[ Saya bertanya kepada ummi, "ummi, mana satu pilihan hati ummi, insan yang menyayangi diri kita atau yang kita sayangi?"
Lantas ummi menjawab, "kedua-duanya tidak nak..."
Saya agak kehairanan dengan jawapan ummi itu... Ummi seperti memahami keadaan diriku ini lantas mengukir senyuman yang manis dan berkata..
"Nak...Pilihan hati ummi adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." ]
Petikan asal diatas dirujuk dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1221-mana-satu-pilihan-hati.html
Hm..tatkala ku membaca petikan ini, ianya betul-betul menyentuh hati dan imanku..kisah ini mengingatkan aku akan 1 hadis nabi yang menyifatkan tentang "Halawatul Iman" iaitu kemanisan iman, apakah ciri-ciri kemanisan iman ini, ada 3 perkara yang dinyatakan oleh Nabi kita S.A.W,
Pertama; Nabi S.A.W menyatakan bahawa akan terbinalah didalam diri seseorang itu akan kemanisan iman sekira dirinya dikasihi oleh Allah dan Rasul..
Kedua; dan tidaklah mencintai seseorang itu melainkan cintanya itu adalah kerana Allah..
Ketiga ; dan bencinya dia untuk kembali kepada kekufuran sepertimana bencinya dia sekiranya dicampakkan dirinya kedalam Neraka..lebih kurang begitulah mafhum hadisnya...
Maka sekiranya menghendaki seseorang itu kan lahirnya kemanisan iman didalam dirinya, maka tidak dapat tidak seharusnya dia memiliki ketiga-tiga ciri yang telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W diatas. Bagaimanakah untuk menjadikan diri kita dicintai dan dikasihi oleh Allah dan Rasul? Jawapannya mestilah ia bermula dengan diri kita, kita mestilah terlebih dahulu mencintai dan mengasihi Allah dan Rasulnya. Secara ringkasnya adalah dengan melakukan segala suruhan Allah dan Rasulnya dan meninggalkan segala larangannya.
Allah S.W.T ada merakamkan didalam Kalamnya yaang suci bahawa dia akan sentiasa ingat kepada Hambanya yang sentiasa ingat kepada diriNYA. Mafhumnya sekiranya seseorang itu menyintai Allah, maka Allah akan menyintai dirinya.
Adapun yang kedua itu, apakah yang dimaksudkan mencintai akan seseorang itu kerana Allah? Adakah dengan menyatakan bahawa dia menyintai seseorang kerana Allah tetapi tidak mengikut batas dan syariat Islam itu dikira menyintai kerana Allah? sudah tentu tidak sama sekali. Yang dimaksudkan menyintai kerana Allah ini, bukan hanya melalui kata-kata dan hati sahaja, malahan perlulah disusuli dengan perbuatan. Maknanya mestilah cinta itu mengikut apa yaang digariskan oleh Islam..Semua orang boleh menyatakan bahawa dia menyintai seseorang itu kerna Allah. Namun tidak semua orang yang dapat menzahirkan cintanya itu mengikut Syariat Islam..Trend zaman kini, adalah bercinta sebelum kahwin. bertahun-tahun bercinta barulah berkahwin. kenapa perlu begitu..Alasannya untuk betul-betul mengenali pasanngannya dengan mendalam. Benarkah?
Tidakkah bila begitu lama bercinta, manisnya cinta itu akan pudar!!! Masih teringat lagi sabda Nabi S.A.W yang berbunyi, tidak aku melihat diantara lelaki dan wanita yang berkasih sayang melainkan suami dan istri, lebih kurang begitulah mafhumnya yang ana ingat. Maknanya apa yang Nabi nak nyatakan adalah bercinta dan berkasih sayang itu hanyalah untuk suami dan istri dan bukanlah untuk boyfriend dan girlfriend.
Ramai yang tidak yakin bagaimana kita hendak hidup bersama dengan seseorang itu sekiranya kita tidak cinta dan kasih kepadanya terlebih dahulu?
Persoalan itu kembali kepada diri kita, Siapakah yang mencamppakkan perasaan kasih dan sayang didalam diri kita ini? sudah tentu Allah S.W.T.
Justeru yakinlah dengan Allah, biarlah yang dipilih itu adalah kerana Allah, dan bukanlah kerana Nafsu dan kecantikan duniawi semata-mata. InsyaAllah akan bahagialah hidupmu..kerna Allah ada menyatakan didalam kalamnya, diantara tanda-tanda kekuasaannya adalah dia menciptakan manusia itu berpasang pasangan, kemudian akan dicampakkanya perasaan kasih dan sayang didalam diri mereka agar dapat mereka bersuka-suka dan berkasih sayang.
Sekadar pendapat peribadi.. Wallahu A'lam...Rahimkawi..
Sunday, November 28, 2010
Friday, November 19, 2010
Selami Hati Seorang Insan Bernama Lelaki
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau ciptakan manusia itu berpasang pasangan, tidak engkau ciptakan kaum Adam, melainkan bersamanya kaum Hawa. Maha penyayangnya Engkau, ketika Adam A.S kesunyian di syurga, engkau ciptakan Hawa sebagai penemannya, jua sebagai penghibur duka laranya.
Telah engkau ukirkan didalam kalammu, bahawa penciptaan manusia berpasang pasangan ini adalah sebagai tanda kekuasaanmu. Demikian fitrahnya kehidupan manusia memerlukan kepada pasangan hidup sebagai pelengkap hari-harinya yang mendatang.
Tidakku nafikan bahawa pertemuan jodoh itu urusanMu Ya Allah, telah kau janjikan didalam kalamMU yang suci, bahawa tidak Engkau ciptakan seorang lelaki yang soleh, melainkan bersamanya adalah seorang wanita yang solehah.
Tidak aku katakan diriku ini seorang lelaki yang soleh, kerna terlalu banyak maksiat yang ku lakukan, sememangnya tidak layak tuk melabelkan diriku sebagai lelaki yang soleh, namun, jauh di dalam hati nuraniku, senantiasa mengidamkan seorang wanita yang solehah sebagai peneman hidupku, senantiasa aku berdoa kepadaMu agar menemukan aku dengan wanita solehah.
Telah kau gambarkan wanita ini, di dalam kalammu, sebagai perhiasan duniawi, aku fahami ayatmu ini, bahawa perhiasan wanita itu, bukan semata-mata terletak pada kecantikan paras rupanya sahaja, malahan, kecantikannya merangkumi kecantikan Akhlaknya, Budi Pekertinya, serta Amalannya. Tidaklah wanita itu dikatakan cantik kiranya tidak memili sifat-sifat ini, malahan kecantikannya tuk dunia semata-mata.
Ingatlah para kaum Hawa, kecantikan dirimu bukanlah tuk diperdagangkan dan bukan jua tuk dipertontonkan, kecantikan dirimu adalah tuk suamimu semata-mata. Peliharalah kecantikanmu agar ia sentiasa suci dan bersih dari dikotori debu-debu dosa, agar dirimu nanti, bukan sahaja cantik di dunia, malahan jua di akhirat yang kekal abadi.
Ingatlah para kaum Hawa, kecantikan dirimu bukanlah tuk diperdagangkan dan bukan jua tuk dipertontonkan, kecantikan dirimu adalah tuk suamimu semata-mata. Peliharalah kecantikanmu agar ia sentiasa suci dan bersih dari dikotori debu-debu dosa, agar dirimu nanti, bukan sahaja cantik di dunia, malahan jua di akhirat yang kekal abadi.
Tidakku nafikan kecantikan akhlak itu, mencerminkan kecantikan wajahnya. Masihku teringat kalam utusanMU, Muhammad S.A.W, memberi petunjuk kepada pemilihan Istri yang solehah, memiliki harta, kesuburan dan kemuliaan nasabnya, kecantikannya, dan keperawanan agamanya. Pemilihan yang beragama itu lebih diutamakan. Namun yang lain tidak seharusnya jua tuk diabaikan.
Rahimkawi....
Subscribe to:
Posts (Atom)