lah dimiliki oleh setiap Muslim tentang konsep Khalifatullah. Darimana kita datang, kenapa kita di sini, siapa kita dan mengapa kita berada dini? Begitu lah persoalan yang peru kita ketahui jawapannya.
1. Kenapa manusia dicipta ?
Tujuan penciptaan manusia adalah untuk menjadi Khalifah Allah dimuka bumi ini.Khalifah Allah dalam erti kata disini adalah sebagai wakil Allah dimuka bumi ini. Tidak lain dan tidak bukan, tujuannya dalah untuk beribadat kepada Allah dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini. Boleh rujuk surah Adh-dhariyat, 51-56, dan surah al-baqarah,2:30.
2. Kenapa manusia dipilih sebagai Khalifah Allah?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna dan istimewa. Manusia dianugerahkan dengan akal yang dapat membezakan baik dan buruk. Akal ini lah yang membolehkan manusia membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya. Haiwan tidak diberikan anugerah ini, sebab itulah haiwan tidak ada kuasa untuk memilih yang terbaik untuk diri mereka. Satu kajian telah dibuat terhadap dua ekor kera iaitu emak dan anaknya, dikurung didalam satu sangkar dan tidak diberi makan selama beberapa hari, dan kemudian diberi pisang kepada kera itu, hasilnya sudah pasti kedua-dua kera itu akan berebut-rebut untuk makan. Akan tetapi sekiranya manusia mengalami situasi begitu, sudah tentu emak akan memberikan anaknya terlebih dahulu untuk makan. Apa yang hendak diperkatakan disini adalh, manusia dianugerahkan dengan penuh sifat kesempurnaan, sifat kasih sayang, peri kemanusiaan, dan sebagainya, sebab itu sekiranya manusia yang hilang sifat ini, dikatakan lebih teruk dari binatang kerana binatang juga ada yang mempunyai sifat begini.
Kuasa untuk memilih adalah anugerah yang paling utama. Dengan akal yang dikurniakan inilah kita diberi kuasa untuk memilih apa yang baik dan buruk untuk diri kita. Sekiranya kita memilih untuk menuju kejalan yang benar, makan itu adalah pilihan kita, akan tetapi klu kita memilih untuk berada dijalan yang salah dan menuju kepada kemungkaran, maka itu adalah pilihan kita. Kita yang menentukan hala tuju hidup kita. Justeru, gunalah akal yang dianugerahkan kepada kita ini dengan sebaik-baiknya. Pilihan ditangan kita.
Tanggungjawab Khalifah.
- Jadikan diri kita baik
- Bantu orang lain jadi baik
- Jadikan dunia fisikal yang terbaik.
Penjelasan .
Untuk mencapai tujuan ataupun matlamat hidup kita sebagai Khalifah Allah, kita hendaklah memperbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum kita memperbaiki diri orang lain dan masyarakat sekeliling. Sempurnakan solat dan tanggungjawap kita sebagai Hamba Allah yang sebenar benarnya. Setelah diri kita telah diperbaiki, maralah kita dengan memnyampaikan kebaikan itu kepada keluarga, rakan, dan masyarakat. Mulalah dari orang2 yang paling dekat dengan kita. InsyaAllah kita akan menjadi seoarang Khalifah yang sebenar benarnya.
No comments:
Post a Comment