" Namun Ketahuilah ana, hidup bersendiri itu lebih bererti bagiku daripada hidup bersama tapi tidak saling mmpercayai " --- Mas Azam ----
" labih baik hidup sendiri daripada dikhianati mas " ---- ana ----
Hm...tertarik dengan kata-kata Mas Azam dan Ana itu..ada benarnya jugak apa yang diungkapkan itu..namun kalau diikuti kisah sebenar cerita itu, Mas Azam tidak sama sekali mengkhianati Isterinya yang tercinta..Semua dugaan yang datang itu adalah untuk menguji kekuatan Cinta mereka berdua di dalam menjalani hidup berumah tangga..
Pokoknya disini apakah kunci kepada kebahgiaan rumah tangga dan kekuatan cinta mereka ? sudah tentu jawapannya ada pada kata-kata yang diungkapkan oleh Mas Azam itu iaitu saling mempercayai antara satu sama lain..
Mas Azam telah berkali-kali menegaskan kepada Anna bahawa dia tidak sama sekali coba tuk menodai Aprilia, namun tidak jugak dipercayai oleh Anna..walaupun Mas Azam telah bersumpah dengan nama Allah..
Sifat cemburu yang mengusai diri wanita itu kadang-kadang menjadikan dirinya hampir tidak dapat membezakan dengan kebenaran dan kebatilan..sekurang-kurang disini, walaupun ana tidak mempercayai akan suaminya, namun dia harus mempercayai sumpah yang dilafazkan oleh Azam itu..kerna didalam Islam sumpah yang disusuli dengan Kalimah Allah, adalah Sah dan sebagai seorang Muslim, kita harus mempercayainya.. Namun sekiranya Sumpah itu tidak benar, nescaya dia akan medapat balasan dari Allah S.W.T.
Pengajaran yang dapat kita petik daripada kisah ini adalah, jangan terburu-buru dalam melemparkan sebarang tuduhan..harus diketahui bukti-bukti yang kukuh terlebih dahulu sebelum melemparkan tuduhan..kerna buruk padahnya nanti..dan yang pentingnya didalam membina ikatan cinta dan rumah tangga yang kukuh, sifat saling mempercayai diantara satu sama lain haruslah dimiliki oleh suami dan isteri..Dan satu lagi pengajaran untuk kaum Hawa, jangan sesekali memohon cerai daripada suami sekiranya tiada sebab musabab yang dibenarkan syarak..kerna perbuatan untuk amat dibenci oleh Allah S.W.T....