Kata Aluan

Monday, May 10, 2010

Siti Khadijah Melamar Rasulullah

   Siti Khadijah merupakan saudagar arab quraish yg amat kaya ketika itu. Muhammad telah diutuskan oleh  Siti Khadijah bersama pembantunyanya, Maisarah ke Syam untuk baranag dagangan beliau. disamping itu Siti Khadijah juga mengutuskan Maisarah untuk sentiasa mengawasi Muhammad.

   Diringkaskan ceritanya, setelah nabi pulang dari Syam membawa keuntungan yg banyak, Maisarah mua menceritakan tentang peribadi Rasulullah sepanjang perjalanan yang tidak bercampur gaul dengan pedagang-pedagang yang lain ketika mereka sedang berhibur dan bersuka ria. Rasulullah lebih suka bersendirian dan bibirnya tidak pernah penat mngucapkan zikirrullah.  Maisarah juga menceritakan bagaimana kebijaksanaan Muhammad memperdagangkan barangannya dengan begitu bijak dan mendatagkan keuntungan yg banyak.

   Dari saat itu, hati Siti Khadijah sudah mula terpaut dengan Muhammad dan dia mula terfiikir untuk meluahkan hasrat hatinya itu. Khadijah mengutuskan sahabatnya yang bernama Nafisah untuk bertemu dengan Rasulullah serta menyampaikan hasrat yang tersirat dihatinya itu. terus , Nafisah pun bergegas ke rumah Abu Talib dan bertemu dengan Nabi. Setelah bersua muka sengan Nabi, Nafisah pun terus menyatakan hajatnya datang bertemu dengan Rasulullah.

   Setelah Nafisah memberitahu Baginda, Rasulullah menjadi serba salah dan tidak tahu untuk memberikan jawapan. Mana tidaknya, Siti Khadijah merupakan jutawan Quraish yang amat kaya dan jeilita, bukan mudah untuk baginda membuat keputusan. Namun, setelah termenung sejenak, memikirkan persoalan itu, Rasulullah tidak ragu-ragu lagi lantas menerima keinginan hati Siti Khadijah itu.

Diringkaskan ceritanya, Rasulullah pun berkahwinlah dengan Siti Khadijah...

Sumber : Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad, S.A.W.
Penyusun : Tarikuddin bin Hj Hassan.

Ulasan.
Dari kisah lamaran Siti Khadijah keastas Rasulullah, tidak salah dalam Islam sekiranya kaum hawa yang melamar kaum Adam. Seringkali kita terdengar mana mungkin perigi mencari timba namun itu hanyalah kiasan semata-mata. Mana mungkin kita nak samakan manusia dengan perigi dan timba kerna manusia ini mempunyai hati dan perasaan. dan tidak salah sekiranya perasaan itu diluahkan dengan cara yang baik dan beradap mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Tidak seharusnya kaum wanita merasakan perbuatan seperti ini melanggari fitrah dan menjatuhkan harga diri mereka. Kenapa seharusnya merasa malu seandainya tujuan perbuatan ini adalah baik. mungkin dikhuatiri lamaran mereka akan ditolak. namun keadaan begitu juga sama dengan kaum Adam. lamaran dari kaum Adam juga ada kemungkinan ditolak.
Justeru, yang pentingnya, yakinlah dengan pilihan kita dan berdoalah kepada Allah agar itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita dan janganlah berasa segan dan malu unttuk memulakan lamaran. Seandaninya lamaran itu tidak diterima, yakin dan percayalah  bahawa Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita terimalah apa jua dengan Redha. Seandainya lamaran kita ditermia, Anggap itu sebagai satu nikmat, namun sendainya ditolak, anggaplah itu sebagai ujian.

wallu a'lam.