Tertarik dengan sepotong hadis yang dipaparkan oleh Ustaz Zahazan di laman facebook beliau, yang berbunyi :
"Dalam hadis yg diriwayatkan oleh al-Suyuti dlm al-Durr al-Manthur Nabi saw bersabda, maksudnya : Tidur seseorang yg berpuasa( slps keletihan Qiyamullail pd mlmnya), adalah ibadah, diamnya tasbih,amalannya dilipatgandakan,dosanya diampunkan dan doanya dimakbulkan."
hm...yang buat saya tertariknya adalah..bagi sesiapa yang bangun untuk berqiamullail di malam ramadhan ini, tidurnya pada siang hari adalah ibadah jua...
bila direnung hadis ini, baru terfikir logicnya, ini adalah kerana apabila kita tidur, sebenarnya secara tidak lansung ia telah mengelakkan kita dari melakukan perkara yang dapat mengurang pahala puasa, misalnya dapat mengelakkan kita dari melakukan maksiat mata, maksiat mulut, dan juga maksiat telingan.
kekadang mungkin kita tidak sedari, atau sememangnya kita sedari, disekeliling kita dipenuhi dengan maksiat mata. berjalan sana, berjalan sini..ada saja golongan yang tidak menjaga aurat dan pemakaian mereka. tidak dapat tidak, kekadang kita akan terpandang jua..masakan mungkin kalau kita berjalan dengan menutup mata..jadi inilah dosa kecil yang tidak dapat kita elakkan..
begitu juga dengan maksiat mulut, kekadang bila kita berborak dengan rakan-rakan kita, dalam sedar atau tidak, kita akan terpesong juga tajuk bualan itu dengan kata-kata yang berbaur umpatan..ataupun kutukan terhadapat rakan-rakan kita yang lain..hm...berlakulah apa yang dikatakan maksiat mulut itu...
sama juga dengan maksiat telinga, bila kita mendengar perkara yang tidak baik itu, secara tidak lansung kita turur jua terlibat sama dalam maksiat itu..
justeru, tiada syak lagi akan kebenaran hadis Rasulullah diatas tidur di siang hari itu adalah ibadah kerna ia dapat mengelakkan kita dari terjerumus dalam maksiat-maksiat yang dapat mengurangkan pahala Ramdhan kita..
Namun harus diingat, bukannlah tidur semata-mata tetapi tidak pula melakukan Qiamullail dimalam hari..bukan apa..rugilah kita kerna di bulan Ramdhan ini pahala kita dilipat gandakan sekiranya kita memperbanyakkan ibadat kita di malam harinya..tidak cukup sekadar bertarawih sahaja..perbanyakkanlah ibadat kita semampunya agar kita tidak sesali nanti bila Ramadhan pergi meninggalkan kita buau selamanya...
Buat Renungan Bersama....