Kata Aluan

Sunday, December 23, 2012

Islam bukan Agama yang Menghukum....


sekadar perkongsian...
terjumpak dalam kitab Bahrul Mazi, Juzuk 10, Mk/s 143, bab pada menyatakan :
" Ma Ja aa Fil Talqin fil Had. "

Kesimpulan yg dapat daripada kisah Ma'iz Bin Malik yang datang kepada Nabi dan membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan Zina ...maka berkata nabi S.A.W kepada Maiz, : " Kamu gilakah mengaku berjahat ditengah khalayak ramai". Maka sahut Ma'iz, : "Hamba tidak gila". bleh rujuk detail dalam kitab...ada riwayat kata Maiz buat pengakuan sebanyak 4 kali..dan ada yang kata ketika Ma'iz buat pengakuan tu Nabi berpaling ke arah lain.

Cumanya yang tertarik disini, disebut didalam kitab ini, perbuatan Nabi tersebut seolah-olah nak menunjukkan bahawa jangan kita mengaku perbuatan jahat kita itu sebaliknya pergilah bertaubat dengan Taubatan Nasuha...

Justeru, sebenarnya Islam bukanlah agama yang cepat dan mudah nak menghukum hambanya yang melakukan kesilapan dan dosa...sebaliknya pintu taubat itu sentiasa dibuka untuknya...

Diceritakan kenapa sebenarnya Ma'iz ini tidak bertaubat sebaliknya mahu dirinya dikenakan hukum Hudud keatasnya iaitu Rejam bagi penzina yang sudah berkahwin...

Adapun Ma'iz ini merasakan bahawa taubat itu tidak cukup dan memadai bagi dirinya di atas perbuatannya itu..sememangnya dia sudah pun bertaubat..

akan tetapi merasa akan dia bahawa taubatnya itu masih tidak cukup untuk menyucikan dosanya..kerana tidak tahu akan dia samaada Allah S.W.T menerima atau tidak akan taubatnya itu...

jadi, mahu ia untuk dikenakan hukuman Hudud keatasnya kerana dia mahu dirinya terselamat di akhirat kelak dari siksa api neraka.

Justeru dengan dikenakan hukuman hudud keatas dirinya, nescaya ia akan terlepas dari siksaan itu...