Kata Aluan

Wednesday, December 14, 2011

Pengalaman yang bermakna buatku....

Alhamdulillah..pengalaman menjadi guru sementara di SK Penghulu Ahmad begitu bermakna diriku..bukan mudah sebenarnya untuk menjadi guru..banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui...dan kunci kepada kejayaan seorang guru itu adalah kesabaran...kesabaran merupakan kunci utama dalam mendidik dan mengajar murid-murid...

Pengalaman yang penuh bermakna ini, mengimbau kembali kenanganku ketika berada dialam persekolahan dahulu..kerna disekolah inilah aku belajar dulu...aku mengenal untuk menulis, mengerti untuk membaca dan mengetahui untuk mengira...

Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada guru-guruku dahulu yang tidak pernah putus asa untuk mendidikku...kini baru ku rasai betapa sukarnya untuk menjadi guru....

Tuesday, August 9, 2011

Peringatan Ramadhan...

وقال: " رب صائم ليس - له من صيامه إلا الجوع " (رواه النسائي وابن ماجه عن أبي هريرة، ورواه عنه أحمد والحاكم والبيهقي بلفظ " رب صائم حظه من صيامه الجوع والعطش ").


“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thobroniy)

assalamualaikom... kedatangan Ramadhan membawa Rahmat kepada seluruh ummat Islam di dunia..bulan yang penoh barokah dan fadhilat..


Namun, dalam menjalani ibadah puasa kita haruslah mempunyai penghayatan yang sepenuhnya dalam menunaikan ibadah puasa ini..sebab ditakuti kita tergolong di dalam golongan manusia yang disebutkan nabi diatas iaitu golongan manusia yang hanya berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga sahaja..


Ramai orang yang mengetahui bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Namun berapa ramai dari kita yang mengetahui bahawa puasa itu sebenarnya bukan sahaja menahan dari makan dan minum, bahkan jua menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasa itu sendiri seperti mengumpat, menyebarkan fitnah, melihat maksiat, mendengar perkara maksiat dan sebagainya...

وقال عليه الصلاة والسلام: " من لم يدع قول الزور والعمل به، فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه " (رواه البخاري في كتاب الصوم).

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari)
 
Justeru, puasa itu sebenarnya bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum, malahan jua menahan mulut dari mengungkapkan kata-kata buruk dan maksiat, menahan telinga dari mendengar maksiat dan menahan pandangan dari melihat maksiat dan dosa..


Bulan Ramadhan ini adalah bulan pembentukan jiwa, mendidik nafsu , dan membina sakhsiah dan peribadi yang mulia serta meningkatkan ibadah kepada Allah S.w.t. Rugilah kita jika sekiranya kita tidak mendapat apa-apa dari madrasah Ramadhan ini melainkan hanya lapar dan dahaga.


Justeru, perbetulkanlah niat kita untuk berpuasa dibulan Ramadhan ini semata-mata kerana Allah S.w.t dan bukanlah kerana ikutan semata-mata. Berpuasa dengan penuh rasa pengabdian kepada Allah S.w.t. dan berpuasa dengan hakikat puasa yang sebenar..


Semoga puasa kita diterima oleh Allah S.w.t dan berjaya mendidik jiwa dan nafsu kita serta memperbaiki diri menjadi hamba yang bertaqwa...

قال تعالى: (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) البقرة:183.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"

sekian...wasalam.... 



Wednesday, August 3, 2011

Wanita Idaman Lelaki

Wanita idaman lelaki ialah,
yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
...yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,

Wanita idaman lelaki ialah,
wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak pernah membazirkan waktu,
matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,
suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya Subuh penuh penghayatan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,
meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,

Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya.

Thursday, June 16, 2011

Persoalan Waktu Solat Isyak...

WAKTU SOLAT ISYAK 

Soalan :
ASSALAMUALAIKUM USTAZ
SAYA INGIN BERTANYA BILAKAH SEBENARNYA HABIS WAKTU SOLAT ISYAK? KATAKAN SAYA DENGAN SENGAJA ATAU TAK SENGAJA BANGUN SEBELUM JAM 5 PAGI ATAU PUN SEBELUM MASUK WAKTU SUBOH DAN MENGERJAKAN SOLAT ISYAK, ADAKAH SAH SOLAT SAYA TERSEBUT? HARAP DAPAT USTAZ BERIKAN PENJELASAN DENGAN DISERTAKAN DENGAN HADIS-HADIS YANG BERKAITAN DENGAN PERSOALAN INI.

Jawapan :

Masuk waktu isyak ialah dengan hilangnya mega merah di ufuk barat (yang menandakan tamatnya waktu solat maghrib). Berakhirnya pula ada dua pandangan di kalangan ulamak;
Pertama; sebelum berakhir sepertiga malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Syafi’e dan Imam Ahmad dan segologan ulamak yang lain.
 
Kedua; sebelum berakhir separuh malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Abu Hanifah.
Pandangan pertama berdalilkan hadis dari Buraidah r.a. yang menceritakan penjelasan amali (praktikal) Rasulullah s.a.w. tentang waktu solat. Mengenai solat Isyak, Buraidah r.a. menceritakan; “Pada malam pertama Rasulullah s.a.w. melakukan solat Isyak ketika hilang mega merah di ufuk Barat. Di malam kedua pula baginda melakukannya tatkala malam telah berlalu sepertiganya…Kemudian, baginda menjelaskan; “Waktu solat ialah antara dua waktu tersebut”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata beliau; hadis ini hasan gharib soheh). Pandangan kedua pula berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Waktu solat Isyak ialah hingga separuh malam” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Ibnu ‘Umar r.a.). Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni telah memadankan antara kedua-dua dalil tersebut di mana beliau menegaskan; “Yang utama (yakni yang afdhal) ialah tidak menangguhkan solat Isyak melebihi sepertiga malam. Namun jika ditangguhkan hingga separuh malam hukumnya adalah harus. Adapun selepas itu adalah waktu darurat…” (al-Mughni, 1/275).
 
Waktu yang dimaksudkan di atas ialah waktu ikhtiyar (waktu pilihan), iaitu waktu diberi keluasan/kelapangan kepada kita untuk memilih pada ketika mana kita ingin mengerjakan solat dalam jarak waktu tersebut walaupun yang afdhalnya ialah kita melakukannya di awal waktu.
Selepas waktu ikhtiyar tersebut, para ulamak berikhtilaf;
 
Menurut mazhab Hanbali dan Maliki; selepas waktu ikhtiyar itu ialah waktu darurat yang bermula dari sepertiga atau seperdua malam hinggalan terbitnya fajar (masuk waktu subuh). Maksud waktu darurat ialah harus melakukan solat Isyak pada waktu tersebut (tanpa berdosa) bagi orang yang ada keuzuran. Solat Isyak yang ditunaikan dalam waktu darurat itu masih dianggap tunai (bukan qadha), cuma jika dengan keuzuran tidaklah berdosa dan sekiranya tanpa keuzuran akan berdosalah. Kesimpulannya, menurut mazhab Hanbali dan Maliki; tidak harus kita menangguhkan solat Isyak hingga melepasi sepertiga atau separuh malam tanpa sebarang keuzuran. Di antara bentuk keuzuran ialah;
 
1. Wanita haid; selepas sepertiga/separuh malam barulah darah haidnya kering.
2. Orang kafir yang baru masuk Islam ketika itu
3. Kanak-kanak yang baru baligh ketika itu
4. Orang gila yang baru sedar dari gilanya ketika itu
5. Tertidur; selepas sepertiga atau separuh malam baru terjaga.
6. Sakit; sembuh selepas waktu tersebut.
 
Adapun menurut mazhab Syafi’ie; selepas waktu ihktiyar itu ialah waktu jawaz (waktu harus), yakni waktu harus untuk melakukan solat walaupun tidak sebaik waktu ikhtiyar tadi. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; waktu ikhtiyar tadi bukanlah bermaksud waktu pilihan secara mutlak (atau secara keseluruhan) tetapi waktu pilihan yang terbaik berbanding waktu berikutnya (yakni waktu jawaz). Waktu pilihan secara keseluruhan ialah selagi belum terbit fajar (yakni masuk waktu subuh). Mazhab Syafi’ie ini berdalilkan hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi;
 
“Tidaklah tertidur itu (dianggap) kelalaian. Kelalaian ialah bagi orang yang tidak menunaikan solat (dengan sengaja) hingga masuk waktu solat yang lain” (Riwayat Imam Muslim).
Hadis ini memberi isyarat kepada kita bahawa waktu solat tidak tamat selagi belum masuk waktu solat yang lain. Maka dinisbah kepada Isyak, waktunya berterusan selagi belum tiba waktu subuh. Secara ringkasnya dalam mazhab Syafi’ie, keseluruhan waktu solat terbahagi kepada empat;
 
Pertama; waktu terbaik, iaitu di awal waktu.
Kedua; waktu ikhtiyar, iaitu hingga sepertiga waktu.
Ketiga; waktu jawaz (harus), iaitu hingga sebelum tamatnya waktu (yakni sebelum masuk waktu solat yang lain kecuali subuh di mana waktu tamatnya ialah sebelum terbit matahari).
Keempat; waktu hurmah (waktu haram), iaitu menangguh solat hingga ke saat terlalu hujung waktu di mana waktu yang masih tinggal tidak cukup untuk menyempurnakan keseluruhan rakaat solat. Solat jika sempat ditunaikan di dalam waktu sekurang-kurangnya satu rakaat maka ia dikira tunai secara keseluruhannya (sekalipun rakaat selebihnya dilakukan setelah habis waktu). Jika tidak sempat satu rakaat maka keseluruhanya dikira qadha’.
Wallahu a’lam.
 
Rujukan;
1. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah 1/273-278.
2. Syarh as-Sunnah, Imam al-Baghawi, 1/8-12.
3. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syurbini, 1/173.
4. Al-Fiqh ‘ Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abdur-Rahman al-Jazairi, 1/168.
5. al-Wajiz, Dr. Abdul-Adziem Badawi, hlm. 66.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 100.
7. al-Kifayah Li Zawil-Inayah, Syeikh Abdul-Basit al-Fakhuri, hlm. 56.


original link from : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/waktu-solat-isyak.html

Monday, April 18, 2011

Alhamdulillah...akhirnya tamat jua pengajianku...

Alhamdulillah...akhirnya tamat jua pengajianku di bumi UIA selama 7 taun..fuh...lama jugak tu sebenarnya..macam tidak percaya pun ada jugak...namun itulah hakikatnya..menuntut ilmu ni, tiada noktah sebenarnya, masih perlu diteruskan hinggalah ajal menjemput diri..

hm..perasaan bercampur gembira dan takut, gembira sebab dah tamat pengajian, namun dihantui perasaan takut menanti keputusan peperiksaan akhir..YA Allah..semoga kau luluskan aku dengan cemerlang..hanya kepadaMU lah aku berdoa dan bertawakkal setelah usaha yang gigih telah aku lakukan...

Bukan itu sahaja, perasaan takut juga menghantui diri memikirkan diri ini sudah tiba untuk melangkah ke alam pekerjaan, mencari rezki dengan hasil titik peluh sendiri..masih lagi memikirkan hala tuju masa depanku..mahu memikirkan yang terbaik untuk diriku dan juga keluarga. Apakah bidang pekerjaan yang harus aku ceburi..Masih lagi menjadi tanda tanya dalam benak hatiku ini...

Semoga mendapat petunjuk dari Ilahi..kerna Dialah yang memberikan rezki kepada kita...

"BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAH.... "

Thursday, January 20, 2011

KCB Special Ramadhan

 " Namun Ketahuilah ana, hidup bersendiri itu lebih bererti bagiku daripada hidup bersama tapi tidak saling mmpercayai " ---  Mas Azam ----
 " labih baik hidup sendiri daripada dikhianati mas " ---- ana ----

Hm...tertarik dengan kata-kata Mas Azam dan Ana itu..ada benarnya jugak apa yang diungkapkan itu..namun kalau diikuti kisah sebenar cerita itu, Mas Azam tidak sama sekali mengkhianati Isterinya yang tercinta..Semua dugaan yang datang itu adalah untuk menguji kekuatan Cinta mereka berdua di dalam menjalani hidup berumah tangga..

Pokoknya disini apakah kunci kepada kebahgiaan rumah tangga dan kekuatan cinta mereka ? sudah tentu jawapannya ada pada kata-kata yang diungkapkan oleh Mas Azam itu iaitu saling mempercayai antara satu sama lain..

Mas Azam telah berkali-kali menegaskan kepada  Anna bahawa dia tidak sama sekali coba tuk menodai Aprilia, namun tidak jugak dipercayai oleh Anna..walaupun Mas Azam telah bersumpah dengan nama Allah..
Sifat cemburu yang mengusai diri wanita itu kadang-kadang menjadikan dirinya hampir tidak dapat membezakan dengan kebenaran dan kebatilan..sekurang-kurang disini, walaupun ana tidak mempercayai akan suaminya, namun dia harus mempercayai sumpah yang dilafazkan oleh Azam itu..kerna didalam Islam sumpah yang disusuli dengan Kalimah Allah, adalah Sah dan sebagai seorang Muslim, kita harus mempercayainya.. Namun sekiranya Sumpah itu tidak benar, nescaya dia akan medapat balasan dari Allah S.W.T.

Pengajaran yang dapat kita petik daripada kisah ini adalah, jangan terburu-buru dalam melemparkan sebarang tuduhan..harus diketahui bukti-bukti yang kukuh terlebih dahulu sebelum melemparkan tuduhan..kerna buruk padahnya nanti..dan yang pentingnya didalam membina ikatan cinta dan rumah tangga yang kukuh, sifat saling mempercayai diantara satu sama lain haruslah dimiliki oleh suami dan isteri..Dan satu lagi pengajaran untuk kaum Hawa, jangan sesekali memohon cerai daripada suami sekiranya tiada sebab musabab yang dibenarkan syarak..kerna perbuatan untuk amat dibenci oleh Allah S.W.T....