Kata Aluan

Friday, June 25, 2010

Bayi Ajaib 1 : Nabi Isa A.S

 Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, sebelum kita menyingkapi kisah Nabi Isa A.S, moleklah kiranya kita ketahui terlebih dahulu kisah menarik yang berlaku sebleum kelahiran Nabi Isa A.S, kerna sebelum kelahiran beliau terdapat kisah yang baik dan menraik untuk kita jadikan tauladan dan petunjuk dalam kehidupan kita agar kita senantiasa berada di dalam Rahmat dan perlindungan Allah dari Syaitan laknatullah.

kisah Nabi Isa ini telah digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam surah Al-Imran, bolehlah dirujuk dan ditelitikan tafsirnya. Telah diceritakan di dalam buku " Kisah Bayi-Bayi Ajaib" disusun oleh Adil Abdul Mun'im, bermulanya kisah Nabi Isa ini daripada neneknya iaitu Isteri kepada Imran, dimana isteri kepada Imran ini sudahpun menjangkau usia tua, akan tetapi beliau masih lagi belum dianugerahkan Allah zuriat. Ini adalah kerana isteri kepada Imran ini adalah seorang yang mandul dan telah terputus haidnya.

Seperti wanita-wanita yang lain, isteri kepada Imran ini amat mengimpikan seorang anak, jauh dilubuk hatinya, dia teringin sangat untuk melahirkan anak kerna itulah hati seorang wanita, selain suami, anak merupakan tempat untuk berkongsi kasih dan sayang, bergurau senda serta bermadu mesra. Tanpa anak disisi, tidak dapat digambarkan betapa sunyinya hati isteri Imran ini. dia tidak putus berdoa kepada Allah S.W.T agar dianugerahkan beliau seorang cahaya mata yang menjadi penyeri hidupnya. Namun Allah Ta'la itu Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

Akhirnya Allah S.W.T memakbulkan doa isteri Imran apabila beliau bernazar sekiranya beliau dianugerahkan Allah seorang anak, maka anak itu akan disumbangkan untuk berkhidmat di Baitul Maqdis.

Maka dengan itu datanglah akan Isteri Imran itu haid dan teramat terkejutlah beliau kerna beliau telah pun terputus haid. Selain itu beliau juga mengalami muntah-muntah dan pening-pening seperti yang dialami oleh wanita yang hamil. Namun beliau yakin bahawa dirinya telah hamil setelah  mendapati terdapat janin yang bergerak-gerak didalam perutnya.

 Dipendekkan cerita, lahirlah seorang bayi perempuan dan dinamakan bayi itu dengan nama Maryam. Sebenarnya ibu Maryam mengimpikan anak yang lahir itu adalah lelaki kerna beliau telah bernazar akan menyumbangkan anak itu untuk berkhidamat kepada Baitul Maqdis. Namun beliau sedar bahawa Allah itu Maha Mengetahui, beliau cuma khawatir anak itu nanti tidak dapat memikul nazar yang dibuatnya.

Diringkaskan lagi ceritanya. Maryam telah diambil oleh Nabi Zakaria untuk dipelihara. setelah Maryam meningkat usia dewasa, beliau menjadi seorang wanita yang solehah dan kuat beribadat kepada Allah.  Ternyata Allah itu Maha Kuasa dan Maha mengetahui.


Nabi Zakaria telah membina sebuah rumah ibadat untuk Maryam dimana rumah itu terdiri daripada 7 lapis pintu dan Maryam ditempatkan didalam Mihrabnya. Rumah itu dikunci oleh Nabi Zakaria agar tiada siapa yang dapat masuk kedalam rumah itu untuk mengganggu Maryam untuk beribadat kepada Allah. Maryam tidak pula berasa sunyi berseorangan di dalam Mihrabnya kerna beliau senantiasa beribadat kepada Allah.

Karamah beliau mula ditunjukkan Allah dengan terhidangnya makanan dan buah-buahan yang enak didalam mihrabnya dengan tanpa didatangkan oleh sesiapa pun. Ianya adalah anugerah dari Allah S.W.T.

Cukuplah sekadar itu dulu, InsyaAllah kalau dipanjangkan umur saya akan cuba untuk menyambung kisah ini.

Ulasan peribadi : daripada kisah di atas kita dapat ambil pengajaran bahawa sebagai hamba Allah, yang kerdil lagi hina., kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T untuk memohon apa jua yang kita hajati. Jangan sesekali berputus harapan atau merasa jemu untuk berdoa. sekiranya doa kita itu tidak jua dimakbulkan, bersangka baiklah dengan Allah kerna Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita. Ingatlah tiada apa pun yang mustahil disisi Allah, sekiranya ia berkata "KUN" yakni jadi maka jadilah ia..

Wallahu A'lam.....

Tuesday, June 22, 2010

Kisah Bayi-Bayi Ajaib

Ketika zaman kecik-kecik, zaman persekolahan..kita sering terdengar kisah bayi yang boleh bercakap tatkala mereka masih lagi di dalam buaian. setelah dihitung..terdapat 3 orang bayi yang dianugerahkan Allah kelebihan ini dan mereka adalah :
1. Nabi Isa Alaihissalam
2. Sahabat Juraij atau bayi yang didakwa anak Juraij
3. Seorang Bayi yang didakwa menghisap puting susu ibunya tiba-tiba sahaja bercakap untuk menunjukkan mana benar dan mana palsu.

namun,ketahuikah kita apakah sebenarnya yang berlaku disebalik kisah bayi-bayi ajaib ini. Kenapakah Allah S.W.T menganugerahkan kelebihan ini kepada mereka. Adakah disana terdapat sebab-sebab terjadinya sedemikian?????

InsyaAllah akan dibincangkan nanti....