وقال: " رب صائم ليس - له من صيامه إلا الجوع " (رواه النسائي وابن ماجه عن أبي هريرة، ورواه عنه أحمد والحاكم والبيهقي بلفظ " رب صائم حظه من صيامه الجوع والعطش ").
“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thobroniy)
assalamualaikom... kedatangan Ramadhan membawa Rahmat kepada seluruh ummat Islam di dunia..bulan yang penoh barokah dan fadhilat..
Namun, dalam menjalani ibadah puasa kita haruslah mempunyai penghayatan yang sepenuhnya dalam menunaikan ibadah puasa ini..sebab ditakuti kita tergolong di dalam golongan manusia yang disebutkan nabi diatas iaitu golongan manusia yang hanya berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga sahaja..
Ramai orang yang mengetahui bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Namun berapa ramai dari kita yang mengetahui bahawa puasa itu sebenarnya bukan sahaja menahan dari makan dan minum, bahkan jua menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasa itu sendiri seperti mengumpat, menyebarkan fitnah, melihat maksiat, mendengar perkara maksiat dan sebagainya...
وقال عليه الصلاة والسلام: " من لم يدع قول الزور والعمل به، فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه " (رواه البخاري في كتاب الصوم).
Justeru, puasa itu sebenarnya bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum, malahan jua menahan mulut dari mengungkapkan kata-kata buruk dan maksiat, menahan telinga dari mendengar maksiat dan menahan pandangan dari melihat maksiat dan dosa..
Bulan Ramadhan ini adalah bulan pembentukan jiwa, mendidik nafsu , dan membina sakhsiah dan peribadi yang mulia serta meningkatkan ibadah kepada Allah S.w.t. Rugilah kita jika sekiranya kita tidak mendapat apa-apa dari madrasah Ramadhan ini melainkan hanya lapar dan dahaga.
Justeru, perbetulkanlah niat kita untuk berpuasa dibulan Ramadhan ini semata-mata kerana Allah S.w.t dan bukanlah kerana ikutan semata-mata. Berpuasa dengan penuh rasa pengabdian kepada Allah S.w.t. dan berpuasa dengan hakikat puasa yang sebenar..
Semoga puasa kita diterima oleh Allah S.w.t dan berjaya mendidik jiwa dan nafsu kita serta memperbaiki diri menjadi hamba yang bertaqwa...
قال تعالى: (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) البقرة:183.
sekian...wasalam....
No comments:
Post a Comment