Kata Aluan

Saturday, October 24, 2009

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani - Wali yang Agung

Siri 1

Latar Belakang.


- Syeikh Abdul Qadir Jailani dilahirkan pada 1 haribulan Ramadhan tahun 470 Hijriah ( 1077 - 1078 masihiah )

- Kaum keluarga memanggilnya dgn nama timangan Abu Muhammad.

- Di kemudian hari beliau mendapat gelaran Mahyuddin, yang bererti penghidup semula agama.

- Beliau berketurunan Imam Hasan disebelah pihak bapanya.

- Manakala di sebelah pihak ibunya, beliau berketurunan imam Zainal Abidin Ali, merupakan anak kepada Iman Husin.

Tanda Kewalian Beliau

Sebelum Kelahiran

1. Abu Bakar Huwari ( wali Allah ) pernah berkata kepada muridnya : akan datang tidak lama lagi seorang wali yang agung akan dilahirkan di Ajam dan beliau itu kelak akan jadi seorang yang sangat bertaqwa kepada Allah dan sangat dihormati oleh manusia. Nama beliau ialah Abdul Qadir dan beliau tinggal di Baqdad.

2. Beliau akan berkata kepada orang ramai :" kakiku adalah diatas leher segala wali" dan wali-wali Allah pada zaman itu akan menyaksikan kebenaran kata-kata beliau.

Setelah Dilahirkan.

1. Sejak dilahirkan lagi telah terdapat tanda2 kewalian pada diri beliau, kerana beliau dilahirkan pd bulan ramadhan dan beliau tidak menyusu di siang hari,hanya menyusu di waktu malam.

2. Tatkala tiba bulan Ramadhan,apabila anak bulan tidak kelihatan disebakan lindungan awan, maka orang orang akan bertanya pada besok harinya kepada ibunya samaada awal Ramadhan telah bermula atau pun tidak. ibunya berkata, jika anaknya tidak menyusu pada hari itu, maka itu petanda yang menunjukan bulan Ramadhan telah bermula.

3. Kehidupannya di zaman kanak-kanak amat berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Beliau tidak bergaul dengan kanak yang lain. Apabila terniat olehnya hendak bermain, didengarnya suara yang bertanya kemana beliau hendak pergi. dengan itu, beliau berasa takut dan lari semula kepangkuan ibunya.