Kata Aluan

Sunday, July 26, 2009

Special Talk By Idris Tawfiq ( ex-roman Catholic Priest )


semalam saya dan kawan2 berkesempatan menghadiri talk dan dinner yang dianjurkan oleh Khalifafh Institute di sebuah hotel ternama yang terletak di Ampang iaitu hotel Flamingo. Terima Kasih yang tak terhingga kepada saudara Qayyum yang sudi menjemput kami. sepatutnya bayaran masuk untuk talk itu adalah rm 120 seorang. hehehe...makanan yang disajikan, alhamdulillah..enak2 saja...

ok,now i gonna talk about the journey of Idris tawfiq from Vatican to Al-azhar. persoalan yang bermain di minda kita adalah, bagaimana saura idris tawfiq boleh memeluk Islam sedangkan beliau adalah bekas paderi yang taat kepada agama roman katolik.

pertama sekali yang saya dapat katakan adalah, apabila Allah S.W.T menghendakki mana2 hambaNYA untuk mendapat hidayahNYA, nescaya akan ditunjukkan jalan menuju ke arah itu.seperti mana Allah telah memberi hidayahNya kepada amirul mukminin Khalifah Umar R.A. Umar R.A adalah seorang yang bengis dan ditakuti Oleh semua orang ketika itu, dan antara orang yang kuat menentang Islam, namun setelah mndengar Adiknya membaca Al-quran,dia telah diberi hidayah oleh Allah dan dibukak hatinya untuk menerima ISlam.

Ok, sekarang kita balik kepada cerita saudara Idris TAwfiq ini, diceritakan oleh beliau, selama 20 tahun beliau menjadi paderi. tiada sebarang masalah dengan agamanya. beliau amat disanjungi oleh penganut agamanya dahulu. akan tetapi suatu hari beliau merasakan bahawa diri beliau perlu bercuti untuk seketika. justeru beliau membuat research di dalam internet mengenai tempat percutian yang paling murah kerana beliau tidak memiliki banyak duit. dan akhirnya destinasi yang bersesuaian adalah EGYPT. beliau pun terbanglah ke EGypt untuk bercuti.

banyak pengalaman yang beliau dapat disana. dipendekkan cerita, kenalnya saudara idris akan Islam adalah melaui keindahan Islam itu sendiri dari segi budaya dan pergaulan. diceritakan, beliau bertemu dengan seorang budak berumur 12 tahun, dan budak itu memberi salam kepadanya."assalamualaikom"..begitulah bunyinya..

kemudian apabila beliau bertanyakan khabar kepada budak itu, budak itu menjawab, "Alhamdulillah"... hanya dengan keindahan kalimah salam dan pujian kehadrat Ilahi, beliau mula tertarik dengan Islam..demikianlah yang ditakan saya di permulaan kalam tadi, Sekiranya Allah mahukan mana2 hambaNYa untuk memeluk Islam, Nescaya Akan dibuka hatinya untuk menerima Islam.

Akan tetapi apa yang kita dapat ambil ikhtibar daripada kisah ini adalah, sebagai seorang Islam, kita mestilah sentiasa menunjukan keindahan Islam dan berkelakuan baik serta memberi layanan yang terbaik kepada rakan kita yang bukan Islam, kerana syiar Islam itu ada pada diri kita. sekiranya kita berkelakuan tak ubah seperti seorang Kafir, macamana mereka nak melihat keindahan Islam yang begitu indah ini..

Ingatlah sahabatku sekalian, "Islam itu cantik dan Allah suka akan kecantikan". perelokanlah budi pekertimu dan cantikkanlah dirimu dengan aklak dan tutur kata yang mulia....

Mungkin dengan kata-kata kita dan akhlak yang kita tunjulkan dapat menarik orang bukan Islam untuk memeluk Islam..Itu juga adalah sumber dakwah yang disarankan oleh Islam..

Terutama bagi sahabat wanita kita, susunggugnya bertudung labuh itu adalah syiar Islam..ianya juga merupakan dakwah yang disampaikan melalui pemakaian kita. bak kata saudara IDris, bagi wanita yang memakai tudung labuh ini disifatkan sebagai " the beauty out of beauty". teruskanlah perjuangan anda menyebarkan dakwah Islam..

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr............................

Wednesday, July 15, 2009

Perjuangan Tetap Ku Teruskan

kini langkahku terus mara ke hadapan,

tidak mungkin lagi bagiku untuk toleh ke belakang lagi,

walaupun suatu ketika dahulu aku hampir mengundur diri dari perjuangan ini,

aku bersyukur di atas kekuatan yang diperolehi,

diriku masih mampu bertahan hingga kini,

walaupun rintangan yang mendatang semakin berat dan sukar di tangani,

aku tidak akan hiraukan semua itu lagi,

berbekalkan kekuatan yang ku perolehi,

mengimbau kisah imam Shafie,

begitu teguh hati beliau mengembara menuntut ilmu di muka bumi,

berseorangan tanpa apa apa pun bekalan tuk diri,

hanya berbekalkan doa ibu yang amat di sayangi,

meletakkan sepenuh penggantungan kepada Allah Rabbul Izzati,

begitulah teguhnya hati seorang tokoh Islam yang amat disanjungi,

sebagai insan yang kerdil lagi hina ini,

ku cuba untuk mencontohi semangat yang dimiliki oleh Imam Shafie,

akan ku teruskan perjuangan ini,

sehinggal ajal menjemput diri......