Ramadhan...
Bulan yang di permulaannya terdapat Rahmat dari Tuhan,
Bulan yang dipertengahannya terdapat pengampunan,
Bulan yang di penghujungnya terdapat pembebasan dari api neraka yang digeruni setiap insan,
Ya Ramadhan,
Engtkaulah Bulan yang menguji kesabaran, kekuatan iman & taqwa seorang insan,
Di dalam dirimu penuh dengan pengisian amalan,
Di siang hari engkau kelaparan tetapi di malamnya engkau kekenyangan,
Kelaparan kerna diharamkan mengambil sebarang makanan dan minuman,
Kekenyangan di malam hari kerna ramai insan yang beribadat dan berzikir mengingati tuhan,
Oh Ramadhan yang dirindui setiap Insan...
Semoga Ramadhan yang mendatang ini menjadi Ramadhan yang terbaik dalam ingatan,
Dapatku penuhi dengan Pelbagai amalan,
Bacaan ayat suci Al-qur'an,
Zikir memuji kebesaran Tuhan,
Selawat ke atas Junjungan Rasul yang membimbing insan ke jalan kebenaran,
YA Ramadhan...
Ku nantikanmu dengan penuh kesyukuran,
Kedatanganmu tak mungkin ku lupakan,
Akanku cuba penuhi bulanmu dengan pelbagai amalan,
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan serta kesabaran,
Agar dapatku jadikan Ramadhan ini, Ramadhan yang terbaik sepanjang Zaman...
Wednesday, August 19, 2009
Friday, August 7, 2009
Adam A.S Menikah di Dalam Syurga
Riwayat lain menerangkan setelah Adam kembali berada di syurga ketika itu dia dapat menimati keindahan alam. dilihatnya dua ekor burung hinggap di sebatang pohon bercumbu-cumbuan.
Ketika itu timbullah keinginan di dalam hati Adam " alangkah seronoknya jika aku mempunyai teman seperti burung itu" Ketika Adam sedang asyik mengelamun, tiba-tiba datang angin dari syurga bertiup sepoi-sepoi bahasa segar dan nyaman rasanya, lalu Adam tertidur disitu sambil duduk bersandar di sebuah kerusi.
Di kala itu Adam bermimpi bertemu seorang wanita yang sangat cantik rupa parasnya sehingga Adam jatuh cinta terhadapnya. Maka ketika Adam tertidur, Allah citakan seorang wanita yang cantik rupa parasnya serupa sebagaimana yang dilihatnya dalam mimpi tadi.
Menurut sebilangan besar Ulama', wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk Adam yang sebelah kiri.
Menurut sebilangan besar Ulama', wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk Adam yang sebelah kiri.
Firman Allah :
" daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, bahawa Dia telah menciptakan untukmu dari kamu akan isteri itu supaya kamu daat kesenangan dengannya. Dan diciptakan di antara kamu (berdua rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya dalam soal yang demikian itu adalah betul-betul menjadi tanda kekuasaan Allah bagi golongan yang suka menggunakan fikiran"
( Ar-Rum :21)
Begitu keterangan ayat tersebut, bahawa Allah jadikan isteri atau pasangan dari diri lelaki itu sndiri yang tentunya dari diri Adam. Ketika itu muncullah seorang gadis cantik laksana bidadari datang mendekati Adam. Kulitnya putih kuning kemerah-merahan, wajahnya cantik dan raut tubuhnya yang molek dan menarik dengan gaya yang cukup menawan.
Wanita itu memakai pakaian yang indah serta perhiasan emas dan intan berlian. Dia menatap wajah Adam yang sedang tidur nyenyak dengan ghairah dan kasih sayang. Akhirnya Adam terbangun sendiri. Adam terkejut bercampur riang melihat rupa orang yang berdiri disampingnya serupa seperti yang terdapat di dalam mimpinya.
"Siapakah engkau hai orang cantik" Dan siapakah namamu? Dan apakah tujuanmu kemari?
"Aku adalah seorang perempuan. Tujuan kemari adalah untuk menemani engkau. namaku terserahlah kepada engkau untuk memberinya padaku"
Begitulah jawab perempuan itu dengan suara yang lembut hingga kelihatan giginya putih membayang gelas,lalu Adam membalas senyuman perempuan itu sambil berkata : "Terima kasih, kalau begitu aku namakan engkau "Hawa".
Kemudian keduanya saling berpandangan,mata bertemu mata kemudian timbullah rasa cinta antara kedunya. seketika itu datanglah berahi Adam,kerana dia tidak tahan melihatkan kecantikan perempuan itu. Dia cuba merangkul tubuh perempuan itu dan ingin sekali dia menciumnya.
Seketika itu datanglah firman Allah yang bermaksud: "Janganlah engkau menyentuh dia sebelum engkau aku nikahkan dengan dia."
Kemudian Allah memanggilkan malaikat berkumpul untuk merasmikan pernikahan Adam dan Hawa. Maka di saat itu diadakan upacara pernikahan diantara Adam dan Hawa di mana mereka dinikahkan oleh Allah dengan ijab dan qabul serta mas kawin dari emas dan perak yang diambil dari syurga dan disaksikan oleh malaikat Jibril,Mikail, Israfil dan Izra'il serta yang lain-lainnya. setelah selesai akad nikah tersebut keduanya diizinkan bertempat di dalam syurga khusus untuk mereka berdua.
Ulasan dari kisah Adam dan Hawa
Ulasan Penulis.
Daripada kisah pernikahan Adam dan Hawa itu tadi, terdapat beberapa pengajaran penting yang harus kita ambil ikhtibar dan fikir-fikirkan bersama .
1. Sememangnya fitrah kejadian manusia menghendakkan kepada pasangan laki-laki dan perempuan. Bagi golongan yang berkehendakkan kepada pasangan sejenis adalah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Tidak dinafikan juga golongan lelaki akan merasa berahi melihat golongan wanita. Sememangnya golongan wanita diciptakan untuk menjadi teman sejati kepada golongan lelaki.
2. Daripada kisah Adam itu tadi, Adam tidak dapat lari dari mempunyai perasaan Ghairah apabila melihat kecantikan Hawa, sehingga terdetik untuk memeluk dan mencium Hawa. Ini juga sebenarnya adalah fitrah setiap insan mempunya nafsu dan keghairahan. Namun, pernikahan amat penting di dalam Islam. Kisah pernikahan Adam dan Hawa ini membuktikan betapa penting jalinan yang sah diantara kaum lelaki dan wanita. Menyentuh kulit Hawa pun Allah tidak izinkan apatah lagi berpelukan dan bercumbuan.
Sedikit celoteh :
Golongan muda mudi masa kini terlalu jauh tersempang dari ajaran Islam yang sebenar. Berpegangan tangan ketika keluar berdua-duaan adalah perkara biasa bagi mereka. Ada juga yang berpelukan dan selebihnya.
Tidakkah kita terfikir, kenapa Allah tidak membenarkan sentuhan lelaki dan wanita yang bukan mahram? Pasti ada hikmahnya bukan. Kalau sentuh anjing dan babi akan menyebabkan jangkitan kuman kepada kita. Sudah pasti sentuhan pada kulit wanita juga ada kumannya. Kuman yang dimaksudkan adalah keghairahan hawa nafsu yang didatangkan oleh syaitan kepada kita untuk melemahkan iman kita seterusnya melakukan dosa yang lagi besar iaitu zina.
Sebenarnya sentuhan lelaki dan wanita sememang ada kebaikan bagi golongan yang sudah berkahwin. Kerana ia mampu menaikkan keghairahan hawa nafsu . Sebab itu golongan wanita memerlukan belaian dari kaum lelaki.
Namun apa yang saya nak perkatakan disini , kaum muda mudi masa kini saling bersentuhan dan berpegangan tangan. Bahkan sudah tidak merasai nikmat sentuhan itu. Justeru, hilanglah bagi mereka nikmat sentuhan yang Allah berikan kepada golongan ytang sudah berkahwin. sebab itu banyak golongan yang sudah berkahwin tidak lagi merasakan kenikmatan yang sebenar setelah berkahwin. Apa taknya, sebelum berkahwin segala-galanya telah dilakukan.
Fikir-fikirkanlah sahabat-sahabatku yang bijak-bijak belaka...
Subscribe to:
Posts (Atom)