Kata Aluan

Tuesday, April 8, 2014

Yakinlah Dengan Ketentuan Allah

Kita sering terdengar...ungkapan ini...kita merancang..Allah juga merancang..dan sebaik-baik perancangan itu adalah dari Allah...

Dalam melayari kehidupan di dunia ini..sebagai insan yang lemah..kita tidak dapat lari dari mencari teman sebagai pasangan hidup..kerna itu adalah fitrah sebagai insan..

Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan..sejak dari penciptaan Nabi Adam dan Hawa lagi...manusia sememangnya tidak dapat hidup bersendirian..

Justeru..perasaan untuk melayari bahtera kehidupan dengan insan yang tersayang itu adalah sifat fitrah dalam diri setiap insan..

Allah s.w.t telah menetapkan bagi setiap kita pasangan masing-masing..hanya saja terkadang kita masih belum menemui pasangan kita..segalanya ada hikmahnya..

Apabila masanya telah tiba..Allah pasti akan menemukan kita dengan pasangan kita...dan terkadang dengan keadaan yang tidak kita sangka-sangka..apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa padanya moga ditemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita..dan yakinlah dengan pasti bahawa Allah pasti akan penuhi impian kita..

Dan apabila jodoh itu telah tiba..yakinlah bahawa..Dialah yang terbaik untukmu...isteri itu umpama sebatang besi..klu bengkok besi itu..suami lah yang bertanggungjawab untuk meluruskannya..namun janganlah suami pula yang turut membengkokkan besi itu..

Untun meluruskan besi itu...usahlah terlalu kuat..kemungkinan ia akan patah..dan jangan pula terlalu lembut..kerna ia mungkin sukar untuk dibentuk...

Yakinlah bahawa kebahagiaan pasti akan datang kepadamu....


No comments:

Post a Comment